Sunday, July 24, 2011

keropok moni pun nampak sedap kalau di bulan puasa

woaaaa,lama sudah tak update blog. sampai berhabuk,fuh fuh. macam tak ada masa nak update. nak kata sibuk dengan pembelajaran memang tak ahh. cuma tak ada inspirasi ja. sebab tu gua tak update blog lama.

bulan puasa pun hampir tiba. bulan ramadhan al-mubharak. kita nak rasa seronok ka nak rasa bimbang? ya la kan,nak kena tahan dari makan minum lagi. jujurnya memang berat jugak ah nak puasa dengan cuaca yang panas gila. dekat arau memang panas tahap cipan ah. tapi tu lah cabaran yang akan menguji keimanan kita. 





tapi kan,kalau bulan puasa ja,mesti punya,iklan dekat tv dok buat celaka. time time bulan puasa ni la KFC,McD, dok buat rancak pi promote menu terbaru depa. harey sungguh. baru ni KFC memperkenalkan Chicken Chop Combo kuah lada hitam. depa nak layoq. (*layoq bermaksud tayang dengan niat nak bagi ransangan dekat kita).
cerdik sungguh. bukan nak kata,iklan cucur adabi,keropok moni pun akan nampak sedap bila di bulan puasa nanti. pi pulak bazaar,ayam percik tu sebenarnya tawaq hebiaq(*tawar tahap gila) tapi nampak sedap,koteow goreng kosong pun nampak sedap. dan tak mustahil juga,iklan ayaq mineral pun akan nampak sedap. *ada ka iklan air mineral kat tv? -.-"

dah tu,nanti kena beli earphone baru ah sebab earphone aku sekarang ni jenis sumbat sampai ke dalam gendang telinga nuh. haha. nanti posa terbatai. tapi aku pun tak sure apa hukum pakai earfon yang sumbat dlm telinga tu. ada yang kata makruh,ada yang kata terbatai posa. so,bila dah ragu ragu,jangan buat terus, pakai lah alternatif lain iaitu headphone. pi beli ja headphone beats solo tu,harga RM1500. mahai pada ipad. gila ka apa. 

haha. dah ah,selain tu,di bulan puasa ni,tak baik kalau asyik cursing sana cursing sini,mengumpat,tengok benda yang tak tutup aurat,kurang pahala weyyy.  so,harap harap kita boleh berpuasa tanpa ada dugaan macam filem transformers tu,gila,decepticon mai bumi. memang susah ah nak puasa kalau situasi macam tu. so,bersyukur ah kita dengan keadaan aman di negara kita berbandaing sahabat kita di negara seperti Iraq dan Afghanistan. depa macam struggle gi nak hidup.

kepada kawan kawan aku di alostaq,jom ahh bukak posa beramai ramai macam yang selalu kita buat tu. :)





Sunday, July 3, 2011

tau dak apa itu Dajjal dan Yakjuj Makjuj?

assalamualaikum~

kali ni saya nak tulis sesuatu yang berfaedah. pasai tanda kiamat. ini adalah benda yang akan berlaku menurut kitab suci kita iaitu al-Quran, so kita kena percaya walaupun ia berada di luar kotak pemikiran kita. dan kalau kita tak percaya,maka terbatal iman kita dan tak islam dah laaa.

sebenarnya,ada banyak tanda besar kiamat yang akan berlaku,iaitu kemunculan makhluk Dajjal,kedatangan Nabi Isa A.S,turunnya Imam Mahadi,peperangan terbesar antara Islam dan Yahudi, dan macam macam lagi.

tapi saya sangat tertarik pasai kedatangan Dajjal dan Yakjuj Makjuj ke dunia kita nanti.




Dajjal ni sebenarnya sejenis makhluk jugak. ada yang kata sifatnya atau ciri ciri nya ialah berambut kerinting,sebelah matanya macam tertonjol,ada perkataan Kafir dalam jawi dekat dahinya.

tugas dia ialah membuat fitnah dekat dunia ni. dia akan menipu semua orang yang dia adalah Tuhan. dia dianugerahkan kuasa oleh Allah S.W.T yang mana dia boleh menghidupkan orang yang mati. dia boleh menyuburkan tanah yang gersang. dia boleh melihat,mendengar pada banyak tempat dan pada masa yang sama. sapa yang tak jadi pengikut Dajjal,akan menderita kebuluran manakala kalau akur dengan dia, hidup jadi senang. tu la dugaan yang paling hebat untuk kita wahai kawan kawan. masa ni lah iman kita teruji.

sapa yang iman takdak tu senang senang la nak jadi pengikut dia. tapi,nanti umat Islam aku dipimpin oleh Imam Mahadi. so,sapa yang beriman,akan jumpaklah Imam Mahadi ni. akan jadi pengikut dia manakala yang tak berapa nak kukuh iman dia tu,mesti akan jadi pengikut dajjal. so,jangan ingat bila Imam Mahadi dah ada,hampa takkan tersesat. cuba fikir balik,kalau la Dajjal tu menyamar Imam Mahadi,hampa nak tau macam mana? haaa. tu la,iman tu penting,masa tu la iman kita akan digunakan. dan,Dajjal ini akan dibunuh oleh Nabi Isa A.S. dia akan turun di bumi dan akan wafat. dajjal akan memerintah bumi selama 40 hari,1 hari pertama bersamaan dengan setahun,1 hari kedua bersamaan dengan sebulan,1 hari ketiga bersamaan dengan seminggu dan selebihnya iaitu 37 hari sama macam hari biasa. so,agak lama ah.



Perlindungan dari difitnah Dajjal:Nabi Muhammad s.a.w. mengingatkan para pengikutnya untuk membaca sepuluh ayat dari Surah Al-Kahfi sebagai perlindungan dari Dajal. Baginda juga mengingatkan para pengikutnya untuk berdoa, "Ya Allah! Aku berlindung dengan-Mu dari musibah Dajal." Baginda juga menyatakan terdapat tiada musibah yang lebih hebat daripada Dajal sejak penciptaan Nabi Adam a.s. hingga Hari Kebangkitan.


Yakjuj Dan Makjuj pulak nama untuk satu bangsa manusia keturunan Nabi Nuh A.S yang akan melakukan kerosakan yang besar dekat Bumi nanti. bangsa ni dah ada dah sejak zaman dulu lagi. so,kita la ni dok sekali dengan depa la cuma depa tak keluaq lagi. bangsa ni telah dikurung dalam satu tempat oleh Zukarnain.ataupun Alexander the Great. tapi masih ramai yang masih tidak mengetahui siapa itu Zukarnain. so,bangsa ini akan keluar bila sampai masanya. mereka akan minum di sebuah tasik dipercayai di Palestin sehingga kering tasik tuuuu. dan akan memakan segala binatang yang boleh dimakan. dan hampa tau daaakkk jumlah depa besaq mana? menurut riwayat Abdullah bin Umar r.a. beliau berkata bahawa Rasulullah bersabda “Allah telah membahagikan manusia kepada 10 bahagian. Sembilan bahagian ialah Yakjuj dan Makjuj sementara bakinya (iaitu bahagian kesepuluh) ialah manusia biasa (yang di atas muka bumi)”



lokasi kemungkinan tempat yakjuj makjuj akan keluar

tudiaaaaaaaaaaaaaaa! kiranya ratio dia ialah seorang manusia bersamaan dengan 9 orang yakjuj makjuj!
banyak gila. so,memang depa akan buat kemusnahan yang besar la nnt. depa la ni dikurung dalam satu tempat dan setiap hari depa cuba menggali sampai boleh keluaq. tapi hanya masa akan menentukan bila depa akan keluaq. takda sapa yang boleh tewaskan mereka kecuali dengan kuasa Allah. depa ni juga muncul selepas turunnya Nabi Isa dan Dajjal. dalam sebuah hadis, Rasulullah menyatakan kebimbangannya apabila pada zaman baginda, Yakjuj dan Makjuj dikatakan sudah berjaya menebuk benteng Zulkarnain sebesar bulatan dibentuk ibu jari dan jari telunjuk.

so,ni,serba serbi aku pasal dajjal dan yakjuj makjuj yang boleh aku kongsikan. kalau nak tau lagi lanjut,buat le research,aku cuma nak bagitau kat hampa kot hampa tak sedaq dengan benda ni. ya la,kita dok kena suruh semayang,posa,semayan,posa,percaya rukun iman ja kan? tapi ada antara kita yang taktau pun benda ni. selalunya,situasi macam tanda kiamat ni boleh kita tengok dekat movie ja kan? sebenaqnya,benda ni akan jadi depan mata kita(kalau kita ada hayat lagi la). filem Lord of the Ring tu antara filem yang sedikit sebanyak boleh menggambarkan keadaan bumi kita nanti. penuh dengan huru hara. so,ada banyak lagi peristiwa yang dahsyat akan berlaku. ni bukan aku yang kata,tapi al-Quran yang kata. so,pi la buat research,tanya ustaz.

dan sorry laah,tadi mula mula post bahasakan diri aku ni 'saya',guna bahasa formal lepas tu pi start guna loghat utara dah. then, terpakai 'aku' pulak. haha nampak macam aku ni takda pendirian pulak. :) assalamualaikum.

Friday, July 1, 2011

pengakuan aku.

hai,bersedialah dengan entry yang panjang ini.



kali ni aku nak tulis pasai pengakuan aku. ni pengakuan aku yang aku rasa boleh aku buat modai untuk post ni la. kiranya,ada pengakuan yang aku takkan mengaku,haha, so,apa yang aku nak mengaku ni adalah perkara yang masih boleh dikongsikan bersama. yang macam rahsia gila tu aku tak mengaku aaaa.

-aku mengaku yg aku benci Justin Bieber hanyalah kerana dia seorang lelaki.
-aku mengaku yg aku seorang yang suka mendapat tumpuan.tapi pada masa yang sama,bila ditumpu dalam keadaan tertentu,aku akan menjadi tak selesa dan gabra.
-aku mengaku yg aku antara 0.08% manusia di bumi ini yang mempunyai penyakit hyperhydrosis iaitu badan cepat kehilangan air. tu yang aku kedaqah ayaq tak berenti tuu.
-aku mengaku yg aku pernah hisap rokok pada usia 6 tahun. alhamdulillah,pengalaman awal itulah yang mejadi faktor aku tak merokok sampai sekarang.
-aku mengaku yg pengurus Manchester United,Sir Alex Ferguson adalah pengurus terhebat walaupun dia aku sangat benci.
-aku mengaku yg aku lagi meluat Lady Gaga dari Justin Bieber.
-aku mengaku yg aku hanya berpura-pura baik dengan segelintir 'kawan' aku. tapi dalam hati aku gila babun tak suka dia.
-aku mengaku yg aku seorang yang kalut. cakap kalut.
-aku mengaku yg aku bukanlah seramah yg hampa tengok dalam facebook. aku macam pemalu skit aaa.
-aku mengaku yg aku segan nak teguq pompuan,tapi bila pompuan teguq aku dulu,aku teguq balik.
-aku mengaku yg hanya 6 orang perempuan ja aku selesa setakat ni aku bergaul dekat Arau.
-aku mengaku yg aku macam nak couple sebab kadang kadang kawan laki kita pun dok pedaje kita. haha.tak munasabah langsung alasan.
-aku mengaku yg aku seorang yg sangat sensitif,senang merajuk terutama yang melibatkan nilai persahabatan. contoh,pi padang besaq tak ajak,tengok wayang pun tak ajak,makan mcd tak ajak aku,aku merajuk ah.
-aku mengaku yg aku suka beli barang fake macam baju sebab aku tak suka jaga elok elok benda kain ni. selalu sepuk merata. macam jersi dan kemeja. selagi selesa :)
-aku mengaku yg aku ni jenih cakap banyak dengan kawan,selalu payah beqalah dengan kawan tapi dekat rumah aku sangatlah pendiam.
-aku mengaku yg aku tak suka kehidupan aku di Arau.
-aku mengaku yg aku tak minat belajaq.
-aku mengaku yg dulu aku minat dekat Maya Karin,lepas tu,Sharifah Sofea,lepas tu,Nurul Syuhada,lepas tu,Tiz Zaqyah,lepas tu,Rozita Che Wan,lepas tu Ayu Raudhah.
-aku mengaku yg aku nampak tak stail bila pakai kepiah/lebai yang berwarna putih.
-aku mengaku yg tabiat aku menukar fon sebanyak 20 kali adalah satu kebodohan. dan kini pakai fon bodo ja,kamera 2mp dan takdak 3g.
-aku mengaku yg aku suka tengok perempuan pakai baju kuning.
-aku mengaku yg aku tak suka tempat yang ramai orang macam kenduri.
-aku mengaku yg aku suka gila simpan benda yang ada kenangan macam gambar,hadiah.
-aku mengaku yg aku ada kawan yang aku dulu beergaduh masa kecik kecik dan sampai la tak teguq langsung.
-aku mengaku yg pemecatan Megan Fox dalam Transformers 3 adalah satu bencana bagi aku.
-aku mengaku yg sukakan sesuatu yang asli. errr,mcam makan GCB,makan ketam bakaq,aku takmau la cicah dengan sos sebab aku sayang dengan rasanya yang unik tu,pahamkan maksud aku?
-aku mengaku yg aku seorang yang indecisive.
-aku mengaku yg kawan kawan yang sangat best adalah faktor aku happy sikit di Arau. thanks semuaaa. <3
-aku mengaku yg aku macam rasa awkward nak kawan dengan orang yang lagi tua pada aku even tua setahun. aku taktau nak bahasakan diri aku apa dengan orang tua tu.
-aku mengaku yg aku nak sangat orang atau kawan bagi hadiah masa birthday aku,aku nak satu kenangan jaa. tak kira la hadiah tu murah,janji ikhlas. tak pernah dapat lagi.
-aku mengaku yg aku teringin nak kena baling tepung masa birthday tapi aku takmau la kena. -.-"
-aku mengaku yg detik terbaik dalam hidup aku adalah masuk sekolah syed mohamed al-bukhary. kat situ banyak kawan yang sejati. kawan yang atitude depa sangat jujur. walaupun majoriti depa tinggal di luar bandar depa sangat best.
-aku mengaku yg aku sangat senang terpengaruh dengan idola aku. antara idola aku ialah steven gerrard,allahyarham din beramboi dan synyster gates.
-aku mengaku yg cara aku melawak ialah aku cakap besaq. niat aku nak melawak ja. setengah orang akan kata aku ni angkuh.
-aku mengaku yg dulu,masa aku sekolah menengah,aku meluat semua budak kolej sultan abdul hamid. taktau pasepa. tapi la dak dah. depa semua sempoi sempoi ja. :)
-aku mengaku yg kehilangan kawan baik dengan bekas budak UiTM Arau iaitu Imran Had,Hafiz Atruhfee,Syukri,El-Umar, dan Ezzri adalah satu faktor aku makin boring di Arau.
-aku mengaku yg masa awai sem satu dulu,aku tak suka gila dengan Imran Had ni. rasa macam nak tabuh ja,sebab aku nilai dari luaran. tapi bila dah kenai,dia antara orang KL yang paling stail. haha. :)
-aku mengaku yg aku sangat annoying dengan sikap seorang kawan rapat aku di Alor Setar.
-aku mengaku yg sejak kehilangan ibu aku,aku dah senang luah,kongsi cerita dengan ayah aku.
-aku mengaku yg Jay Saleh adalah seorang kawan yang gila dan unik. haha
-aku mengaku yg aku suka bersendirian.
-aku mengaku yg aku still rasa tak puas hati dengan tarikh lahir aku. sebab kalau aku beranak awai sehari,tarikh lahir aku akan sama dengan taikh lahir gitaris idola aku iaitu Synyster Gates pada 7.7. aku lahir 8.7.
-aku mengaku yg aku tak suka jalan slow. nampak macam aku ni seorang asyik nak kalut tapi mmg,aku tak suka jalan merendang. maybe kaki aku pun panjang.
-aku mengaku yg aku malu dengan tingkah laku aku masa terjebak dengan cinta monyet masa sekolah menengah dulu.
-aku mengaku yg aku suka dekat dia tapi aku tak berani nak luah. HAHA
-aku mengaku yg nyamuk antara makhluk paling aku tak suka dalam dunia ni.
-aku mengaku yg aku dulu pernah mintak doa lepas semayang bagi digimon dan pokemon tu wujud. tu masa kecik kecik aaa.
-aku mengaku yg dulu aku meluat teruk dengan facebook masa aku ada myspace.
-aku mengaku yg aku payah gila nak tidoq kalau tak dengaq lagu.
-aku mengaku yg aku suka pempuan pakai spek. dan aku merasakan kewujudan contact lens adalah satu ancaman kepada aku.
-aku mengaku yg twitter ni bodo sebab limit huruf takat 140 ja. aku tau ada cara nk atasi masalah tu tetapi still rasa bodo. haha
-aku mengaku yg otak aku tak boleh buat banyak kerja dalam satu masa. tu la pasai aku tak boleh main drum walaupun aku tersangatlah minat nak jadi drummer.
-aku mengaku yg aku dah tak berapa nak terlalu percaya,bergantung dengan kawan sendiri even bff sebab kadang kadang depa pun bukan suka dengan kita. family ja kawan terbaik untuk aku.

okay,dah cukup la kot. :)