Sunday, July 3, 2011

tau dak apa itu Dajjal dan Yakjuj Makjuj?

assalamualaikum~

kali ni saya nak tulis sesuatu yang berfaedah. pasai tanda kiamat. ini adalah benda yang akan berlaku menurut kitab suci kita iaitu al-Quran, so kita kena percaya walaupun ia berada di luar kotak pemikiran kita. dan kalau kita tak percaya,maka terbatal iman kita dan tak islam dah laaa.

sebenarnya,ada banyak tanda besar kiamat yang akan berlaku,iaitu kemunculan makhluk Dajjal,kedatangan Nabi Isa A.S,turunnya Imam Mahadi,peperangan terbesar antara Islam dan Yahudi, dan macam macam lagi.

tapi saya sangat tertarik pasai kedatangan Dajjal dan Yakjuj Makjuj ke dunia kita nanti.




Dajjal ni sebenarnya sejenis makhluk jugak. ada yang kata sifatnya atau ciri ciri nya ialah berambut kerinting,sebelah matanya macam tertonjol,ada perkataan Kafir dalam jawi dekat dahinya.

tugas dia ialah membuat fitnah dekat dunia ni. dia akan menipu semua orang yang dia adalah Tuhan. dia dianugerahkan kuasa oleh Allah S.W.T yang mana dia boleh menghidupkan orang yang mati. dia boleh menyuburkan tanah yang gersang. dia boleh melihat,mendengar pada banyak tempat dan pada masa yang sama. sapa yang tak jadi pengikut Dajjal,akan menderita kebuluran manakala kalau akur dengan dia, hidup jadi senang. tu la dugaan yang paling hebat untuk kita wahai kawan kawan. masa ni lah iman kita teruji.

sapa yang iman takdak tu senang senang la nak jadi pengikut dia. tapi,nanti umat Islam aku dipimpin oleh Imam Mahadi. so,sapa yang beriman,akan jumpaklah Imam Mahadi ni. akan jadi pengikut dia manakala yang tak berapa nak kukuh iman dia tu,mesti akan jadi pengikut dajjal. so,jangan ingat bila Imam Mahadi dah ada,hampa takkan tersesat. cuba fikir balik,kalau la Dajjal tu menyamar Imam Mahadi,hampa nak tau macam mana? haaa. tu la,iman tu penting,masa tu la iman kita akan digunakan. dan,Dajjal ini akan dibunuh oleh Nabi Isa A.S. dia akan turun di bumi dan akan wafat. dajjal akan memerintah bumi selama 40 hari,1 hari pertama bersamaan dengan setahun,1 hari kedua bersamaan dengan sebulan,1 hari ketiga bersamaan dengan seminggu dan selebihnya iaitu 37 hari sama macam hari biasa. so,agak lama ah.



Perlindungan dari difitnah Dajjal:Nabi Muhammad s.a.w. mengingatkan para pengikutnya untuk membaca sepuluh ayat dari Surah Al-Kahfi sebagai perlindungan dari Dajal. Baginda juga mengingatkan para pengikutnya untuk berdoa, "Ya Allah! Aku berlindung dengan-Mu dari musibah Dajal." Baginda juga menyatakan terdapat tiada musibah yang lebih hebat daripada Dajal sejak penciptaan Nabi Adam a.s. hingga Hari Kebangkitan.


Yakjuj Dan Makjuj pulak nama untuk satu bangsa manusia keturunan Nabi Nuh A.S yang akan melakukan kerosakan yang besar dekat Bumi nanti. bangsa ni dah ada dah sejak zaman dulu lagi. so,kita la ni dok sekali dengan depa la cuma depa tak keluaq lagi. bangsa ni telah dikurung dalam satu tempat oleh Zukarnain.ataupun Alexander the Great. tapi masih ramai yang masih tidak mengetahui siapa itu Zukarnain. so,bangsa ini akan keluar bila sampai masanya. mereka akan minum di sebuah tasik dipercayai di Palestin sehingga kering tasik tuuuu. dan akan memakan segala binatang yang boleh dimakan. dan hampa tau daaakkk jumlah depa besaq mana? menurut riwayat Abdullah bin Umar r.a. beliau berkata bahawa Rasulullah bersabda “Allah telah membahagikan manusia kepada 10 bahagian. Sembilan bahagian ialah Yakjuj dan Makjuj sementara bakinya (iaitu bahagian kesepuluh) ialah manusia biasa (yang di atas muka bumi)”



lokasi kemungkinan tempat yakjuj makjuj akan keluar

tudiaaaaaaaaaaaaaaa! kiranya ratio dia ialah seorang manusia bersamaan dengan 9 orang yakjuj makjuj!
banyak gila. so,memang depa akan buat kemusnahan yang besar la nnt. depa la ni dikurung dalam satu tempat dan setiap hari depa cuba menggali sampai boleh keluaq. tapi hanya masa akan menentukan bila depa akan keluaq. takda sapa yang boleh tewaskan mereka kecuali dengan kuasa Allah. depa ni juga muncul selepas turunnya Nabi Isa dan Dajjal. dalam sebuah hadis, Rasulullah menyatakan kebimbangannya apabila pada zaman baginda, Yakjuj dan Makjuj dikatakan sudah berjaya menebuk benteng Zulkarnain sebesar bulatan dibentuk ibu jari dan jari telunjuk.

so,ni,serba serbi aku pasal dajjal dan yakjuj makjuj yang boleh aku kongsikan. kalau nak tau lagi lanjut,buat le research,aku cuma nak bagitau kat hampa kot hampa tak sedaq dengan benda ni. ya la,kita dok kena suruh semayang,posa,semayan,posa,percaya rukun iman ja kan? tapi ada antara kita yang taktau pun benda ni. selalunya,situasi macam tanda kiamat ni boleh kita tengok dekat movie ja kan? sebenaqnya,benda ni akan jadi depan mata kita(kalau kita ada hayat lagi la). filem Lord of the Ring tu antara filem yang sedikit sebanyak boleh menggambarkan keadaan bumi kita nanti. penuh dengan huru hara. so,ada banyak lagi peristiwa yang dahsyat akan berlaku. ni bukan aku yang kata,tapi al-Quran yang kata. so,pi la buat research,tanya ustaz.

dan sorry laah,tadi mula mula post bahasakan diri aku ni 'saya',guna bahasa formal lepas tu pi start guna loghat utara dah. then, terpakai 'aku' pulak. haha nampak macam aku ni takda pendirian pulak. :) assalamualaikum.

2 comments:

  1. skrg ni masa berlalu cpt sgt. perasan tak. haih. tanda2 nk kiamat :/

    ReplyDelete
  2. hm.... mmg...! tanda2 kiamat sdah ada....

    ReplyDelete