Tuesday, May 31, 2011

hilang lagi seorang kawan.

pada pukul 11:15 pm,aku online selepas menonton movie. dan bila aku login facebook aku,nampak macam sesuatu yang kecoh sedang berlaku. dan aku mendapat tahu yang seorang kawan lama aku telah meninggal dunia dipercayai akibat kemalangan. aku still tak tahu gambaran sebenar pasal ni tapi sebagai pengesahan,Awatif,kawan aku di Sekolah Jalan Pegawai telah meninggal dunia. aku sangat terkejut,sangat sangat terkejut. Dah 3 orang kawan aku yang meninggal akibat kemalanngan jalan raya. memangla aku tak rapat,dan tak pernah jumpak dia selepas tukaq pi sekolah menengah, tapi kami asyik contact dalam facebook jugak laa. aku macam sedih la wey. umuq muda lagi. kawan sendiri. arwah adalah pelajar uitm merbok dalam kos perakaunan semester 3 sesi mei-november 2011. bapa kepada arwah juga merupakan kawan kepada ayah aku. dan,bapanya kini menghidap kanser.


aku dah taktau nak habaq macam mana perasaan aku tapi dah memang sampai masanya. so,kita ni,sentiasalah persiapkan diri kita untuk bertemu kembali dengan pencipta kita,iaitu Allah SWT. bila bila masa ja kita ni boleh hilang nyawa. tak kira tua muda. aku ni pun langsung tak ready untuk semua tu. so,ni peringatan untuk aku dan hampa semua. beringatlah,nanti kalau kita dah meninggai,apa pun dah tak boleh buat dah.lagi satu,kita ni still remaja ni mmg asyik nak berseronok. kadang kadang atas jalan raya pun still nak berseronok. kenderaan diwujudkan untuk mempermudahkan hidup kita bukan sebagai alternatif nak tunjuk hebat dan berseronok. okay,please laa,sayang nyawa hampa,pikiaq la kat mak pak kita sama. macam mana la bila depa tau anak depa meninggai? mesti depa sedih.

kita takmau macam ni. okay,apa apa pun,sapa yang baca post aku,sedekah la al-fatihah kepada rakan aku,Allahyarhamah Awatif Nashar. dah sampai masa kan. tak boleh buat apa. redha ja,ketentuan Ilahi. so,ingat,sentiasa persiapkan diri kita,jangan dok set dalam otak,

:tua nanti la aku tobat,time muda ni kita enjoy la dulu.

jangan wey,jangan pikiaq macam tu. ingat,bila dah kena kat kita,kita tak boleh buat apa dah.so,apa yang boleh kita nampak,keluarga arwah memang dilanda dugaan dan musibah yang besar.apa yang mampu kita boleh buat ialah doakan mereka supaya dipermudahkan urusan di dunia ini dan takziah kepada keluarga arwah. yang ni ja aku nak habaq. Assalamualaikum.

Sunday, May 29, 2011

saya hadiahkan kemenangan ini kepada Liverpool.



pagi tadi adalah perlawanan terakhir bola sepak dalam kalendar 2010-2011. sebenarnya,banyak benda yang menarik berlaku dalam season ni. antaranya ialah Manchester United telah memecahkan rekod Liverpool sebagai juara liga terbanyak,Ronaldo memecah rekod sebagai penjaring terbanyak liga sepanjang zaman,perpindahan pemain yang dramatik iaitu menyaksikan pemain yang sangat disayangi penyokong Liverpool,Fernando Torres menyertai Chelsea.



tapi perlawanan terpenting untuk setiap season mestilah melibatkan perlawanan akhir Liga Juara-juara. Barcelona dan Man Utd bertembung lagi untuk kali kedua. dan aku tak tengok game ni. hahaha. tapi aku yakin,peminat Liverpool khusunya,bersama peminat peminat lain seperti Arsenal,Chelsea,surely menjadi penyokong Barca malam tadi. hehe. dan macam biasalah,tanpa keraguan,Barcelona takdak hal la nak menang. dan Manchester kata depa dah menyingkirkan Liverpool dari takhta kejayaan berikutan kemenangan liga depa yang ke-19 tu. NO WAY LAHH,Man U,pi la wikipedia dulu. tengok la hang menang banyak mana ,Liverpool mng banyak mana. haha. Liverpool jauh lagi tinggai hampa laaaa


tengok ni,Liverpool memang jauh tinggai man utd laaaa. klik untuk full size



tapi apa pun,Man Utd still team yang solid. team depa dah stabil sangat sangat cuma perlukan beberapa signing yang mantop. hehe,tapi jangan lupa,Liverpool pun dah KEMBALI mantoppppp. apa apa pun,tahniah Barca,Liverpool sangat menghargai jasa anda,ya,betul,kami sangat menghargai jasa anda. dulu pun kami menewaskan Manchester 3-1,tengok tengok hampa pun mng 3-1. sama kuat la kita noh. haha okay. yang ni ja aku nak shared. You'll Never Walk Alone.

Thursday, May 26, 2011

orang bagi duit percuma pun hampa takmau. haha

aku pernah post dulu pasai Youthsays ni. website ni dia macam tempat social la. sosial secara sihat. kira tempat yang berinformasi la sebab ada function Question and anwer,survey. bagueh benda ni. tapi of course la,orang masuk Youthsays ni sebab nak cari duit la. benda ni tak payah modai apa pun. cuma kena aktif promote link iklan atau kempen. sapa sign up,dia akan disediakan macam macam iklan. so hampa share la iklan hampa kat orang lain. kalau ada orang klik.maka duit kita akan masyuukkk. satu link 2 kupang ja. tapi sikit sikit lama lama jadi bukit. kalau ada 5 iklan,dan sorang tu klik ke lima lima iklan ni,dh dapat seringgit. haaa. senang ja kan. tapi tu la,kena rajin online. asai ada iklan ja,terus promote sebab iklan boleh tamat tempoh, tapi lama gak ah nak tamat.

ni la akaun aku. ada la duit.

tu,ni aku punya akaun la. baru ada 43ringgit. thanks la hampa yang tolong aku klik tu. 43 ringgit ni aku kumpui hanya dalam masa 6 hari jaa. start jumaat lepas sampai hari ni. tapi aku join 6 bulan yang lalu la. aku tak aktif, tinggai teruih,dah cuti baru start balik. benda ni semua atas usaha hampa. takmau aktif,tinggai sat takpun tinggai teruih. takda paksaan. dia ada jugak Contribution Point atau CP. benda ni boleh bida hadiah. tapi susah laa. hampa kumpui duit sudah la. nanti,kalau hampa dah cukup paling kurang RM50,hampa dah boleh cash out through bank in ATAU cek. tapi cek kena pi ambek dekat ofis depa dekat selangoq. so,baik kita apply cara bank in la,mudah,dok rumah ja,cuma tunggu duit masuk. macam tu la proses dia. tu yang aku dok kacau hampa mintak tolong klik link macam macam tu. nak bagi hampa paham,aku buat la post ni. aku la dah 43 rgt. lagi 7 ringgit boleh cash out dah.tapi takmau ah,nak simpan sampai RM1000. hahah. okay,sapa nak join masuk la benda ni youthsays.com . klik button biru yang bertulis 'sign in SAYS.MY' dan fill up la semua detail. okay,yang ni ja aku nak habaq. babai.



At last,cuti sem ni berbaloi jugak akhirnyaaa. thanks semua.

dulu aku pernah post pasai cuti sem yang boring kan? tapi aku dah boleh tarik balik statement aku tu.
dah nak habis cuti sem tu,baru la nak mai duit dan aktiviti. start dengan 'trip memancing di pulau aman' bersama ayah dan abang aku. dan pada 23 mei,satu lagi aktiviti yang TERSANGAT BEST! semuanya bermula bila kami lepak di sebuah yang bernama Restoran Toknadoq. -___-"

masa tengah dok hirup ayaq limau laici dgn kawan kawan aku tu,aku pi sebut,'lapaq bbq la wey'. dan semua mula terpikiaq pasai bbq. dan segala perancangan pun bermula. dan setelah melalui berapa mesyuarat dalam FB dan beberapa siri lepakan,kami memutuskan untuk mengadakan projek bbq di Pantai Merdeka! yeahhh. seramai 13 orang yang pi. semua kawan kawan aku dari sekolah bukhary. depa memang kawan betui aku la. dulu aku macam nyesai masuk sekolah bukhary sebab aku tak jumpak kawan sekolah rendah aku kat situ. dan sekolah bukhary pulak tak ramai kawan yang sekepala dengan aku. tapi la ni,masuk sekolah bukhary adalah detik terbaik aku dalam hidup sebab aku dapat kawan yang betui betui memainkan peranan sebagai kawan.

kadang kadang kawan ni just tempat untuk berkongsi minat jaa. tempat nak berseronok ja. tapi kawan kawan aku ni lain. kami ni macam satu famili. macam famili kedua aku. famili yang lengkap. ada pak lawak,ada yang macam leader,ada yang tukang peqabeh makanan,,ada yang macam produktif,ada yang pandai menyanyi,ada yang pandai bawak kereta,ada yang pandai tangkap gambaq. haha.

so,ni video ringkas tentang trip kita ke Pantai Merdeka. aku jadi pengacara kononnya. tengok la weyyy.Video ni Afiq Aiman yang buat semuanyaaaa.dan ada scene aku mencarut. sorry,haha.





okay kepada kawan kawan aku,semalam tu aku rasa tu la projek BBQ sebenaq kita. yang dulu dulu tu macam kenduri jaa. haha. ada orang tlg bakaq,tok cici ready makanan kat kita. tapi semalam memang kita buat sendiqi. so,memang banyak masalah sebenaqnya. macam tak bawak barang yg scukupnya(aku lupa bawak bekaih nak tak ayam),lpas tu bajet mahai skit,btolak lambat gilaaaa. anggap la ni 1st bbq kita yang 100% pakai kita punya akai,dan duit. tu yg jadi lagu tu. tapi memang bbq kali ni boleh dianggap berjaya. sebab? ayam besaq dan sedap. terima kasih kakak ipaq aku,Kak Ana yang buat percik tu. Coleslaw terbaik yang aku pernah makan iaitu dari keluarga bangchik dan juga ayaq asamnya. walaupun depa kata pedas ayaq asam tu,aku tak komplen apa apa sebab memang aku suka ayaq asam pedas macam tu. so,tengok la kredit video tu. semua penghargaan ada kat situ. cuma nak habaq satu ja,bila kita pi buat trip ka,jalan jalan ka,jangan dok tarik muka,dok buat muka bebai.tak syok la noh,mau enjoy.
okay,jumpa lepas cuti sem nanti. aku dah nak masuk UiTM dah.

so lepas ni trip ke Pulau Pangkor aku positif akan join. aku akan try save duit sepanjang semester3 nanti. tapi kalau la semester 3 nanti kena pakai duit banyak dan aku takda duit nakpi,maka takpilah aku. haha.
okay kawan kawan. Thanks semuaaaaaaaa! ADA KAWAN ADA SEGALANYA!


cantik kan permandangan pantai merdeka?













Wednesday, May 25, 2011

takmau dah main. sem depan nak dekan. ha,kali ni aku betui nak dekannn!

tudia. penuh dengan status:

~alhamdulillah
~yeye,takda repeat!
~hihi,dekan,terima kasih lecturer dan kawan kawan
~bodoh la,kenapa tak boleh check ni?
~alaaa,result merosot
~yihaaaa, 4 flat siottttt,pak aku nak beli Mini Cooper sebijik!


meriahnya facebook. best suasana macam ni. so,post aku hari tu,mati mati kata aku akan repeat 2 paper iaitu Micoeconomics dan Statistics tapi alhamdulillah,tak kena repeat. dan paling penting,aku ada peningkatan.
aku terselamat lagi kali ni. yala,sebab lulus atas oqat ja.

so,lepas ni,sepatutnya kena insaf. sepatutnya kita kena belajaq untuk berjaya bukan belajaq untuk luluih. haha,aku tau,bukan senang nak dapat 3pointer tapi tak ada yang mustahil kat dunia ni. kepada yang dapat dekan tu,tahniah la. aku memang respek hampa. marilah kita bersama sama memartabatkan melayu,tak rasa tercabar ka dengan dominasi kaum lain?

aku pun bukannya sem depan berubah jadi nerd ka apa ka. tapi yang pasti,aku akan tryyyyy  ambik serius setiap perkara yang berkaitan dengan markah periksa aku. tu ja. macam sem lepas tak study untuk test sebab sibuk dengan event battle of the band la,bowling competition la. sem ni aku banyak kuiz takdan hantaq. test failed. tapi still aku terselamat dari kena repeat paper. sangat nasib baik la noh.

okay,kepada kawan kawan Arau aku,jumpak dekat sana ye? lepak makan nasik dekat oren,dan nak tengok rupa junior junior kita. hehe, so,ciaooo~

Sunday, May 22, 2011

banyak idea tapi dilema dilema dilema.

hampa tau ak dalam draft aku ni,belambak entry yang aku tak post. ada yang dah siap tapi panjang nak mampuehhhhhhhhhhhhhhhhhh. ada yang terbengkalai. ada yang macam malu nak tunjuk sikit. ada yang sensitif. haha

aku ni ada banyak cerita la nak share. tapi takmau la terburu buru pi post semua. la ni baru aku perasan,ada blog ni best la jugak. facebook pun makin boring. blogging ni dah jadi hobi aku dah kot. dan serius,susah gila nak jumpak blogger laki. susah jugaklaaa. tapi kan.blogger yg top top kat Malaysia ni selalunya lelaki la aku rasa. tgk blog Obefiend tu. klik ni :blogserius.blogspot.com . blog dia dah 16 juta pageviews! gila banyak.
dia ni stai suka pangkah orang ikut dan tapi pada masa yang sama jujur. dan dia pandai cari bahan. 

banyak gi yang aku jumpak blog yang buat aku betui betui nak follow depa. selalunya laki la. laki ni macam berani sikit bila blogging. depa tak takut dengan benda sensitif,tu la pasai blog depa top gila dan banyak sense of humour. aku takmau la jadi macam depa.aku buat seronok seronok ja. tauuu,hampa mesti kata kat aku macam ni:,'hang toksah dok peqasan ngat aih Caed,dok bajet takmau femes boleh,memang blog hang tarak nak femes aih.tulih dalam loghat kedah,berapa orang sangat nak baca,dah la asyik dok sembang pasai bola bola bola. tak bola,bajet juai mahai dengan awek,aku follow blog hang pun sebab hang follow blog aku ja,tidak tu,memang aku tak follow dah. haktuih'.

takpa la,hat ni ja aku nak bagitau dalam entry ni. kbai.

muzik ni semua orang minat kan?

hai. kali ni nak cerita pasai muzik pulak. aku ni bukan tau apa pun pasai muzik ni. tak dak darah seni dalam keturunan aku. semua keturunan orang masjid. tapi la ni aku tak macam orang masjid gi sebab selalu sangat tengok video Girls Generation. haha.

aku ni layan ja semua jenis lagu. cuma kadang kadang penyanyi dia ja aku meluat. macam Jsuitn Bbieer. laaa aku silap eja ka? ha,aku sengaja bagi silap eja. haha.tapi selalunya lagu yang buat aku tertarik adalah lagu yang ada unsur muzik country. country tu macam mana? country tu macam lagu lagu Taylor Swift la. lagu country best sebab depa guna harmonika,dan pedal steel guitar. sedap bunyi. dan aku juga suka muzik yang guna instrument macam piano dan viola. Josh Groban,Maksim Mrvica,Epica ni antara yang aku minat kalau pasai muzik berpiano dan berviola.

tapi ni adalah antara lagu lagu terbaik yang aku pernah dengaq. ni pilihan aku la.

1.Dear God-Avenged Sevenfold.

ni la lagu kesukaan aku sepanjang zaman. lagu ni perfecto bagi aku sebab muziknya country,lirik yang sempoi,rentak dia best. memang perfect. hampa tau dak band Avenged Sevenfold ni band genre apa? depa ni metal. tapi macam lawak macam mana band metal boleh buat lagu country yang lagi baik dari penyanyi country. dan gitar solonya jugak agak menawan.  :)

2.21 Guns-Green Day

ni pun antara lagu feveret aku. lagu ni slow tapi aku suka la sebab memang aku suka. lagu ni kdg kdg jadi lagu terbaik untuk sesuatu detik dalam hidup aku. dan Green Day adalah band yang aku salute.

3.This is Home-Switchfoot

ni pun lagu slow. tapi lirik dia aku sangat suka. sangat ikhlas gila bila dengaq lagu ni. Band Switchfoot ni lagu depa kebanyakan pasal realiti kehidupan. aku macam respek la vokalis depa iaitu Jon Foreman. :)

4.Ignorance-Paramore

yeahh,lagu ni rancak tanpa henti. aku suka lagu ni sebab dia macam bertenaga bila dengaq. dan lirik dia buat aku rasa aku cengei. Hayley Williams ni terbaik gilaa laa. suara dia la yang buat lagu ni stai.

5.Danger Line-Avenged Sevenfold

lagu ni pada mulanya besa ja kalau dengaq. chorus dia tak best bagi aku. lagu untuk askar kot kalau tak silap.
lagu ni 5 minit 28 saat. mula tu mmg tak best laa. tapi mai tang minit 3 minit 17 saat,magik pun berlaku. hehe. part ni paling aku sukaaa. buat bulu aku meremang,masa ni muzik piano dengan vokal. lirik dia tacing untuk seorang askar. dan masuk ja gitar solo diaa kan,perghhh! GENIUS GENIUS GENIUS! aku suka gila solo dia. tak la dasyhat tapi sangat sedap dan melodik. ni la part paling mahai untuk lagu ni. outro dia pun terbaik. ada siulan. sedih.  :)
Avenged Sevenfold

actually,kebanyakan lagu favourite aku adalah dari band Avenged Sevenfold. ni la band paling aku minat. dulu aku minat MCR,Peterpan(huh,biaq betui?), tapi aku sure A7X adalah band yang terakhir aku untuk aku minat(secara fanatik). aku suka A7X sebab depa ni sesuai dengan cita rasa aku. depa suka buat gitar solo. depa kreatif. even muka depa ni nampak macam mafia,samseng sebab tatu penuh,tough,tapi depa ni pemuzik yang berpendidikan tinggi. depa tak tipikal setakat boleh main gitar.depa boleh main macam macam genre lagu,macam macam instrument lain.



Synyster Gates

dan gitaris depa,Synyster Gates adalah inspirasi aku. aku main gitar pun sebab tengok dia main ah. setakat tu ja la. bukan pi sampai puja,sampai tiqai,cadaq,sarung bantai nak kena ada gambaq dia. takdak.sumber dalam muzik ja.

Band lain yang aku minat muzik depa ialah Paramore,Mayday Parade,The All Americans Reject,Switchfoot dan Bunkface. secara generalnya,aku layan alternative rock. metal pun layan. scream2 pa semua tu. black metal pun okay ja.(black metal tak semua jahat,depa just genre muzik,errr,tapi most of them memang kapiaq tequk,sembah setan,pandai pilih la noh)

tapi kita ni satu ja,dok hina hat orang. maksud aku, kita dok hina genre ni,benci muzik tu. kita sepatutnya takleh kata,'hang,rambut panjang,jambang lebat,kuku tak keqat,muka metal tapi layan Wali Band.' tak boleh kata macam tu. muzik tetap muzik. tengokla,dekat Malaysia,ramai band otai dok kata dekat band band baru macam band indie, depa kata muzik ntah apa apa la,tak evergreen,kutuk macam macam. depa ni la sebenaqnya yang tak faham muzik. kita ni kena accept differences bak kata Mat Luthfi. semua ada kelebihan dan kekurangan. aku pun layan Acha,tapi aku layan ja band screamo. takdak hal aih. muzik ni universal.

haha,ni la post aku yang paling aku buat tanpa rasa excited. just suka suka ja. bukan apa,kan aku syok baca blog aku sendiri. ni dah macam diari aku.  so,muzik ni sebagai penghibur aku ja. bukan aku tau apa sangat pun. okay,yang ni aku nak shared. baiiiii.

Thursday, May 19, 2011

aku kesunyian ni. jom couple?

bila dah cuti cuti ni. dok sorang sorang la dekat rumah. dulu takpa la ada kawan kawan dok bagi kita enjoy,bersosial. tapi la ni rasa boring,kesunyian. time ni la rasa nak ada orang di samping kita. orang yang ambil berat pasai kita. orang yg boleh menceriakan hati. dah tu,tengok kawan kawan lain macam bahagia ja dengan teman wanita depa. pakat wish good night sebelum tidur la,dapat hang out berdua pi tasik jitra,saling mengungkapkan ayat i love u. mmg best kalau boleh macam tu.

rasa syok ja tengok depa hidup macam tu kan. genap setaun hubungan,dapat macam mcam hadiah. masa birthday ada orang bagi kita kejutan. best kan? okay,dahhhhhh. macam tu la aku tgh fikir sekarang ni. sumpah aku bosan. aku rasa macam nk cari teman istimewa sorang. tapi tapi tapi,aku takmau jugak. jangan dok hasut aku setan wey. tapi syok la tengok kawan kawan kita dok ber couple ni. aku dah desperate ni. depa semua ada partner tapi aku ja takdak,malu ngat aihh. tak boleh jadi ni,kena cari sorang.

errr,tapi takmau ah aku. aku takmau terpengaruh dengan hasutan minda. semua ni nafsu. macam ni la betapa senangnya kita nak kena hasut kan? hhaha. tudia. ayat orang terdesak ni. ok la. aku bukan hot pun,bukan handsome pun,bukan famous pun,bukan digilai ramai pun tapi aku manusia biasa yang menjalani kehidupan sebagai insan yang normal. besa la kan,cinta ni semua jenih orang kita boleh dapat. so,aku buat post ni sekadar luahan hati aku ja. takda kaitan dengan individu lain.

sebab aku takmau bercinta? sebab,malaih. haha. aku takda duit. buat malu ja kat orang. nak ada awek tapi tak ada duit. kalau ada pun,memang keja nak perabeh ja. habeh topap,habeh makan kat kentaki dengan secret recipe. yala. bila dah laki ni,lagi elok rasanya kita yg sapot semua,baru lelaki sejati kan? memang perabeh duit ja. aku ni bukan orang kaya. dan aku ni jenih minat benda/gadget mahai. contoh kalau aku nak iphone kan,pak aku tarak beli kat aku,aku kna kumpui duit sendiri. mcm mana aku nak beli iphone kalau pada masa yg sama aku ada awek? baik tak ada awek. ni pasai aku,kalau hampa kaya takpa la.

dengan berkapel jugak lah kita senang dapat musuh dan senang hilang kawan. ni melalui pengalaman aku la. aku penah kawan dengan budak ni,tapi ada la orang tak puas hati kat aku. dan penah jugak,tanpa aku sedaq,aku berkawan dengan pompuan yang mana balak/ex dia tu kawan aku. tobat aku rasa tak best.mesti depa kata aku suka balas hat orang. jadi tak syok. tu la sebab lain aku takmau kapel. kawan ni long term punya relationship(laki sama laki la). padahai kapel ni tak sure lagi. baik syg kawan lagi.

ni benda paling aku tak suka bila kapel. nak kena text,ambek tau 24 jam saqi. setiap masa nak kena text. sampai nak luang masa main dota,lawan pes(game bola) dengan kawan pun tak senang. bila tak text dia,merajuk bukan main. aku dulu ada la kawan dengan pompuan yang mengaku dirinya ni tak kisah pun kalau tak text. kononnya dia takmau kongkong aku. aku pulak stai suka buat experiment,aku buat sungguh la. tak text dia lama. last sekali merajuk serupa tu jugak.mmg la aku tak patut buat mcm tu, tapi aku just nak test dia ja. kalau dia jenih tak kisah sungguh,memang aku kagum la. hehe

dah tu,segala apa aktiviti di fb pun dah macam sensitif. tak boleh tulih ikut dan ja.sebab ada orang dok peqati.
dulu,pernah la sekali, ni masa aku tgh kapel la,aku update status fb tulis macam ni. "DOTA". dota ni game. hampa google la kalau nak tau. dah tu,membe aku pulak komen kat status ni macam ni:'Dunia Orang
Tanpa Awek' which is menunjukkan macam ianya definition utk status aku tadi ni. tapi DOTA tu game. pastu,ramai la like komen kawan aku tu. aku pun like. awek aku yang taktau apa itu dota,mesti dia terbaca status aku dan terbaca komen kawan aku tu. mesti dia terkejut tengok aku like komen 'Dunia Orang Tanpa Awek'. mesti dalam kepala ex aku tu dia kata macam ni:'ohhh,patut la selama ni macam tak layan aku,dia rasa dia dah takda awek ka,so aku ni dipermainkan la?' status ni aku update pkui 6 ptg dan pada malam tu, dia text aku macam ni: 'okay,i sayang u,BYE,take care.' aku macam blurr,pasepa pulak dia ni.tetiba ja. aku tanya dia pasepa macam moody ja,dia tak jawab. dan aku tak suka la bila nak bawak berbincang tapi sebelah pihak ni macam tak mau bincang. kalau dia tak puas hati kat mana mana biaq la aku explain dulu kan.aku tak sedap hati la sebab dia guna perkataan BYE. ex aku ni tak suka guna BYE melainkan dia tgh marah. hehe,special kan? :) tapi aku just nak tau sebab apa dia marah tanpa sebab kat aku. tu ja. aku pun dah fade up dengan sikap dia.dan kami tak contact dah selepas tu.


dan lepas 2 hari kot drpd kejadian ni,kami break. habeh cerita. kot kot la dia baca post aku ni,aku just nak mintak maaf andai buat salah. maybe takdak jodoh. ni la orang panggil galak time muda,tak jamin apa apa. salah aku jugak kot mana pun. status facebook punya pasai. lain kali,tak kira la dalam apa jua keadaan pun,kita kena siasat dulu. jangan asyik touching ja.

tu la,susah jugak kan. rasa serik gak ah. susahnya nak cari orang yang betui betui faham kita. tapi silap aku jugak la,tak reti bawak besabaq. tu la aku takmau kapel awai awai. macam satu permainan ja. tapi lepas break tu rasa nyesai sat. haha. besa la.proses biasa. laki ni lpas 2 jam dia nyesai la,nak mintak kapel balik la. tapi aku dakkkk naih. aku yg mintak mintak break. aku tak rujuk dah. aku just nak jadi kawan biasa ja. tengok tengok dia siap block aku gi dlm facebook. takpa la. hak dia. aku okay ja, tak syok la bila ada orang dok musuh musuh dengan kita kan?

bila aku tengok ada kapel begaduh dalam fb,aku akan kata,fuhh,nasib baik aku takda awek,sengsara gak ah bila gaduh gaduh ni.serabut pala otak. bila aku pikiaq balik,kawan aku yg single semua macam relax ja hidup depa. bukan aku takmau kapel,abang aku pun kapel dulu dan dia dah kawen dengan awek dia yg satu kampus tu. siap dah beli rumah gi. tapi depa kawan start degree. rasa macam relevan la jugak nak start galak time tu kan? haha.kalau macam aku ni awai gi kot. rasa rugi tak tak manfaat masa bebas ni dengan sebetuinya. bukan aku nk kata kapel awai awai ni tak ada jaminan tapi sangat berisiko. Fernando Torres kawan dengan awek dia start sekolah rendah. sampai la depa kawen dah. haha. gilaa kan? tapi tu depa. mungkin depa ni mcam the exceptional,susah benda macam tu nak jadi. kawan dari sekolah rendah.

so last sekali,hampa pi la tanya ustaz,couple tu macam mana. kita sebagai manusia ni mmg buat dosa la kot mana pun. so,apa yang mampu kita buat adalah,meminimumkan pengeluaran dosa dan memaksimumkan pengeluaran pahala.  hampa faham la kot noh. aku ni pun bkn baik alim sangat. dgn kawan dok maki gak,dok tampaq kepala,tampaq dahi,tengok video girls generation tapi aku habaq ni sbgai peringatan kita bersama. 

so,ni la pasai aku takmau kapel. bukan aku nak juai mahai noh. takdak aih. saja ja. ni pasai pandangan aku. kalau hampa yang dok kapel tu terbaca post aku,terasa ka apa ka,sorry la noh. aku takda niat nak kata kat sapa sapa. ni just pandangan aku. aku pun tau,post bnda macam ni berisiko. takut jadi cakap tak serupa bikin. tgk tgk aku cair hati dekat perempuan ni. tak ka nnt kena maki dengan kawan kawan? so aku buat post ni sebagai peringatan kepada diri aku. kan aku syok baca post post aku balik.dan aku bkn nak kutuk sikap sikap wanita. ni memang lumrah dan aku nak shared pengalaman aku dulu. bila pikiaq pikiaq balik,rasa malunya diri aku. takmau dahh. yang mana tengah single tu,stay single. cari la hobi,minat yang sesuai dalam hidup kita. macam aku,hidup rasa tak bosan sebab aku boleh main gitar,sentiasa stalk team Liverpool aku,sentiasa stalk band favourite aku,Avenged Sevenfold,err,cari kawan yg sekepala,bersukan. benda ni macam buat hidup kita tak kosong. aku ngaku,aku ada keinginan tapi tetap takmau. hehe

tapi bukan aku nak single sepanjang masa,tengok la masa yang sesuai dan insyaAllah aku akan cuba sedaya upaya berkawan atau mengenali hati seseorang perempuan tu dengan cara yang berhemah. lagi elok bila aku dah berkemampuan. dah ada jaminan. la ni mmg jauh la aku dari berkemampuan tu,nasik lemak sebungkuih pun suruh pak bli. pikiaq benda yg lebih penting dulu. belajaq sampai habeh dulu. lepas tu boleh la pikiaq pasai ni. k,panjang,tau dah,kali ni takdak sapa baca. panjang teruk. okay,bubyeeeeee.
:)

Tuesday, May 17, 2011

setiap kali tgok muka dia,hati rasa riang dan ceria.

haha. title yang tak boleh blah. aku baru tengok satu movie ni. movie korea yang bertajuk Speedy Scandal kot dalam English. dan aku suka gila tengok muka watak budak kecik dalam cerita ni,nama sebenaq dia Wang Seok-hyeon.


ni poster dia





bila aku tengok muka budak ni ja,aku rasa lagu mana taktau. nak habaq susah. jadi macam rasa happy kot. rasa macam hati aku ni riang. haha. ditambah dengan tingkah laku dia dalam filem yang agak comey. dan of course dia pandai berlakon. nampak macam budak ni smart. haha. aku bukan nak bajet,nak tunjuk kata aku ni lelaki sukakan kanak kanak. aku pun kadang kadang tak suka dengan budak budak hat buaih.

tapi budak ni mmg aku suka tengok muka dia. kalau ikutkan,belambak gi orang lain yg muka lawa lawa macam hana tajima,tiz zaqyah aku boleh boh dalam blog aku. tapi dia ni lain.dia buat aku rasa lawak. haha. so,tengok la filem ni. Speedy Scandal. cerita yang bertemakan kasih sayang keluarga dan bergenre drama dan komedi. ending dia happy tapi ada satu part tu buat aku nak teriak. haha. ok,hat ni ja aku nak bagitau. adiosss.


Monday, May 16, 2011

dekan ni bukan benda mudah

assalamualaikum.

blog kali ni bertemakan: KEKESALAN,JANGKAAN,FIKIRAN NEGATIF dan PENGAJARAN.

so,dah nak masuk semester ketiga dah aku ni. semester pertama aku memang agak tak style la kan. aku main banyak. dan semester pertama ada subjek akaun yang aku sgt tak suka,yang buat semangat belajaq aku sedikit terbantut. ya,ia mmg alasan yg bodoh tapi benda dah lepas. so,aku ingat semester dua ni aku sepatutnya tak ada masalah untuk mencemerlangkan diri.

pada semester dua juga,aku selalu menyebut perkataan 'dekan'. tak kiralah secara melawak atau serius. aku actually sangat tertarik dengan gelaran dekan sebab sebelum aku masuk UiTM aku tak pernah tahu langsung apa itu dekan. ianya satu benda yang sangat menarik bagi aku. dan aku cuba untuk mendapatkannya.

tapi start ja sem dua,aku pada awalnya tu,langsung tak fokus dengan pelajaran. aku macam lupa matlamat semester dua aku. maybe sebab aku dok rumah sewa. so situasinya lebih mencabar. stay dalam rumah sewa memang susah nak study. tapi aku tak sepatutnya anggap ia sebagai alasan. dan bila datang ja 1st test. aku struggle. dan test aku tu failed iaitu subjek statistics. aku langsung tak study sebelum test tu. dan lepas aku dapat markah test pertama aku,dengan selamba aku kata ;'alaa,test 2 ada lagi kan,hat tu aku all out laa'.

okay,masa menjelang test 2 tu. ada perubahan positif dalam diri aku. aku start pulun pulun dan pulun. aku study lama la jugak 2 hari sebelum test tu. aku dah faham semua chapter. dan keyakinan aku masa tu membuak membuak yang aku akan dapat markah cemerlang. sebab tu haritu aku hingaq aku nak dapat dekan,sebab aku rasa aku dah cukup study,siap upload gambaq 'tak masuk akai' gi dalam facebook.

gambaq ni habeh membe membe aku pakat like. dekat 40 orang. maybe depa kagum sebab aku ada wawasan dan maybe juga depa like sebab semua orang pakat dok like. dan aku boleh dok buat rancak pi buat default picture.

esok tu test kedua statistics. dan aku tak boleh buat. aku frust. aku heran kenapa aku study semua tapi still tak boleh buat. dan aku sedaq yang aku study last last minute(2 hari before test) dan aku hanya study secara teori. aku faham segala formula tapi aku tak buat banyak latihan,tu la sebab aku tak boleh buat. dan masa dapat markah test 2 tu,aku failed lagi. even aku ada effort jugak compared dengan test 1 tapi still tak cukup.

so masa tu aku dah sedaq dekan ni bukan benda mudah. dan benda ni bukan macam SPM. kalau spm takpa la.test buat halabalai,masa exam betui boleh buat betui betui. tapi dok U ni,apa yg penting ialah carry marks.
so,bila dah failed 2 test berturut turut. dekan tu boleh dilupakan dah.

subjek microeconomics pun aku tak boleh buat. mmg susah. ramai akan kata lecturer tak bagus,tak ada karisma. tapi aku takmau semua tu sebagai alasan. semua atas diri kita. so,masa final exam haritu,aku rasa aku agak puas hati laa. boleh la buat sebab aku dah start insaf lepas test 2 tu. tapi masa tu dah suntuk dah untuk aku kampui or tuntut balik semua ilmu. so,aku rasa,result aku semester dua aku akan dapat below 3. and for sure,2 paper akan kena repeat iaitu statistics dan microeconomics. tu berdasarkan apa yang sepatunya berlaku jikalau melihat kepada usaha aku sepanjang sem 2 ni.

kalau semua lulus,alhamdulillah la kan. tapi aku rasa aku akan repeat 2 paper. so,sem 3 ni aku kena fokus sangat sangat. so,aku berfikiran negatif kali ini. bukan apa,aku takmau expect aku lulus semua,takut kecewa lagi. so,sapa yang baca ni,ambilah sebagai pengajaran. tapi aku tau takdak sapa nak baca post yang panjang macam ni. tapi aku syok buat post baru dan aku suka baca balik post post aku. hahaa. okay,yang tu ja aku nak shared. adios~

Saturday, May 14, 2011

investment analysis memang hebat!

heyyy heyyy,salam sejahtera. 

aku nak cerita pasai satu benda yang aku tertarik la. okay macam ni. selalu an,kalau aku terjumpak kawan lama,jiran lama,cikgu lama,pakcik makcik,paklong maklong,takpun kita chat membe lama kita dalam facebook,mesti la kita akan saling bertanya khabaq kan?
mesti mula mula macam ni punya: 

'LAA,NI KA CAED ANAK ZAKI TU?? ISH LAA,BESAQ DAH,LAMA TAK JUMPAK'

'LAA,NI KA SHAHED ANAK ABANG KI TU? TUDIA,DULU HALUIH,PUTIH,LANI BESAQ DAHH,ISH LA DUNIA BERUBAH SEKELIP MATA'

'LAA,NI KAN CAED YANG HAT KECIK KECIK TU DULU,HAT PI QENDAM ANAK KUCING KITA DALAM KOQ TU,AMBOI,HANDSOME DAH DIA LA NI'

okay,hat kedua dan ketiga tu macam tipu sikit. haha. kan kan,hampa pun mesti mcm ni punya.
besa la kan. dan depa mesti tanya punya soalan ni:

'BELAJAQ KAT UITM PEQLIH KA? AMEK KOS APA?'

'HANG DOK UITM KA? KOS APA?'

'AKU DOK MATRIK,HANG PULAK DOK UITM KOS APA?'

'OHH,DIPLOMA KA,AMEK KOS APA?'

mesti akan keluaq punya soalan ni. kan kan? dan bila aku jawab:
'INVESTMENT ANALYSIS'

mesti respond depa SEMUA akan jadi macam ni"

'UISHH,MACAM STAIL JAAA.'

'FUYOO,INVESTMENT ANALYSIS,MACAM CANGGIH JA BUNYI'

'TUDIA AIH,DENGAQ MACAM HEBAT'

'CEWAHH,MUKA HANDSOME KOS PULAK HEBAT,MEMANG HOTSTUFF LA HANG NI'*hat ni macam bodo.

depa semua macam teruja gila bila dengaq perkataan INVESTMENT ANALYSIS. masa aku isi UPU dulu pun,aku tengok ANALISIS PELABURAN ni macam hebat,macam sesuatu yang urban,sesuatu yang COOOOLLLLL la pendek kata. nak sebut INVESTMENT ANALYSIS ni pun kadang kadang berbelit lidah gak ah.
tapi..besa ja. sama macam kos lain la. so point aku kat sini,nama kos aku ni macam terbaik jugak laa kan. tak la dengaq macam boring sangat. haha. hat ni ja aku nak habaq. bukan ada apa pun yang menarik,saja buat tequk. okay,kepada kawan kawan aku,teruskan berdoa semoga result kita power power belaka yaaa. selamat berdekan.
:)




sebab apa Liverpool still team favourite dunia?

heyy heyy. salam sejahtera semua.


post kali ni lebih kepada perkara yang agak menarik bagi saya. pasai LIVERPOOL!
hari tu saya dapat tau yang bekas pengacara Majalah 3 iaitu Nurul Syuhada yang lawa lawa tu peminat Liverpool. semuanya bermula apabila  Ally Iskandar tanya Nurul Syuhada Nurul Ain Mohd Zin psl game Barca-MU, Ally tanya Nurul sokong mana? Nurul jwb 'LIVERPOOL'. Ally tanya 'apa kena mengena Liv ngn game 
ni?' Nurul jwb 'x bleh, sy mmg sokong Liv mana bleh sokong team lain..'


haha. then,serta merta wall page si Nurul Syuhada penuh dgn Liverpool fans, tak caya? ni bukti:


tu,hampa tengok!



TGK,AKU PUN ADA. AKU POST KAT DIA DAN AKU DPT 9 LIKE. 

semua orang pakat sayang habeh dekat Nurul Syuhada ni. nak tengok lagi pi la tgk dkt fb dia.
bukan dia sorang ja minat Liverpool. 
Kenai Siti Nurhaliza? haha. dia minat jugak. Maya Karin,Faizal Tahir,Angelina Jolie,Daniel Craig(James Bond) dan banyak lagi.
Kalau hampa nak tau la kan,Liverpool sejak taun 1990,jarang gila menang apa apa tournament. berbanding dgn Manchester United,memang MU la lagi sakan menang banyak cup.
TAPI,still Liverpool team favourite orang Malaysia. pasepa lak,depa tak menang apa apa cup tapi still ramai fans?
haha,sebabnya Liverpool ni walaupun jarang menang,Liverpool ni ada x factor dia. selalunya kan,Liverpool ni penuh dengan magik. aku tak tipu. contohnya,selalu boh gol last last minit game. selalu buat kebangkitan dramatik,selalu boh gol time time suspen gila. benda ni actually lebih hebat rasanya berbanding memenangi banyak piala. dan paling gila ialah tentang sikap penyokong Liverpool dalam stadium. semua orang tau macam mana gerunnya masuk ke dalam stadium Liverpool iaitu Anfield. depa boleh lihat mcm mana semua fans bersatu padu,singing along. even player player bukan Liverpool pun mengaku. antaranya,Kapten Chelsea,John Terry:"The liverpool fan were amazing. I have never heard anything like it before and I don`t think I ever will again. I walked out into the couldron and heard the singing and saw the passion. The hair in my arms were standing up.." 

Pengurus Real Madrid,Jose Mourinho pun pernah memuji fans Liverpool. dan Liverpool dalam satu survey telah dipilih sebagai memiliki penyokong terbaik. tu la yang menariknya tentang Liverpool. berbanding dengan peminat MU,ramai yang minat depa sebab depa menang banyak cup,depa tak ada apa yang Liverpool ada.maksud aku,average peminat MU ni cara depa minat tu tak special sangat. depa macam minat sebab MU  
main cantik,dulu pernah ada hotstuff(Cristiano Ronaldo),depa skuad yang yg stabil. ya,depa pun pernah buat magik jugak. tapi Liverpool lah master of the late gol. tengok la sejarah,berapa banyak kali Liverpool buat kebangkitan dramatik. dan disebabkan kemarau kejuaraanlah,Liverpool fans ni macam bersatu padu. even Liverpool ni tak menang tournament,depa still boleh tewaskan team-team top dunia. contoh dulu,menang dengan Juventus,AC Milan. Inter Milan siap kena sayuq sampai 4-0. Real Madrid lagi sayuq,5-0. barcelona pun kalah. dengan Manchester Utd menang byk kali sejak kebelakangan ni. Chelsea pun Liverpool menang. ni la yang dipanggil keghairahan untuk menumpaskan team juara tu la pasai Liverpool famous. 


contoh kalau hampa ni bukan jenis kaki bola,hampa tau satu team ja iaitu Manchester Utd. hampa tak kenai dah team lain.(selalu pompuan la mcm ni)dan hampa tertengok perlawanan antara Liverpool dan Manchester. tengok tengok Liverpool menang. mesti hampa macam kagum kan dengan Liverpool. mesti hampa teruih minat Liverpool lepas tu. aku pun macam ni la. tu la pasai Liverpool dapat ramai fans. tapi yang sebetuinya,kalau team kita ni menang banyak cup la lagi baguih. apa pun,Manchester United mmg team yang kuat,kredit utk depa. depa team yang solid,stabil. :)

dan,Liverpool adalah kelab paling berjaya dlm sejarah antara MU,Chelsea,Arsenal. sebab? mestila banyak piala dan kejuaraan. dulu,sebelum 1990. Liverpool ni kuat gilaaaaaaa laaaa. menang habeh semua benda. cuma la ni ja tak berapa nak perform. biasala,setiap team ada zaman dia. la ni zaman MU.

tapi la ni,Liverpool dah revive dah. dah nampak dah yang Liverpool akan kembali ke zaman kegemilangan. salah satu puncanya ialah penjualan Fernando Torres ke Chelsea dan pengurusan yang baru di Liverpool yang kelihatan sangat cerah masa hadapannya.

so,harap harap,next season,aku nak tengok satu persaingan antara Liverpool dan Manchester Utd. tu la harapan aku sebagai pencinta bola sepak. ya,aku bnci MU tapi aku harap aku nak tengok persaingan MU dan Liverpool secara sengit.aku dah minat liverpool lebih kurang 11 tahun,so aku nak sesuatu yang boleh buat aku happy sebagai penyokong Liverpool. okay,hat tu ja aku nak share. bubyeeee dannn
                                                       
                             YOU'LL NEVER WALK ALONE


*********(FAKTA)telah dibuktikan dalam satu survey dalam majalah wisel pada tahun 2009,Liverpool team paling popular di Malaysia. Fernando Torres pemain paling popular di Malaysia. Team paling dibenci adalah Manchester United.

tapi,research aku di Internet,both Manchester United and Liverpool adalah team yang mempunyai penyokong paling ramai di dunia. sementara pasukan Chelsea dan Barcelona mempunyai peningkatan paling mendadak dalam bilangan fans.


Thursday, May 12, 2011

mimpi aku jadi kenyataan wey. haha

semalam jadi satu benda yg aku tak berapa nak suka la. aku tengah transfer lagu dari laptop ke fon aku.
tiba tiba ja fon aku terpadam. takpa la lagi,aku on la balik. bila dah on balik tu,dia tanya Phone Lock Code. 
TUUUUDDDDIIIIIAAAAAA!!!! gelabah anjing,mana aku nak ingat, yang aku tau ada 4 angka ja la. selalunya fon sony default code dia 0000. so aku try la tapi tak boleh.aku cuak ah. aku tgh pokai ni.nak pi hantaq kedai tobat kenak kapak,nak beli fon baru lagi laa aku takmau sebab aku tgh himpun duit beli gadget idaman aku ni.

pastu,apa lagi,bukak google dan search 'i forgot my phone lock code'. buka abeh semua link link yang ada. tapi tak membantu. search pulak 'how to unlocked sony phone'. haha. lebih kurang sama la. then,aku dah frust gila. aku try sendiqi la. aku mula tu nak berazam yang aku nak try code dari 0000 ke 9999. aku try satu satu start 0000. tapi sampai 0020 dah give up,lecey la weyy. berapa banyak probability tu kalau pikiaq pikiaq balik. kematu jari aku nak tekan bnda tu. lepas tu,aku cari pulak software software yg boleh hack fon aku dalam internet dan aku install,tak pikiaq apa dah. tapi STILL tak boleh. masa tu meja aku semak macam meja Tony Stark cipta Iron Man suit. mcm mcm bnda aku buat. last sekali give up dah. aku macam nak qiau. takkan nak kena guna duit lagi kot. aku tidoq.

bila tidoq tu,aku dapat satu mimpi. JENG JENG JENG. dalam mimpi tu kan,aku mimpi pasai fon aku ah. aku macam terlupa code fon aku. then,diri aku dalam mimpi tu try guna code 2020 dan fon tu boleh guna. tu la mimpi aku. 
pastu aku terbangun,masa ni dah pagi ah. pi basuh muka apa semua. masa tu aku tak pandang serius sangat pasai mimpi aku tu. then,aku masuk balik bilik aku. aku amek fon aku. pastu aku pun dengan muka mamun gi,try pi la 2020 tu kan.macam wawasan 2020 ja. DAN, fon aku boleh bukaaaak. qenyeh tak kiqa dah.  
nasib baik takda missed call apa dan apa lagi,5 minit lepas tu boleh bukak aku rasa aku nak tulih kat blog sebab ni antara keajaiban yg berlaku dlm hidup aku. maka terjadilah post ini. 

so,lain kali jangan lupa phone lock code kita. kalau rasa jenih pelupa tu,toksah dok activate la code tu. kalau fon kita hilang pun code tu bkn membantu sangat. lainla kalau kita ni artis hollywood. ok,nak habaq hat tu ja. CIAO~

Monday, May 9, 2011

DARJAH ENAM

then,masa darjah enam,aku naik pi kelas 6 Alim. kelas terbaik kot masa tu. masa aku masuk kelas tu,aku tengok semua classmates aku dan aku terus buat beberapa andaian antaranya:

~tudiaa,semua muka cerdik cerdik
~tudiaa,semua muka jenih minum susu pagi pagi
~tudiaa,semua muka 5A
~tudiaa,semua hotstuff(haha melawak ja)
~tudiaa,gerenti aku dapat nombo last macam ni.

cikgu kelas aku ialah cikgu berkarisma tinggi iaitu cikgu zurainu. ketua darjah nik amin kot. pengawas pun belambak dalam kelas aku.sebenaqnya aku dulu ada keinginan nak jadi pengawas,tapi aku sendiqi pun tak beqapa nak berdisiplin. ketua pengawas pun ada iaitu al-syahir,pengawas pengawas lain pun aku tengok cengei cengei antaranya hatin nabihah. ustazah yang ajaq aku ialah ustazah hasanah.pengawas lain yg aku ingat izzati,sabreena.farzana,farhah,ain dan lagi sorang pun nama izzati jugak kan? sorry kalau silap.

okay.masa ni aku dok dengan bestfriend aku daniel ariff. dia punya tulisan macam doktor. agak malang bagi dia untuk dapat cikgu yang cerewet dalam bab tulisan ni. cikgu zurainu ni pantang tok nenek kalau pasai tulisan. dia mau tulisan students dia bulat bulat dan besaq. okay,thanks cikgu,sampai la tulisan saya kekal bulat bulat dan besaq. tapi daniel ni la susah skit. dia pandai tapi tulisan out. pernah sekali dia tunjuk kat aku."CAED,NI LA TULISAN AKU PALING CANTIK''. haha,cantik bagi dia,tidak untuk aku,tapi ada banyak perubahan la,tapi dia jenuh kena pedo gak la nak buat tulisan habeh cantik dia. haha,jangan marah wey,ni kenangan ja nuh daniel.

masa darjah 6,aku pernah kena denda ketampi sampai 50 kali kes tak siap kerja sekolah. watdehellll. 50 kali?! gila BANYAK! masa aku buat tu,lutut aku sampai longgaq. kita aku tak boleh berdiri straight la sebab lutut macam tak keras dah,turun tangga pun nampak macam agaq agaq.cikgu zurainu punya keja ah ni.tapi dia still antara cikgu yang aku respek dalam hidup aku.memang la kita kena respek semua cikgu,tapi cara dia didik kita tu memang terbaik even garang. :)

penah sekali tu,cikgu zurainu tak suka dengan cara kami dok. maksud aku,dia tak suka tengok ada geng geng la dalam kelas tu. then dia suruh berpecah. aku asai dok tepi daniel tapi kena tukaq dok tepi pompuan. NAKHAREYYYYY! hampa tau ak betapa aku cuak aku dok dengan pompuan, kiri kanan pulak tu. aku dah la macam tak kawan dgn pompuan,maybe sebab malu dan tiada keyakinan yang tinggi.start pada tu,aku seorang yang pendiam.

-_____-"

lpas trial upsr,cikgu zurainu ubah lagi kedudukan kami. kali ni sapa yang result trial dia power dok belakang,yang tak power dok depan,aku bukan power an,kena la dok depan. serius aku rasa aku ni macam underdog dalam kelas tu,rasa macam aku ni mmg budak bodoh. tapi okay jugak la sebab aku tak kena dok dengan pompuan :)
credit to hatin sebab tak lempaq gambaq ni meqata meqata

tu aku. tudung meqah tu cikgu zurainu,cuba hampa hayati muka budak depan aku,ezzani,muka penuh angkuh  kot.

kat kelas aku tu,aku ada 3 puak. first puak bola. kedua puak linkin park dan ketiga puak belajaq belajaq belajaq.
haha. yang dok gila bola time tu aku,ezzani,izhamudin,qayyum.asyik sembang bola ja.
kalau puak linkin park,aku,daniel,amer,aiman. time tu pulak linkin park release new album,meteora.lagi sakan la kan. kotak pensil aiman pon dia buh gambaq album art linkin park. lirik semua kami hafai ah.
puak study ni puak pengawas pengawas ah. al-syahir,farid naqib pa smua tu,aku tak qapat. aku penah masuk pertandingan azan dengan depa ni. last sekali mng dkt farid naqib.

pak lawak dlam kelas tu Aizat Johari ah. haha.pastu,adil arif kalau ingat teringat dia,aku akan teringat kad pokemon yang bernama Crobat,kad tu rare dan susah dapat tapi dia ada satu kad tu.rafat pula stai melawak kasaq.ruhan asyrani macam budak baik la jugak.david pulak selalu kena marah dengan cikgu zurainu.syafiq pulak orang panggil dia Roy Keane(ex-manchester utd player).  izzat kan yang haluih haluih tu selalu dok juai nasi lemak yang ada kacang dan aku antara pelanggan tetap. aku rasa dalam kelas tu,aku berapa kali ja cakap dengan pompuan. dulu aku heqan gak la,Sabreena ni dok mai raya rumah aku tiap taun,dia ni sapa dia.tiba tiba ja dok mai raya rumah aku dulu,aku dahla tak pernah cakap dengan dia dalam kelas. taun lepas(2010) baru aku tau yg dia dua pupu aku. patut laa. haha. tu la akibat tak pernah kawan dgn pompuan kan.sorry la aku tak berapa nak ingat nama budak pompuan,hampa pun tau aku macam mana dulu. tapi muka aku boleh cam lagi la. la ni dah ada facebook,boleh la ingat ingat balik nama hampa semua.

tak da la yang lawak masa ni,semua macam komited dengan upsr kan. tapi lepas habis upsr, nak posa dan raya. ezzani,bestfriends aku dulu.hantaq kad raya kat aku. dia tulis dalam kad raya tu macam ni kot;
"SHAHED,SELAMAT HARI RAYA, MAAF ZAHIR BATIN. BAJU RAYA HANG COLOUR APA? MESTI BANYAK NI BAJU RAYA HANG KAN? OKAY,SELAMAT HARI RAYA TAU''.
ezzani guna pen warna warni tulis dalam kad tu. then dia tulis nama player player bola favourite aku banyak banyak dalam kad tu,macam tak kena tema la pulak. haha. serius aku macam terharu sebab dia orang pertama hantaq kad raya kat aku,macam comey. tapi bila dah umuq 19 lani,aku rasa macam gay pulak bila dia hantaq kad raya tu. haha. tapi thanks ezzani,aku tak balas pun kad tu,taktau alamat.sorry.

kelas 6 alim ni kelas yang agak bertamadun ah. takda benda yang pelik pelik sperti di darjah 2 berlaku. okay,kalau hampa ni dulu budak kelas 6 alim yang baca ni,kalau kenai aku gi,tguq la noh kalau jumpak. berat aku 85kg dan tinggi 183cm,so kalau jumpak ciri ciri macam ni,tu aku la noh,aku bagitau ciri fizikal aku ni sebab kita dah 5 taun tak jumpak,kalau aku bagitau tinggi aku,senang skit la hampa nak cam aku,haha. aku still stay kat alostaq,rumah aku dekat sangat dengan skjp tu,hari hari dok lalu. boleh kata aku lost contact dengan hampa sebab aku pi sekolah pelik,bukhary. padahai hampa semua pi kolej,keat hwa,asma. mmg tak jumpak la kan. tapi aku tak lost contact dengan ezzani,budin,syed jamil sebab dah penah jumpa depa dah,ada nmbo telefon.semua handsome handsome dah.muhaimin pun aku dok jumpak dulu. dia la laki paling cool dalam 6 alim. haha,okay,hat ni ja aku nak share pasai kenangan SKJP aku. wasalam.




DARJAH LIMA

then terjatuh pi kelas 5 arif. kelas yang low profile. masa tu cikgu kelas aku ialah Cikgu Shariff yang baik hati, dia baik gila.masa tu dia cikgu baru gi kat skjp. ketua darjah ialah redza rabbani. kelas 5 Arif ni kira zaman kegemilangan aku laa. haha. tau kenapa?

kelas ni macam tak kompetitif. haha. maksud aku,kira otak macam aku ni memang senang ja la nak dapat top three dalam kelas time periksa. masa awai taun tu,ada budak baru masuk,nama dia,Hafiz Hafifi Mazlan. dia baik ja,boleh kata jadi kawan baik aku la. dia ni derek bawak pi sekolah komik gempak.
then,masa peperiksaan pertengahan taun,aku dapat nombo dua,dan hampa tau ak nombo satu sapa dapat,Hafiz tu ah. 'cilakaaaa.kalau hang tak mai pindah sekolah aku dulu,mesti aku dpt nombo satu dah,harey hang apeasss.' haha.melawak ja. time tu la aku dapat merasa pengalaman dapat hadiah di hari anugerah hari cemerlang.
ni la 5 arif. *gambaq ni aku amek di group skjp di FB. credit to them.(tapi aku takdak dalam gambaq ni,huh)

time ni gila kad pokemom,dalam kelas aku macam ada puak. dua puak. satu puak ni terdiri daripada aku,apeas,ezzani,azizudin ishak. lagi satu puak geng lukman,shukron dan ada gi,aku tak ingat. kami ni derek dok lawan kad pokemon. penah sekali tu,aku menang dengan shukran kad pokemon yang susah dapat,dan kami semua macam jadi gila,semua geng geng aku macam meraikan kejayaan aku merampas kad yang rare tu. macam bodoh ja.

selain tu,aku dapat kawan baru lagi,nama dia solihin,dia ni kalau aku pikiaq pikiaq balik la,rasa macam dia comey. haha. dah la tak boleh sebut huruf 'R',lepas tu jenih blurr,senang kena pijak pala dan baik. syok gak la kawan dengan dia.

selain tu,aku ingat gi azizudin orang pertama kena penampaq dengan cikgu shariff yang baik hati tu. masa ni bestfriend aku ezzani dan hafiz hafifi ah. cikgu yang ajaq dalam kelas ni ialah,cikgu shariff,cikgu mat hussein,teacher norillah. classmates aku ialah ketua kelas,redza rabbani,anis nabila,ezzani,haniff,suhardi,azri,lukman,shukran,najib,daniel faiz,artika hulwan.

DARJAH EMPAT

kali ni cerita pasai darjah empat pulak. disebabkan keputusan peperiksaan yg okay,aku dapat masuk ke kelas 4 Amal,ni kelas kedua terbaik time tu. Dan Cikgu kelas aku ialah arwah cikgu Hashimah.

darjah empat ni pun banyak benda aku ingat jugak la. time tu kelas aku sensasi dengan kisah cinta Sarah Rolamal dan Ahyad. haha. aku takmau komen la pasai ni,tapi saja nak habaq la. pastu,hampa kenai an Syukor an? yang gelap gelap uh,dia tu penah makan gam. dak dak,bukan gam hat tekpik dok hisap tu,gam hat jernih tu la,hat kita dok buat lekat kertas tu,dia boleh pi makan. gila haaha. tapi dia baik ja.

then,aku rasa aku nasib aku agak malang la sebab aku kena dok tepi Syed Jamil dalam kelas tu. dalam kelas tu jugak ada sekutu Syed Jamil,iaitu Amin. dulu kan,hampa tau,aku asyik kena buli dengan depa ni la. aku beli pensil pilot shaker mahai mahai,depa pi balaih. geram gak ah aku. tapi masa tu aku nerd dan tak da sikap memberontak gi. Syed ni memang takleh dok diam,tapi serius dia pandai. kalau dia belajaq betui betui,mmg dia ni boleh pi jauh ah. aku ingat gi,dia dpt markah penulisan 90lebih,watdehellll.aku yang imej bersih pun tak boleh dpt markah macam tu.dia ni penah lawan bertumbuk habeh dgn semua orang,laki pompuan.haha.

pernah sekali tu,aku pi sekolah,tapi aku taktau pulak time tu cuti,penat ja mai. pak aku dah tinggai jauh dah.dan syed jamil pun ter mai jugak.so,kami jadi kawan karib utk sementara waktu. aku bagi kat dia nasi lemak sebungkuih,kami main beyblade,pi jalan pi market simpang kuala sekali,kami dapat ikan puyu hidup,pakcik market tu bagi. haha. masa tu aku sedaq la yang syed jamil baik jaaa. cuma kalau ada geng ja dia besaq kepala.

peristiwa lain yg aku ingat ialah lakonan tahap Remy Ishak aku. masa tu aku bangun pagi pi sekolah,dh mandi siap pa semua dah,then,baru teringattt,'NAKHAREYYY,AKU LUPA BALUT BUKU'.
teacher zuraimi suruh balut buku dia dengan kertas minyak dan plastik,aku tak balut gi,aku dah la takut dengan dia.so,pedeqaih balut la kan. siap la jugak tapi masa tu dah pukui 8. aku memang takmau pi sekolah la sebab lambat sangat. tapi pak aku suruh pi jugak. aku teqiak tak mau mau. sampai depan pagaq sekolah,aku kata kat ayah aku;'AYAH,CAED SAKIT PERUT NI,NAK BALIK,SAKIT SANGAT NI'.
sambil dok qiau la. aku tipu ja,akai aku. pastu ayah aku buat taktau ja. then,pak aku blah. aku kena pikiaq stratergi macam mana nak mengelakkan aku dari kantoi masuk kelas lambat daaaaaaan aku ternampak bilik sakit utk pelajar. jeng jeng jeeeennnggg. aku pi masuk teruih kat situ dan aku bagitau kat cikgu kat situ kata aku sakit perut gila gilaaa gila,sambil buat muka kesian dan dia suruh aku tidoq. HAHA! aku pun tidoq.cikgu tu baik ot,dia pi caqi minyak angin suruh sapu kat perut aku. tapi aku tak sakit. cikguuu,sorry noh,saya tak niat nak tipu cikgu tapi saya terpaksa. haha. then,sampai waktu rehat,aku terus keluaq bilik tu masuk kelas. AND MISSION ACCOMPLISHED. haha.

peristiwa lain aku kena denda buat kerja sekolah sampai siap. hampa tau ak kena buat kat mana? arwah cikgu hashimah suruh buat kat tapak perhimpunan weyyyyyy. kan ada macam grandstand kan,aku dengan beberapa kawan  aku kena buat kat situ la.malu malu. ramai gila orang tgk.

masa darjah empat ni jugak la aku dapat bestfriend iaitu Daniel Ariff dan Nazri Samad. aku penah tengok Daniel ni lawan dengan syed jamil,gila ganas,sampai baling baling kerusi kayu wey.gila.

orang yang aku ingat dalam kelas ni ialah Arwah cikgu Hashimah,teacher Zuraimi,dan classmates aku ialah Adib Asyraf,Izzat Nacquiudin,Qayyum,Syed Jamil,Nazri,Daniel,Amin,Fadhilah,Farah Amalyn,Syed Ahmad Daniel,Nazrin,Syed Haikal,Adha,Wan Adlin kot (yang anak cikgu tu an).then,sorang gi kawan baik aku,nama dia azizan ka zizan taktau,dia mata sepet sepet dulu. haha. hat ni la yang aku ingat. dan disebabkan tu kelas pandai,mesti la aku dapat nombo hujung hujung time periksa. huh. dan nanti darjah 5 pulak.

Saturday, May 7, 2011

DARJAH TIGA

darjah tiga pulak aku dok kelas apa taktau. 3 akil kot. tak sure la. masa darjah 3 ni aku ingat 3-4 benda ja.
masa darjah 3 ni la aku satu kelas dengan legend jalan pegawai,syed jamil. sapa tak kenai dia kalau hampa sekolah jalan pegawai. dia ni memang buas,nakai gila gila. jahat nak mampueh. haha.

aku ingat gi,cikgu kelas aku cikgu mat hussein,cikgu yang suka denda dengan cara tibai telinga guna getah surat tu,hat pos dok pakai tu la,hat kaler kelabu besaq tu. sakit oo. aku dulu tak suka gila dengan cikgu ni.
penah sekali tu,aku tak siap homework. dan mmg stail cikgu tu la,dia mesti nak check buku kami sorang sorang,so dia suruh hantaq letak atas meja sementara dia dok rait tu buku lain. aku dah la taksiap. then,aku dapat satu IDEA BERNAS. aku dok tengok membe aku yg tak siap kerja kena teqebey(denda) dengan getah tu,nampak sakit. so,aku hantaq la jugak buku aku yg tak siap tu tapi lepas hantaq aku terus mintak kebenaran pi toilet, dengan harapan masa dia dah rait buku aku tu,dia nak pukui aku tapi aku takdak dalam kelas,so mesti dia lupa nak denda aku. tu la aku punya expectation. haha,apa lagi,aku merendang la dalam toilet tu.

then,aku balik kelas,tengok tengok buku aku dah siap rait,duk atas meja aku. HAHAHA! syok. caed ni genius jugak la noh. tapi,tiba tiba,cikgu tu panggil aku,'HANG MAI SINI SAT,AWAT BUKU HANG KOSONG NI? PEMALAIH SUNGGUH,MAI SINI,AKU NAK TEQEBEY TELINGA'.

-______-"

aku pelik,pasepa pi tibai aku,buku aku siap rait dah kot even tak siap. tengok tengok cigu tu silap orang. dia tengah rait buku sapa taktau tapi dia ingat aku ni pemilik buku tu. tu buku member aku kot. rasa tak adil gila bila aku diperlakukan sebegitu rupa. HAHAHA.
tu la kan,kot mana pun,kalau Tuhan nak tunjuk,memang tetap kena la. hue~

peristiwa kedua yang aku ingat,masa dok kelas ni ada sorang budak pompuan minat kat aku. k,fullstop.

peristiwa ketiga,masa tu dah bulan posa. nak cuti sekolah. aku boring. then pi main aci ligan dengan Azri Shahrir,bodo laaa, tengah posa boleh pi main aci ligan.balik rumah tu cangak lagi,sentai ayaq masak secawan.
tuang posa. tapi yang tak tahannya,aku hanya bataikan posa dengan secawan ayaq tu la.tak makan sampai la waktu bebukak. tak berbaloi langsung. tapi tu la kali terakhir aku tak posa. jujur ni. haha.

antara orang yang aku ingat dalam kelas ni adalah syed jamil(ketua darjah dan dipanggil Goku oleh cikgu Mat Hussein),Azri Shahrir,Teacher Zuraimi,Salis Atiqah,dan of course la,Cikgu Mat Hussein. cikgu Mat Hussein still dok jumpak kat masjid rumah aku. pencen dah dan dia still kenai aku. dulu dulu boleh la dok meluat kan,kita pun budak budak gi, tapibla ni rasa hormat kat cikgu tu meninggi dah.
:)
nanti darjah empat pulak.

DARJAH DUA

ni masa aku darjah 2 pulak. masa ni aku kelas 2 Pluto ka Musytari. aku tak sure. sekolah malik ni depa pakai nama planet untuk setiap kelas.masa darjah 2 ni takada kisah yg menarik sgt la. yang aku ingat,aku dpt kwn yang berlagak nak mampuih,suka pangkah aku. aku tarak nak ingat aih nama dia,perangai macam hawaq.

then,family pindah pi Aloq Setaq,dok sana tequih. dan aku pun masuk SEKOLAH KEBANGSAAN JALAN PEGAWAI,jeng jeng jeng.yang aku ingat la,aku dok kelaih 2 Arif. masa dok kelas ni,aku hanya ingat 3 peristiwa ja. first sekali,aku terlena dalam kelas(haram tak menarik pun peristiwa ni).
yang kedua,cikgu kelas aku tu nama apa taktau,dia tu macam nak tua dah.perempuan,cikgu ni selalu gila gila gila gila gila terlena dalam kelas. masa dia ajaq kat blackboard tu mmg takda masalah. then,bila dia kata macam ni:
'KAMU SEMUA SIAPKAN LATIHAN NI,KEMUDIAN BAGI CIKGU RAIT BARU BOLEH BALIK'.

then,dia akan duduk sengap sengap,dekat meja dia,dan beberapa ketika,dia confirm tertidoq punyaa.haha. lawak la jugak. masa semua dah siap buat latihan tu,pakat beratuq nak rait,tapi sorang pun tak berani geqak dia tidoq.dok tunggu macam tu ja la kami ni sampai dia terjaga. haha. tapi cikgu tu baik,tak pernah maqah orang.tu antara cikgu paling unik penah aku tengok,even hari sukan pun dia tertidoq.

then peristiwa ketiga ni macam bodo,classmate aku,tak ingat ah nama dia. dia tanya aku:
'WEY,KEDAI DEKAT DEKAT UMAH HANG ADA JUAI CD LOQLAQ DAK?'
mula tu aku taktau loqlaq tu apadia. aku ingat mcm cerita katun ka apa. aku dulu dok Kulim ni bahasa kedah mana piao pun. aku dok kawan dengan orang india,jiran pun mcm tak pure kedah,so loghat utaqa aku mmg tak berkualiti tinggi lagi.
aku pun tanya dia balik:
'LOQLAQ TU APADIA?' dia jawab:'LOQLAQ NI ADA GAMBAQ LAKI POMPUAN DOK TELANJANG'.
serius masa tu aku blurr. masa ni aku tak matang tequk,benda tu aku tak dapat imagine la.otak aku time tu dipenuhi dengan masked rider,dragon ball,digimon,power renjes,mana nak tau loqlaq tu macam mana kan. aku pun taik tipu,ikut dan ja. aku kata la 'ADA,NANTI AKU BELI'.
dia sua 5 ringgit dekat aku. tapi balik rumah haram aku tak beli pun. aku lupa. aku mana nak tau loqlaq tu apadia. 5 ringgit tu pun aku ter-burn la secara tak sengaja. sampai ke la aku tak bagi balik 5 ringgit tu.

so,bila aku pikiaq pikiaq balik,GILA! darjah 2 pun depa dah tau benda benda macam tu. ni pendedahan sensasi ni. haha. budak tu dok mana taktau,taman dahlia kot,lama tak jumpa dia,aku tak rapat dgn dia. dan,of course la,first impression aku terhadap sekolah jalan pegawai ni mmg tequk pada mulanya. hmm.

setakat tu ja la kenangan yang aku ingat masa darjah dua. nanti darjah 3 pulak.

Friday, May 6, 2011

Darjah Satu

hari ni 6 Mei. maka ia juga hari boring tahap gaban yang ke-6 bagi aku. bila dah boring,kerja boh post baru ja la. kali ni aku nak cakap pasai benda yang selalu buat aku qenyeh sorang sorang. selalunyya,benda yang selalu buat aku qenyeh ni mestila teqingat zaman aku kecik kecik dulu. so,aku nak cerita aku masa zaman sekolah rendah.






DARJAH SATU:
masa ni aku stay kat Kulim. aku sekolah dekat Sek Keb Tunku Abdul Malik. sekolah ni gilaaaaaaa. paling gila. memang berdisiplin tahap dewa. tau pasepa? pernah sekali tu,aku bawak bekai nasi pi sekolah. mak aku boh bekai tu dalam plastik. so,masa rehat aku pi makan kat apa taktau,macam taman ah,ramai orang makan kat situ.kantin pulak penuh. kat taman tu pun kerusi penuh,so aku decide dengan kawan aku,ibrahim dok besila atas tanah. aku pun guna plastik bawak bekai tadi tu untuk lapik pungkoq. selepas beberapa ketika dah habeh makan,aku blah la,pi balik kelas. tiba tiba,ada orang tangkap aku macam polis tangkap orang. pegang tangan aku dari belakang,2 orang.

pastu,mai cikgu muka cengei,aku heqan pasepa ni dok tangkap aku,aku buat salah pa? ketaq habeh lutut aku.
pastu cikgu tu tanya aku: 'hang ka yang buat sampah merata rata?'
aku blur,dan tak jawab soalan dia.then,orang yg pegang tangan aku dari belakang tu kata:'dia la cikgu,plastik tu dia punya'.
nakharey,tu membe aku hat makan dengan aku tadi yang tangkap aku. lepas tu,cikgu tu ambek nama aku boh dlm buku disiplin. 
kejam kan? memang la salah aku,tapi awat yang buat sequpa aku penjenayah?

then,aku kena tangkap lagi kes bawak masuk kentang goreng aku beli kat luaq sekolah tu.sedap kot fries dia.
kan aku beli,aku bawak masuk dalam kawasan sekolah,POOFF,depa mai tangkap aku macam aku kena tangkap kes buang sampah tu la. babun betuii.dah 2 kali dah nama aku naik.




ni la kad tepuk tu

hampa pun tau kan game ni.
:)




then,kena lagggiii,ni hari lain pulak. time tu gila kad tepuk. aku pulak dok buat tokan kad tepuk boleh.aku beli kat kedai rumah aku banyak banyak then pi juai kat sekolah la. aku ingat gi kad tepuk tu gambaq masked rider hijau. punya la dok rancak juai,Sir Tan,cikgu disiplin paling berkuasa mengarahkan anak buaahnya mai tangkap aku. dannn,lagi,kena tangkap macam aku juai dadah. kena seqet siap,pulun betui pengawas tu,geqam aku. kali ni kena masuk dalam bilik apa taktau,kena soal siasat. kena maqah gila gila dengan sir tan tu. huhh.
lepas tu,aku tak berani buat psai dah. 

tu sekolah gila wey,tapi serius sekolah tu baguih ottt. la ni jadi sekolah elit dahh.
:)

khetiaq cari duit ni.





CLICK FOR FULL SIZE
weh weh. hampa tau ak youthsay tu menatang pa? aku dah join lama dah benda ni. cuma tak aktif. apa yang aku tau website ni boleh tolong kita dapat duit cemey dan juga point yg kita boleh tuntut dengan hadiah. aku nak explain skit la. aku kan tengah takdak duit sempena cuti sem ni. benda ni tak payah guna modai. just aktif berkempen through internet. hanya berkempen ja. kalau hampa nak try cuba la klik link ni says.my
ni malaysia punya website. haha,tapi la ni aku baru dapat 2 ringgit dengan 460 contributions point. sikit ja la sebab aku tak aktif,aku tengok brader mana taktau dapat sampai 50 rgt sehari! tapi brader tu memang famous di kalangan blogger. tu yg duit dia banyak. ni kalau hampa nak try la. sign up,then aktif berkempen,share iklan. post la kempen hampa tu dekat fb or twitter or blog. dia bagi banyak jenih kempen. kempen ni disponsor oleh macam macam company. coca cola la,celcom la. mcm mcm ah. so,kena katif ja,duit mana mai sendiqi,kena la pulun skit. okay thanks. kalau nak join,klik link ni:  http://says.my/caedepic/invite

Wednesday, May 4, 2011

dok rumah apa pun tak boleh.




gila aku macam ni. cuti sem macam ni la yang aku takmau. dengan takdak duit,bosan,panas.
tu pun aku patut bersyukur jugak la sebab 3 minggu ja. budak poli sampai 2 bulan cuti sem ni. tapi kalau cuti sem 2 bulan pun best gak,boleh gak pi cari kerja. ni 3 minggu nak buat apa weyyy.

aku dok rumah sampai taktau nak buat apa. cerita korea tak kira la heroin segak tak segak,aku tengok sampai habeh,boring sampai teqa tu. nak main game pun takda mood. aku pun tak pasti,sebab apa aku tak ada mood nak main game,maybe sebab aku dah makin matang dan berfikiran seperti orang dewasa. haha. taktau la nak kata pa dah pasai ni. dota pun aku tinggai macam tu ja.

dah tu,fon aku yang baru beli dah hilang dari kehidupan aku,sony xperia x10. so,la ni,hobi utama aku iaitu dengaq lagu through earphone pun aku tak boleh buat dah. ohhh,sangat boring. la ni,jujur aku habaq kat hampa,dalam wallet aku ada 15 rgt ja. jenuh pedo nak hidup 3 minggu.
ni aku buat entry baru pun bukan ada pasai,ni semua sebab boring la. tadi bukak youtube,search 'funny video'.
tudia,sampai teqa tu baqhiangg.

bukak facebook pun notifications tak timbui timbui. yang tu takpa la,aku boleh terima sebab aku bukan artis facebook. hmm,tyang ni ja la aku nak habaq,.

so,sapa sapa yang sukarela tu,pleaseeeeee entertain me. haha. okay okay,yang ni ja nak habaq,ciao.