Tuesday, May 31, 2011

hilang lagi seorang kawan.

pada pukul 11:15 pm,aku online selepas menonton movie. dan bila aku login facebook aku,nampak macam sesuatu yang kecoh sedang berlaku. dan aku mendapat tahu yang seorang kawan lama aku telah meninggal dunia dipercayai akibat kemalangan. aku still tak tahu gambaran sebenar pasal ni tapi sebagai pengesahan,Awatif,kawan aku di Sekolah Jalan Pegawai telah meninggal dunia. aku sangat terkejut,sangat sangat terkejut. Dah 3 orang kawan aku yang meninggal akibat kemalanngan jalan raya. memangla aku tak rapat,dan tak pernah jumpak dia selepas tukaq pi sekolah menengah, tapi kami asyik contact dalam facebook jugak laa. aku macam sedih la wey. umuq muda lagi. kawan sendiri. arwah adalah pelajar uitm merbok dalam kos perakaunan semester 3 sesi mei-november 2011. bapa kepada arwah juga merupakan kawan kepada ayah aku. dan,bapanya kini menghidap kanser.


aku dah taktau nak habaq macam mana perasaan aku tapi dah memang sampai masanya. so,kita ni,sentiasalah persiapkan diri kita untuk bertemu kembali dengan pencipta kita,iaitu Allah SWT. bila bila masa ja kita ni boleh hilang nyawa. tak kira tua muda. aku ni pun langsung tak ready untuk semua tu. so,ni peringatan untuk aku dan hampa semua. beringatlah,nanti kalau kita dah meninggai,apa pun dah tak boleh buat dah.lagi satu,kita ni still remaja ni mmg asyik nak berseronok. kadang kadang atas jalan raya pun still nak berseronok. kenderaan diwujudkan untuk mempermudahkan hidup kita bukan sebagai alternatif nak tunjuk hebat dan berseronok. okay,please laa,sayang nyawa hampa,pikiaq la kat mak pak kita sama. macam mana la bila depa tau anak depa meninggai? mesti depa sedih.

kita takmau macam ni. okay,apa apa pun,sapa yang baca post aku,sedekah la al-fatihah kepada rakan aku,Allahyarhamah Awatif Nashar. dah sampai masa kan. tak boleh buat apa. redha ja,ketentuan Ilahi. so,ingat,sentiasa persiapkan diri kita,jangan dok set dalam otak,

:tua nanti la aku tobat,time muda ni kita enjoy la dulu.

jangan wey,jangan pikiaq macam tu. ingat,bila dah kena kat kita,kita tak boleh buat apa dah.so,apa yang boleh kita nampak,keluarga arwah memang dilanda dugaan dan musibah yang besar.apa yang mampu kita boleh buat ialah doakan mereka supaya dipermudahkan urusan di dunia ini dan takziah kepada keluarga arwah. yang ni ja aku nak habaq. Assalamualaikum.

5 comments:

  1. mmbe aku juga nie.
    serius terkilan tak sempat jumpa waktu cuti sem.
    patutla dya nak jumpa sgt.
    AL-FATIHAH.

    ReplyDelete
  2. Shekin,sebab eksiden. maybe teruk.

    niss,suhana,amin~

    ReplyDelete