Friday, August 16, 2013

Liverpool dan musim 2014.

lagi 2 hari sebelum musim baru EPL bermula.

so apa khabar Liverpool? 4 player baru untuk kita iaitu Kolo Toure,Iago Aspas,Luis Alberto dan Simon Mignolet. dan spekulasi mengatakan yang Brendan Rodgers masih mencari pemain baru untuk menambahkan bilangan skuad.

Tapi,Reina,Jonjo Shelvey,Carragher antara pemain yang telah meninggalkan Liverpool.

So dengan skuad yang ada sekarang ni,aku nak buat sedikit ramalan pasal musim yang akan Liverpool hadapi nanti.

Suarez,aku dah consider dia akan stay utk Liverpool at least untuk satu season lagi.Melihat kepada rival kita iaitu United,City,Chelsea,Arsenal dan Spurs,boleh dikatakan musim ini agak menarik since United first time akan bermain di bawah manager baru utk sekian lama.Melihat kepada persiapan United,nampak agak positif utk penyokong Liverpool,prestasi hambar semasa pre-season,kegagalan mendapatkan pemain baru.Jujur,aku still anggap United still pasukan yang mantap,tapi ni first time aku ada keraguan terhadap mereka utk kekal menjadi juara. so aku meramalkan yang United akan stay dalam top 4 tapi bukan juara.

Chelsea pula dengan kemunculan semuala Mourinho.Takmahu ulas banyak,dengan skuad yang mantap,manager yang power,maybe Chelsea antara pencabar kejuaraan liga.

City nampak aktif pada transfer window kali ni. Negredo,Jovetic,Navas,Fernandinho. jangan lupa skuad lama yang dibentuk Mancini. Aku ramal City dan Chelsea akan bersaing untuk tempat pertama.

Arsenal,team yang buat Liverpool dalam krisis pasal Suarez. Hanya seorang player baru iaitu Yaya Sanogo. ramalan aku,tempat ke-5 or 4.

Spurs,aku yakin semua fans Liverpool terutamanya,nakkan Spurs kehilangan Bale. Tapi,sekalipun belum menjual Bale,Spurs dah rancak membeli player baru iaitu Paulinho dan Roberto Soldado. hmm,nampak agak promising. ada potensi utk jadi naib johan.

LIVERPOOL. okay,kalau la,Coutinho,Sturridge,Gerrard dan Suarez tak injured,tak ada masalah luar padang,aku yakin kita akan kembali ke Champions League. ni la 4 player yang tersangat penting bagi aku terutama sekali Sturridge dan Coutinho. aku rasa Coutinho akan jadi player of the season utk kita.

Brendan Rodgers juga semakin selesa dengan tugasnya.dulu maybe dia kesuntukan masa nak bentuk skuad,tu la pasal pembelian awal masa dia join LIverpool tak berapa menjadi. tapi cuba tengok pembelian januari,2 player sahaja iaitu Sturridge dan Coutinho,dah berjaya mengubah performance Liverpool utk pusingan kedua EPL last season. so,aku nampak satu benda yang sangat positif utk kita semua.Persiapan kita kali ni lebih stabil.kan lagi elok kalau masalah Suarez tak timbul.

So dengan harapan United,Arsenal merosot,aku yakin season baru ni mungkin peluang terbaik kita utk kembali ke UCL dan juga ia adalah ujian yang plg telus boleh kita nilai terhadap projek Brendan Rodgers ni.

so,aku,sebagai seorang peminat Liverpool yang realistik,berharap,kita dapat mencapai target untuk kembali ke UCL. pentingnya UCL tu,dari segi kewangan,dan taraf team kita supaya tak dipandang rendah oleh pemain pemain lain,dalam erti kata lain,sebagai daya penarik utk memburu pemain berstatus bintang.