Tuesday, November 23, 2010

facebook? kenapa dengan facebook?

















salam,kali ini aku nak tulis tentang Facebook.dan aku selalu update status.selalu sangat sangat.haha .sebenarnya macam-macam pendapat orang bila  kita tanya pasal facebook ni. ada yang kata fb ni makin lama makin bosan,ada juga yang kata fb ni hanya untuk orang yang tidak ada kawan. ada jugak yang anti-fb sebab pengasasnya adalah orang Israel. tak kurangnya jugak ada orang kata ada fb ni hanya menyakitkan hati ja. 
okay,ni pendapat aku la. bagi aku facebook ni adalah alternatif lain bagi aku untuk contact kawan-kawan aku yang lain. jimat kredit fon aku. tu sebab aku tak rasa boring dengan fb. aku just log-in utk contact kawan-kawan aku tanpa mengharapkan yang ia akan menghilangkan boring aku. sapa-sapa yang kata orang yang ada fb ni tak ada kawan dlm kehidupan realiti mmg cetek ah pemikiran dia. ya la,aku rasa statement tu salah la. sebabnya aku lagi dapat kawan ramai through fb ni. 
FACEBOOK ITU YAHUDI! wow! haha. okay okay. sebenarnya tak salah kalau kita nak guna apa apa benda buatan yahudi selagi ia tak bercanggah dengan syarak.(cewah,mcm ulamak pulak kan)betul laaa, cuba luaskan pemikiran tu skit,apa kata kalau kita eksploit fb ni dengan menyampaikan dakwah islamiah.dapat pahala. ia memberikan faedah kpd kita. tau dak,melalui fb ni la aku dapat byk info tentang agama. aku ada seorang kawan facebook yang bernama Taichou Mohamad Azhaari Shah,dia seorang yang aku sangat sangat respek! dia byk share link link yang berfaedah. okay. pendek kata,facebook tak jahat,yang nak jadi jahat ialah cara anda menggunakannya.
selain tu,sekarang ni,media perdana seperti tv,radio dah tak boleh harap sangat. banyak pendustaan. tambah tambah dalam hal politik,BERAT SEBELAH! semuanya bagai dicucuk hidung. so,aku lebih percayakan informasi dari internet yang kebanyakannya boleh kita perolehi dari facebook.
facebook buat kita sakit hati ka? haha,hat ni aku tak berapa mengerti laaa. tapi maybe sesetengah orang yg berasa begitu sebab dia ada masalah peribadi dengan facebooker yg lain.
okay,yang ni ja aku nak luah.aku bukanlah pembela facebook.facebook juga boleh melalaikan kita. sejam online rasa mcm seminit. so,elakkan dari jadi macam tu. kita sebagai muslim ada tanggungjawab.okay.assalamualaikum.

Friday, November 12, 2010

Al-fatihah untuk sahabatku...Azrul Hadi Azizan..

Aku mendapat satu berita buruk pada tengah hari tadi,iaitu,rakan baik aku,Azrul Hadi Azizan atau own telah meninggal dunia bersama seorang rakannya akibat kemalangan jalan raya.
Aku agak rapat dengan arwah sebelum ini. Kami sudah berkenalan hampir setahun. Kemuncak persahabatan kami adalah ketika melanjutkan pelajaran di tempat yang sama,iaitu,UiTM Arau.
Ini adalah kali ke-2 aku kehilangan rakan baik aku.
Arwah Azrul merupakan seorang kawan yang baik,seorang yang tidak pernah mengabaikan tanggungjawab sebagai seorang muslim.
Baru-baru ini,aku sempat bergurau dengannya, aku berkata,"Own,hang tak ada duit ka? pakai duit aku dulu."
Dan dia menjawab,"takpa lah caed,nanti aku mati tak sempat pulak nak bayar hutang hang."
Tak sangka semua ini akan berlaku.
Kami selalu makan sekali,study sekali,dan aku selalu tidur di bilik arwah. 
Apa pun,aku mengucapkan takziah kepada semua ahli keluarga arwah. Dan Al-Fatihah kepada Allahyarham Azrul Hadi bin Azizan.




Saturday, November 6, 2010

kehidupan saya..

hidup aku agak bahagia sekarang.
dan setakat ini hanya lima benda yang mewarnai hidup aku iaitu keluarga,persahabatan,muzik,bola sepak dan hobi aku.
dan aku tidak mahu lima benda ini berkurang atau bertambah.
aku sangat berpuas hati dengan kehidupan aku sekarang.

famili aku


kawan-kawan aku
muzik




hobi aku
bola sepak