Friday, August 16, 2013

Liverpool dan musim 2014.

lagi 2 hari sebelum musim baru EPL bermula.

so apa khabar Liverpool? 4 player baru untuk kita iaitu Kolo Toure,Iago Aspas,Luis Alberto dan Simon Mignolet. dan spekulasi mengatakan yang Brendan Rodgers masih mencari pemain baru untuk menambahkan bilangan skuad.

Tapi,Reina,Jonjo Shelvey,Carragher antara pemain yang telah meninggalkan Liverpool.

So dengan skuad yang ada sekarang ni,aku nak buat sedikit ramalan pasal musim yang akan Liverpool hadapi nanti.

Suarez,aku dah consider dia akan stay utk Liverpool at least untuk satu season lagi.Melihat kepada rival kita iaitu United,City,Chelsea,Arsenal dan Spurs,boleh dikatakan musim ini agak menarik since United first time akan bermain di bawah manager baru utk sekian lama.Melihat kepada persiapan United,nampak agak positif utk penyokong Liverpool,prestasi hambar semasa pre-season,kegagalan mendapatkan pemain baru.Jujur,aku still anggap United still pasukan yang mantap,tapi ni first time aku ada keraguan terhadap mereka utk kekal menjadi juara. so aku meramalkan yang United akan stay dalam top 4 tapi bukan juara.

Chelsea pula dengan kemunculan semuala Mourinho.Takmahu ulas banyak,dengan skuad yang mantap,manager yang power,maybe Chelsea antara pencabar kejuaraan liga.

City nampak aktif pada transfer window kali ni. Negredo,Jovetic,Navas,Fernandinho. jangan lupa skuad lama yang dibentuk Mancini. Aku ramal City dan Chelsea akan bersaing untuk tempat pertama.

Arsenal,team yang buat Liverpool dalam krisis pasal Suarez. Hanya seorang player baru iaitu Yaya Sanogo. ramalan aku,tempat ke-5 or 4.

Spurs,aku yakin semua fans Liverpool terutamanya,nakkan Spurs kehilangan Bale. Tapi,sekalipun belum menjual Bale,Spurs dah rancak membeli player baru iaitu Paulinho dan Roberto Soldado. hmm,nampak agak promising. ada potensi utk jadi naib johan.

LIVERPOOL. okay,kalau la,Coutinho,Sturridge,Gerrard dan Suarez tak injured,tak ada masalah luar padang,aku yakin kita akan kembali ke Champions League. ni la 4 player yang tersangat penting bagi aku terutama sekali Sturridge dan Coutinho. aku rasa Coutinho akan jadi player of the season utk kita.

Brendan Rodgers juga semakin selesa dengan tugasnya.dulu maybe dia kesuntukan masa nak bentuk skuad,tu la pasal pembelian awal masa dia join LIverpool tak berapa menjadi. tapi cuba tengok pembelian januari,2 player sahaja iaitu Sturridge dan Coutinho,dah berjaya mengubah performance Liverpool utk pusingan kedua EPL last season. so,aku nampak satu benda yang sangat positif utk kita semua.Persiapan kita kali ni lebih stabil.kan lagi elok kalau masalah Suarez tak timbul.

So dengan harapan United,Arsenal merosot,aku yakin season baru ni mungkin peluang terbaik kita utk kembali ke UCL dan juga ia adalah ujian yang plg telus boleh kita nilai terhadap projek Brendan Rodgers ni.

so,aku,sebagai seorang peminat Liverpool yang realistik,berharap,kita dapat mencapai target untuk kembali ke UCL. pentingnya UCL tu,dari segi kewangan,dan taraf team kita supaya tak dipandang rendah oleh pemain pemain lain,dalam erti kata lain,sebagai daya penarik utk memburu pemain berstatus bintang.

Friday, July 19, 2013

Muzik

dengaq lagu dekat radio,kadang-kadang aku boleh jadi gila.
lagu sedih tapi muzik rasa macam nak menari.
rindu zaman aku sekolah dulu,lagu semua sedap.
aku tak benci pun dan tak la suka sangat lagu lagu sekarang.
tapi,lagu mcm Nicki Minaj tu pun still orang boleh layan.

bukan apa,maybe orang sekarang suka hayati lirik dari muzik.
macam aku,aku akan hayati dua-dua tapi prioriti aku,nak dengar muzik yang sedap.
muzik yang boleh inspire aku nak main lagu tu sendiri.
muzik yang cantik,yang bila dengaq sebelum tiduq rasa aman.
muzik yang boleh buat aku berangan yang aku tengah main lagu tu LIVE depan orang yang aku sayang.
dan aku ada la jugak belajar main gitar.piano tu belum lagi tapi teringin. sama jugak dengan viola.

so bila dah belajar intruments music ni,sekali dengar satu lagu tu,kita dah macam boleh perasan "wow,sedapnya muzik dia,balik nanti nak try buat".
kita macam boleh tau level music tu di tahap mana. tapi ni bukan pasal level tinggi tak tinggi. ni pasal aku admire hasil kerja orang.
macam mana depa boleh pikiaq nak buat melodi yang sedap macam tu.pastu bila dah belajar main lagu tu,senang ja. masa tu rasa macam "mudah gila lagu ni,tapi mudah mudah pun awat sedap?" GENIUS!

dan selalunya,orang yang nampak kecantikan muzik ni orang yang main muzik la, macam budak budak band.
dan,aku perasan,band band rock,metal memang pemuzik yang fleksibel.boleh ja main semua genre. dan bila band metal ni turun level,buat lagu sedih,or yang melodik,sedap!

dan aku perasan,lagu rock lah yang selalunya jadi lagu yang evergreen.sebab muzik dari band band rock ni selalunya jujur.

aku bukanla peminat tegar genre metal or rock,aku layan semua selagi sedap.

tu ah. ni la aku nak luah. remeh. tapi bila dah hari hari dengar radio,rasa benda ni dok taqam dalam hati jugak la. geram. payah nak dengaq lagu sedap. 

Aku cadangkan:

1.Dear God by Avenged Sevenfold
2.Terrible Things by Mayday Parade
3.I Dont Wanna Miss A Thing by Aerosmith
4.Your Guardian Angel by The Red Jumpsuit Apparatus
5.21 Guns by Green Day

Old but gold.

Tuesday, March 12, 2013

Gagal


satu lagi pengakhiran yang sedih untuk satu lagi kisah hidup aku. satu perkataan dah cukup sebenarnya nak menyimpulkan pencapaian sebenar aku sbg pelajar UiTM Arau. Gagal.

dah penat bagi alasan.

1.tak minat kos tu
2.lecturer macam pundek
3.silap pilih kawan

ni antara alasan yang aku selalu bagitau dekat diri sendiri.
bangang. actually semua ni salah diri sendiri.
tak ada motivasi,inisiatif untuk belajar.

akan ada satu hari kita akan ke kelas dengan niat "nak sign attendance ja". ni adalah permulaan kepada rosaknya niat sebenar kita sebagai pelajar.

apa lagi yang gagal?

1.bilangan awek :0
2.bilangan sijil kokurikulum :0
3.bilangan sijil dekan:0
4.berapa kali pergi melawat Danok:0

bila fikir balik apa yang aku dapat dekat Arau ni,aku cuma dapat:

1.1st time dalam akaun bank ada beribu-ribu ringgit,(duit PT)
2.dapat belajar perkataan mencarut baru dari pelbagai loghat di seluruh pelusuk negeri dalam Malaysia.
3.dapat kawan yang ramai.
4.dapat rumah sewa baru tepi sawah padi.

sedih.

ciao