Monday, August 13, 2012

apa kaitan freemason dengan hidup kita?


freemason.
aku rasa semua orang tau apa benda freemason ni.
aku nak hurai pun memang panjang. so aku bagi penjelasan secara umum dan penjelasan yang aku faham dengan cara aku.

freemason ni adalah satu ajaran atau agama atau organisasi yang diwujudkan untuk menentang segala hukum dunia yang telah ditetapkan Allah S.W.T dan ketua atau tuhan mereka adalah dajjal. ia bukannya golongan anti islam,tetapi mereka ini boleh dikatakan anti kepada semua agama. lebih spesifik lagi,mereka ni nak semua orang hanya menyembah kepada dajjal.

aku rasa anda semua pasti pernah terbaca segala konspirasi mereka. dahsyat. sangat dahsyat. kadang kala tak masuk akal. tapi segala konspirasi mereka semuanya seakan berpandukan al-Quran dan mereka cuba untuk menentang segala ketetapan yang Allah S.W.T buat.

aku pernah terbaca yang kumpulan mereka wujud ketika zaman Nabi Sulaiman A.S dan aktif selepas kewafatan NAbi Muhammad S.A.W. mereka tahu Rasulullah adalah pemimpin yang sangat bahaya bagi mereka kerana Rasulullah berjaya memimpin dengan cemerlang. so plan mereka ialah menunggu detik di mana manusia tidak mempunyai pemimpin yang sempurna.

so bayangkan kalau mereka dah pasang konspirasi sejak hari kewafatan nabi kita,memang besar perancangan mereka. sehelai demi sehelai al-Quran mereka selidik.

so itu antara penjelasan aku mengenai freemason.

sekarang,boleh dikatakan unsur freemason boleh kelihatan di semua tempat. ada orang menganggap ianya kebetulan. lambang 3 segi,ada apa masalah dengan kita kan? takkan dah tengok lambang 3 segi bermata satu dah boleh goyang iman?

tapi pernahkah kita terfikir kenapa lambang ini terlalu kerap digunakan dalam upacara tertentu. ia sedikit sebanyak membuktikan memang freemason tu wujud.

ada jugak orang kata,"alaaah,buat apa nak bimbang,dalam al-Quran cakap,umat Islam akan menang,Nabi Isa A.S dan Imam Mahadi akan tolong kita nanti. buat apa nak bimbang?"

itu adalah pemikiran yang patut kita buang. aku nak tegaskan di sini,memang betul kita semua akan menang(umat islam). tapi persoalan di sini,adakah kita di antara orang islam sejati,yang mana kita cukup ilmu agama,yang boleh terselamat fitnah dunia dan berada pada jalan yang lurus. aku bercakap tentang kesan INDIVIDU. lihat dunia sekarang,benda remeh especially duit, pun dah boleh menyesatkan kita. ini kan pulak fitnah akhir zaman. lagi dahsyat.
macam mana pulak kita nak cari pemimpin kita yang akan diturunkan kepada kita kelak (Nabi Isa A.S dan Imam Mahadi) sedangkan ulama besar pun kita sendiri kita tak patuh. Ulama pun bukanlah manusia yang sehebat Imam Mahadi. tapi kalau dah setakat Nik Aziz dan ulama dunia lain diperlekeh dan dilabel "bapa kepada kekafiran",macam mana kita nak jumpa pemimpin akhir zaman kita?

entah-entah imam mahadi pun kita cerca nanti disebabkan diri kita yang tak ada agama yang cukup. kita harus sedar segala fakta,sejarah di dunia ini telah dimanipulasi kecuali al-Quran.

try la buat research pasal freemason dan bacalah konspirasi mereka. aku tak jamin benda tu betul,tapi tak rugi kalau kita percaya dengan apa yang kita baca. kalau kita percaya,mestilah secara tak langsung kita akan buat "persiapan" untuk memantapkan iman kita untuk menempuh fitnah akhir zaman. tapi jika,apa yang kita baca tu kita hanya anggap benda yang tak logik,maka anda berpotensi untuk menemui jalan yang salah dalam hidup kita ke arah dunia akhirat kerana KEMUNGKINAN segala konspirasi tu untuk berlaku ada. so bila ada perkataan kemungkinan,ia adalah satu benda yang masih kita ragu ragu. dan bila kita ragu-ragu,adalah lebih baik kita menggunakan jalan selamat. so jalan selamat yang aku maksudkan itu ialah percaya yang kita adalah di bawah ancaman freemason dan pada masa yang masa,memantapkan iman kita dengan mendekatkan diri dengan tuhan kita.

aku pun bukanlah yang jenis warak. aku jugak orang yang still perlukan hiburan di media massa untuk menjadi penghibur aku. tapi tak salah kalau kita nak nikmati benda tu selagi kita laksanakan tugas kita sebagai hamba Allah S.W.T.

satu lagi aku tegaskan,freemason memang percaya apa yang al-Quran tetapkan. mereka memang percaya. mereka hanya mahu mecari ahli neraka sebanyak mungkin. itu lah sebab kenapa mereka akan menentang segala ketetapan ALlah S.W.T .tuhan mereka ialah dajjal dan iblis. dan jangan kita lupa bahawa tugas iblis ialah untuk menyesatkan manusia sebanyak yang mungkin. pendek kata orang freemason dah bersedia masuk ke neraka,dan mereka hanya mahu menambahkan lagi ahli neraka. faham?

panjang jugak post ni. apa pun,semoga kita diberkati Allah SWT. Assalamualaikum.

*buka youtube dan search "The Arrival" untuk info lebih lanjut mengenai freemason dan konspirasi mereka. ingat,kita tengok tak bererti kita percaya.