Saturday, April 30, 2011

semester 2 sudah tamat. babai Kodiang.

dah habeh dah semester kedua di UiTM ni,dan nampaknya tak happy ending punya semester sebab last paper aku,iaitu microeconomics,aku hentamsajalabu. memang kantoi. tambah lagi,aku dah tak dok dah dengan geng geng aku untuk sem depan. kira nanti housemate aku geng lain pulak la. rasa emo juga la bila tak dok dengan geng geng yang sekepala ni. tapi,kot mana pun,bukan tak kawan dah,sem depan dok jumpa dalam kelas jugak kan. rumah aku dengan rumah depa pun tak jauh. haha.

tapi,secara jujurnya,semester dua ni tak la best sangat bagi aku. macam sem lepas,rasa macam banyak kawan. tapi sem ni maybe sebab dok luaq. dah la dok luaq,dok pulak hujung dunia,Kodiang cek oiii. 
tapi kot mana pun,sem ni ada kenangan tersendiri la. dok Kodiang ni,best sebenaqnya. boleh kata semua gerai,kedai makan nasi lemak seringgit,nasi lemak lauk,kedai tomyam,semua pakat kenai kami. yala,dok pi makan hari hari.

tapi lepas ni dah tak ada peluang nak jumpa dah. rasa sedih jugak la. sem dua jugak ada kekecewaan yang berlaku. aku dilantik sebagai biro protokol untuk part 2 utk buat hari sukan kos aku. dulu,boleh kata tiap tiap minggu ada meeting pasai hari sukan ni. dah la aku dok kodiang,jalan kodiang ke arau tu macam permukaan bulan,lopak sana sini. meeting pulak malam malam. memang berisiko jugak la. kira macam mencari maut. jalan kodiang-arau dah pernah meragut nyawa seorang pelajar UiTM. okay la,aku tak kisah pun,aku pun bukan bagi  sumbangan besaq pun dalam meeting tu. tapi last last hari sukan tu cancel. argh. penat ja. kesian jugak la dengan kawan kawan aku yang turut mengendalikan hari sukan. dah macam macam kami rancang.

takpa la. biaq ja la. so,hari hari terakhir aku di kodiang. aku terjumpak satu tempat yang sangat cantik di sana. iaitu gua kerbau. gua dia tak cantik pun. tapi environment dia yang hijauuuuuu dan aku sangat sukaaaaaaa. aku harap la tempat tu depa jaga elok elok. aku ni bukanla pencinta alam sangat. tapi aku suka tempat yang back to nature. dia macam bagi aku tenang. kalau kita tengok cerita korea,mesti ada punya,satu scene di mana,lepas hero cerita tu tengah tension,mesti dia bawak kereta ka moto ka laju laju pi tempat atas bukit,yang ada rumput hijau,dengan angin sepoi sepoi bahasa kan,lepas tu dia jerit kat situ,luah segala yang terpendam. haa,macam tu la aku nak. aku nak ada tempat yang cantik,yang boleh aku release tension. so,tengok la gambaq gambaq aku ni,sorry la,gambaq aku ni lebih bermotifkan kepada muka,dan posing aku,bukan kepada landscape,tapi hampa tengok background dia dah ah. cantikkkk ooooo. so,hargai alam sekitar kita. jumpa lagi kawan kawan UiTM.
<3



padi tu cantik,hijauuu.

mamat ni handsome. aih silap,background cantik noh?

Yen,kawan aku yang teman aku.

bukit bukit menambahkan lagi unsur metafora.HAHA. merapu
pokok nyoq ada. sorry,brader ni bajet sikit. sorry nohh pembaca.

Wednesday, April 27, 2011

tragedi 29 April 2009.

assalamualaikum semua.
aku nak share dengan hampa semua pasai kisah aku.
maybe ni la post aku yang paling jujur setakat ni.
post ni bertarikh 27 April 2011. lagi 2 dua hari,genaplah tempoh 2 tahun aku hidup tanpa kasih sayang seorang ibu.
aku masih ingat detik detik terakhir aku bersama mak aku. dan pada masa tu la,aku terasa sedih 
sangat. 1st time aku menangis di khalayak ramai.
aku cuma rasa aku terlalu mentah untuk semua situasi ni. 
aku ni sangat rapat dengan mak aku. kadang kadang tengok cara kami ni dah macam kawan.
keluaq makan pi kami dua ja. pi beli majalah wanita sekali,haha. kira mak aku tu dah macam kawan sejati,teman wanita aku. kira dulu ni,aku jarang la hang out dengan kawan kawan. tak macam la ni,sikit sikit ja,ajak kawan.
dulu,dalam hidup aku hanya ada mak aku ja.
even,handphone pun aku tak pakai dulu. sebab dok jumpa mak hari hari kat rumah dah.

tapi,tanpa kami semua sedari,mak aku menghidap hepatitis c tahap teruk dan boleh dianggap kanser hati.
mula-mula,aku macam tak kisah. sebab aku tengok mak aku sihat,okay ja.
then,makin lama,aku dah boleh nampak kesannya. mak aku makin teruk.
kerap kerap kena tahan di hospital. dulu,hidup aku ni ada 3 tempat ja,rumah,sekolah dan hospital.
dan,serius,hospital adalah tempat yang paling aku tak suka dalam dunia. ianya tempat yang sangat sedih,sangat suram dan bau ubat. haha.
tapi,tu la yang terpaksa aku hadapi setiap hari.
mak aku pernah operate. buang hati dia yang rosak. dalam 80% hati mak aku dibuang.
lepas pada tu,aku ingat semua dah setel.
doktor yang handle kes mak aku tu,nama dia Doktor Mani,dia pesan even dah buang hati yang rosak tu,makan kena pantang la jugak.
hmmmm. aku tengok mak aku sangat sihat ah.
tapi,lepas setahun dari tu,mak aku kembali jadi tak normal.hati dia masa tu rosak semua. hati ni penting untuk badan kita. rosak hati,rosak la semua organ kita.
start pada masa tu,mak aku terlantar di hospital. susah sangat nak tengok mak aku masak di rumah.
setiap malam,sebelum tidoq,aku akan pikiaq pasai mak aku. dan setiap malam aku dok teqiak.
sapa tau masa tu betapa takutnya aku.
thne,tiba satu malam,semua family aku tidoq dekat hospital. aku pun sama. masa tu memang sangat kritikal.
aku baca yassin. tunggu di ruang menunggu. masa tu aku memang tak sanggup nak tengok mak aku.
family aku semua tunggu sebelah katil mak aku. masa tu mak aku dah macam tak sedar dah.
then,aku tertidur..
tiba-tiba,abang aku gerak aku,
'caed,bangun,pi tengok mak'
masa aku kena kejut tu,aku tau,aku akan tempuh satu saat yang susah.
aku jalan ke katil mak aku. langkah aku masa tu lemah sangat.
tiba ja kat katil tu,aku terus menangis. aku pegang tangan mak aku. tangan dia sejuk. dan,untuk beberapa ketika dia kembali ke pangkuan Allah s.w.t.
dan pada masa tu,aku sedih sangat. sedih sangat sangat.
aku dah kehilangan seorang ibu untuk usia yang muda.ya,ada ramai lagi diluar sana situasi macam aku.
tapi,dia bukanlah ibu biasa bagi aku. dialah peneman aku.
aku redha. aku tau,itulah yang terbaik buat mak aku dan kami semua.

so,aku post ni bukan nak bagi hampa kesian kat aku. cuma,aku nak pesan,jagalah kesihatan kita.
penyakit hepatitis ni sebenarnya lagi mudah dijangkiti dari AIDS dan lagi teruk kesan dia memang tak nampak. maksud aku,kalau hampa kena hepatitis ni,hampa nampak sihat ja la. bila dah teruk dan tidak boleh diselamatkan lagi,baru hampa akan nampak kesan dia. ni la yang terjadi dekat arwah mak aku.
so,jagalah kesihatan. pi check darah kat hospital. 
okay,yang ni ja aku nak share. bye.
:)

Wednesday, April 20, 2011

sorry,aku rasa aku dah banyak berubah.

salam,selamat sejahtera.
okay,aku nak luah benda yang kadang kadang buat diri aku rasa aku dah berlagak,sombong dan tak kenang budi.
okay,baru-baru ni,adala beberapa orang kawan sekolah menengah mesej aku. mesej? texting? ohh
ni la benda yang aku sangat tak suka. yeaaa,aku mengaku dulu,aku selalu dok kacau hampa semua,sikit sikit ja hantaq mesej.kira suka sangatla aku dengan aktiviti yang dipanggil texting ni.
tapi,tu dulu. 

sekarang,aku bukan lagi macam tu. aku macam fobia,trauma dengan texting ni.taktau pasepa jadi lagu tu.
aku hanya senang reply mesej orang yang betui betui penting. aku lebih suka call. tapi call kedaqah kredit pulak.
bagi aku,texting ni penuh dengan kepura-puraan. ia tak menggambarkan emosi kita. haha.tudiaaaa,gila la hampa baca post aku ni,merapu daaah.

tapi betui la,kadang kadang kita tak fokus pun bila texting ni. so,kepada kawan kawan lama aku,sorry sangat. aku okay ja kalau hampa nak kata aku ni berlagak ka apa ka. tapi kalau aku jmpak hampa kat pasar malam ka,city plaza ka,aku STILL akan teguq hampa.
:)

takpun,contact dalam facebook pun lagi okay dari dok guna khidmat pesanan ringkas tu. tak suka tak suka.
percayala aku,aku memang tak sukaaaaa textingggg. 
okay,yang tu jaa aku nak share,bye.
:D
mood:final

Saturday, April 9, 2011

final exam final exam.


hai hai kepada sapa yang tengah baca blog saya ni,sure anda semua tengah boring tahap dewa sehinggakan terpaksa membaca blog saya yang tak style ni.

sekarang kan,semua student IPT dah kalut atau sibuk dengan final exam. FINAL EXAM?
huuuuh,semester ni macam cepat ja berlalu. tak dan apa gi dah final. dah la otak ni still kosong. kosong sangat ah. tengokla markah test aku. dah la hari tu,speaking test BEL dah hancurrrr.
tapi tapi,aku sememangnya tak akan berputus asa. aku still anggap final exam boleh mengubah keputusan kita walaupun carry marks tak tinggi. so,aku la ni dok pulun study la. 1st paper pada 23 April ni.
honestly,aku langsung tak rasa aku akan dapat dekan. haha. memangla,sapa yang tengok facebook aku tu,mesti hampa ingat aku ni dok obses,pulun study tahap gila gila nak bagi dapat dekan. sampai profile picture aku pun aku guna gambaq,'CAED NAK DEKAN'.

aku saja ja. nak cari tumpuan dalam facebook. haha,melawak ja. okay la,aku memang nak dekan,tapi priority aku untuk final exam ni,aku nak improvement la. sem lepas macam teruk sangat. dan aku harap sangat sangat tak kena repeat paper.
if dapat dekan,memang aku bersyukur laa.

tapi,kalau la permohonan ke Maktab Perguruan aku diluluskan,aku akan quit UiTM kot. aku minat jadi cikgu. tapi tu cerita lain la. nanti kalau aku dapat,aku buat post baru ah.

so,yang ni ja aku nak habaq. kepada kawan kawan aku,kalau aku ada buat salah silap,ada hutang hampa tak kira la maggi sebungkuih ka,aku harap hampa halai la semua noh,maafkan salah silap aku,doakan untuk aku dan kawan kawan kita yang berjuang.
okay,bye,
:)