Thursday, March 31, 2011

aku lelaki tipikal.

hai,semua! okay,lama aku tak update blog ni. taktau pasepa. takdak ilham kot. aku selalu dapat ilham
ni time dok dalam kereta,jalan jauh,tengok sawah padi tepi highway. then,masa tu la aku dapat inspirasi dan ilham nak tulis apa.
okay,la ni,aku tengok ramai yang guna bahasa inggeris sebagai bahasa utama. aku nak habaq yang,kalau bukak blog ka,tumblr ka,mesti ramai yang guna bahasa inggeris dalam penulisan depa. *penulisan kot noh?
so,aku ni pulak jenih perangai nak ikut orang jaa. orang buat tu,aku pun buat. haha. ingat lepas ni nak update blog pakai English la. tapi,bila pikiaq pikiaq balik. aku ni English tak la sempoi sangat. dok bajet orang putih tapi English lintanag pukang. haha. so,baik aku guna bahasa malaysia ja noh. buat apa nak bajet pandai tapi tak pandai. satgi,silap spelling,silap grammar,buat malu ja. dak dak,bukan aku nak kata kat hampa yang dok update blog dalam bahasa inggeris tu,aku nak habaq pasai diri aku ni. hampa jangan pikiaq kot lain jugak noh. by the way,aku tabik spring ah kat hampa yang guna English dalam blog,memang hampa ni pandai BI teruk. haha
aku jujur ja ni. kalau dah aku tak terer English,aku habaq ja. malas nak bajet. haha.
lagi pun,aku ni,suka menterjemahkan kata kata hati aku ke dalam blog sebijik sebijik. tak faham? okay.
semua orang mesti la penah cakap dalam hati. benda yang kita pendam,mesti cakap dalam hati kan? 
haha. so,kata hati aku ni,dia cakap dalam loghat kedah. tu la pasai aku tulis pakai loghat kedah dalam ni. 
baru puaih. haha. puaih tu puas la. aku ni jenis lelaki yang tipikal. aku hanya biasa dengan sesuatu cara yang senang untuk diri aku. aku tak suka buat benda yang menyusahkan diri aku. contoh,aku kalau cakap dengan orang KL ka,Selangoq ka,aku tibai guna loghat Kedah jugak. malas nak gagahkan diri ni ikut bahasa depa.
haha. tapi,aku sangat suka orang yang boleh cakap Bahasa Melayu formal dengan sangat sempoi. selalunya,orang yang pandai cakap formal BM ni ialah penganalisis politik,sukan. aku suka tengok cara depa cakap.
tudia,aku merapu jauh dah. mesti boring post aku kali ni. *macam la post dulu dulu tak boring.
haha. hampa semua penah tengok dak gi video Matluthfi dengan
Anwar Hadi ? klik la kalau nak tengok. depa ni lawak gila. depa cakap bahasa kedah. di samping tu,video depa ni ada mesej positif,open minded dan lawak pintar. aku respek depa ni. belajaq kat oversea ooo depa ni. haha.
okay. hat ni ja aku nak share deangan hampa semua. bye manusia.

Monday, March 7, 2011

ayah,sorry. caed dah tersasar jauh.

tadi,aku pulang ke rumah aku di Alor Setar. macam biasa,sampai ja rumah,aku terus basuh baju yang aku bawa balik dari rumah sewa. sambil dok tunggu mesin basuh tu,aku mula ah termenung,fikir macam macam. muka pertama yang aku nampak ialah ayah aku. dah lama aku tak jumpak ayah aku.hampir 2 bulan. bila aku ingat muka dia,mesti aku teringat pesan dia,'caed,belajaq elok elok.pulun. bagi semua orang terkejut'.
huu~aku terus rasa sedih sangat bila fikir benda tu. ya la,secara jujurnya,kehidupan aku di kampus lebih kepada enjoy sana sini dengan kawan kawan. matlamat tu dah tak betul. aku ni study just nak bagi lulus ja. study last last minit. pada masa yang sama,kos perbelanjaan aku juga tinggi. aku dah macam beban kan ayah aku. memang aku rasa diri aku teruk sangat. time kelas,aku asyik bersembang,kutuk orang sana sini,lecturer pun aku dok komen macam macam. aku tengok kawan kawan sekolah menengah aku,depa semua la ni belajar dekat Matrik,Poli. semua macam berjaya dah jaa. pointer depa pun tinggi. tapi aku ja yang teruk. serius,memang post aku kali ni nampak poyo. tapi ni la yang terpendam dalam hati aku. datang kampus,first kelas ja,benda yang dok ada dalam kepala aku ialah MAKAN. kelas pun banyak kali ponteng. huh,memang teruk. tu la,aku harap ah,start esok,aku nak try buat apa yang aku patut buat sebagai pelajar. InsyaAllah. Amin.
:)

padan muka hang,Manchester United!







When Ferguson took over Manchester United, he stated his aim was to knock Liverpool from its perch. That’s not rivalry – that’s obsession. United fans may think a title win this season will mean he’s succeeded in doing that. For me, the Liverbird just flew away for 20 years.

Now, he’s back. And regardless of what number of titles United are on, Kenny Dalglish isn’t focusing on any perches, he’s just focusing on winning matches and trophies for Liverpool Football Club.



hai semua. haaaaaa. mesti hampa semua tau aku nak tulis pasai apa ni kan. haha. pada 6 mac,berlakunya salah satu peristiwa terbesar dalam hidup aku sebagai penyokong Liverpool,iaitu Liverpool menentang Manchester United.
hampa nak tau dak betapa match ni sangat ditunggu tunggu. sebabnya ialah Liverpool dan MU masing masing memang bermusuhan antara satu sama lain sejak duluuuuu lagi.
walaupun,kalau Liverpool menduduki tempat ke-20 liga dan MU pula tempat pertama,still mereka tetap bermusuh. bayangkan,Kapten Liverpool,Steven Gerrard semasa kecil lagi diajar bapanya agar tidak berkawan dengan orang Manchester. saudara saudari sekalian,bola sepak bukan setakat permainan atau sukan,ia lebih kepada maruah,emosi. kalah dengan pasukan yang sangat kita benci memang sangat menyakitkan hati. permusuhan antara Liverpool dan MU ni maybe permusuhan paling dahsyat dalam sejarah bola sepak.
tapi ni kisah aku pulak. hidup aku ni dikelilingi oleh peminat peminat MU. housemates aku semua peminat MU. dekat kampus,semua minat MU. aku mula tu cuak juga la. ya la,cuba kalau team aku kalah,memang sakit telinga aku nak tahan provokasi depa tu. petang semalam,2 orang housemates aku siap beli jersi MU 2 helai. nak pakai malam tu la. nak tunjuk kata depa ni peminat MU. memang sakan depa ni.
tiba waktu perlawanan,aku dan housemates aku bersiap. aku pakai jersi Liverpool la. yang macam dalam gambaq kat atas ni. berisiko la kalau pakai,kalau kalah,memang aku malu.
tapi aku peminat sejati,lantak pi kat aku la noh. kalah menang lain cerita.
kami tengok dekat kedai. Masya-Allah,ramai nya yang tengok game tuuu. memang meriah.
best!
bila dah dapat kawan yang minat MU ni,menang celaka la. game tak start gi. tapi dok hingaq macam macam. tau la hampa ramai pun. aku senyap ja la.
perlawanan pun bermula,RANCAK BROOOOO.
first impression aku bila tengok Liverpool start main,aku dah macam nampak boleh menang.
Liverpool attack bertubi tubi la jugak. jantung aku ni berdegup pantas ah. mendebarkan.
mai mai Berbatov sepak bola,kena tiang seround. cuak gila akuuuuu time tuuu. membe membe aku hat minat MU dok buat bahaya ah.
selepas beberapa ketika,Liverpool mula menguasai permainan.
then,magik dari Luis Suarez telah menghasilkan gol untuk Liverpool!
yeahhhh. aku melompat. tak pikiaq apa dah aih. gila. rasa best teruk.
then,5 minit lepas tu,Liverpool skor lagiiiii!
aku menjerit,GOLLLLL! dan suaraku mula habis.
-____-"
aku memesan limau ais kat brader untuk memulihkan kembali suara aku. haha.
dan,sekali lagi,GOOOLLLL!
3-0!
gilaaaaaa,perasaan aku memang terharu gila. aku rasa aku dah macam orang jati Liverpool.
dan mulai itu,kemenangan Liverpool mula kelihatan dari awal.
bagaimanapun,MU sempat menjaringkan gol saguhati.
final score:Liverpool 3-1 Manchester United.
malam indah aku berakhir di situ. ramai membe aku yang Liverpool fans,mulalah dok texting dengan aku.
dok cerita pasai kemenangan yang sempoi ni.

Even if United win the Premier League and claim other silverware, and history tells us this must never be discounted.

okay,setakat ni ja aku nak share. terima kasih kerana membaca blog yang agak boring bagi perempuan ni. dah la panjang kan. takpa,boring boring baca la wweyyyy.
:)

pengalaman pertama di atas pentas.

hai hai hai. aku ada benda nak cerita,nak luah,nak kongsi dengan anda semua. ia bukanlah kisah yang happy ending,ia lebih kepada satu tragedi untuk aku. baru-baru,UiTM aku ada buat event Battle of the Band. waaahh. best gilaaa. aku bincang dengan member member aku untuk join dalam BOTB tu. 

dan kami semua sepakat untuk join. band aku terdiri daripada arif sebagai vokalis dan gitaris kedua,farizz pula sebagai lead gitaris,aku main bass,epi sebagai drummer dan vokalis kedua kami ialah sya(perempuan). kami deicide akan perform lagu Dirty Little Secret dari All American Rejects dan That's What You Get dari Paramore. dan,tiba hari event tu. 

rasa cuak gila babi ah. sumpah tak tipu. ya la,kami hanya sempat praktis sekali(dengan semua ahli band) selama 3 jam. what the fuck. tu battle if the band weyyy. boleh pi buat cekang masuk BOTB. tambah pulak,kami punya drummer tu lama tak main drum. so,semua macam budak darjah 1 yang nak abmil SPM. macam tu la situasinya okay. masa kami praktis tu,tak la perfect tapi okay la. masa kami soundcheck before BOTB start,semuanya macam akan berjalan lancar. sebelum giliran band kami ni,banyak band yang hebat gila ah. ada yang main drum sambil nyanyi. memang aku tabik ah band tu. aku punya la nervous time tu. masa aku sejuk.dalam dewan tu pakai air cond.siap pakai sweater. then,sampai giliran kami nak perform tu,aku mula cuaakkkkk. aku dan bandmates aku mula mula tu buat cool. ramai orang bersorak dekat kami. perghh. rasa best weyyy. ada orang jerit nama aku,nama member aku. HAHA. rasa macam artis sat.ramai gila orang yang datang ke dewan tu. ramai gilaaaaaaaa ah. aku pun jadi ketaq tak tentu hala. lutut aku ni memang ketaq tahap dewa ah.mcam orang parkinson tu ah.

tapi aku control ah kecuakan aku tu.mula mula kami main lagu Dirty little secret tu. macam okay ja. masa tu,muka aku berpeluh gilaaaaa. tadi sejuk nak mampueh,ni berpeluh macam nak mampueh pulakkk.semuanya kelihatan okay untuk lagu pertama. masuk lagu kedua,thats what you get,dah mula serabut. aku mula stress. kami semua macam tak bersatu. vokalis nyanyi cepat,drummer pulak tak dengar gitar,gitaris pulak keliru dengan struktur muzik. dan semuanya HANCUR! arghhhhhhhhh! band kamilah band paling teruk dalan event tu. lepas habis performance kami,aku macam nak menangis,macam nak jerit sekuat mungkin. arghh. rasa frust gilaaa. tak sangka performance kami akan seteruk tu. mental aku pun dah macam tak betui dahh. rasa macam nak pukul ja semua orang yang ada depan aku. haha. tu la saat yang paling down pernah aku terima sebagai seorang student UiTM. kalau hampa tengok muka aku time tu,memang hampa akan nampak ah kesengsaraan yang aku alami. sangat sangat frust. dah la esok tu ada test statistics pulak. tak study apa lagi. taktau apa pulak tu. huh. tu la,pengajrannya,kita ni kena praktis betui betui kalau nak masuk apa apa. apa apa pun,ramai kata persembahan kami OK. :)
kalau ada lagi BOTB sem depan,kami nak masuk lagi. kami anggap kegagalan kami ni sebagai satu pengalaman. okay. yang tu ja aku nak cerita. ciaooo.
:D

soundcheck

penyanyi pertama kami,arif.

epi,drummer kami.

bodo,perform tak elok,boleh dok buat rockstar pulak.

anen,lead guitarist.

thats what you get-paramore

sya,vokalis kedua kami.