Monday, May 16, 2011

dekan ni bukan benda mudah

assalamualaikum.

blog kali ni bertemakan: KEKESALAN,JANGKAAN,FIKIRAN NEGATIF dan PENGAJARAN.

so,dah nak masuk semester ketiga dah aku ni. semester pertama aku memang agak tak style la kan. aku main banyak. dan semester pertama ada subjek akaun yang aku sgt tak suka,yang buat semangat belajaq aku sedikit terbantut. ya,ia mmg alasan yg bodoh tapi benda dah lepas. so,aku ingat semester dua ni aku sepatutnya tak ada masalah untuk mencemerlangkan diri.

pada semester dua juga,aku selalu menyebut perkataan 'dekan'. tak kiralah secara melawak atau serius. aku actually sangat tertarik dengan gelaran dekan sebab sebelum aku masuk UiTM aku tak pernah tahu langsung apa itu dekan. ianya satu benda yang sangat menarik bagi aku. dan aku cuba untuk mendapatkannya.

tapi start ja sem dua,aku pada awalnya tu,langsung tak fokus dengan pelajaran. aku macam lupa matlamat semester dua aku. maybe sebab aku dok rumah sewa. so situasinya lebih mencabar. stay dalam rumah sewa memang susah nak study. tapi aku tak sepatutnya anggap ia sebagai alasan. dan bila datang ja 1st test. aku struggle. dan test aku tu failed iaitu subjek statistics. aku langsung tak study sebelum test tu. dan lepas aku dapat markah test pertama aku,dengan selamba aku kata ;'alaa,test 2 ada lagi kan,hat tu aku all out laa'.

okay,masa menjelang test 2 tu. ada perubahan positif dalam diri aku. aku start pulun pulun dan pulun. aku study lama la jugak 2 hari sebelum test tu. aku dah faham semua chapter. dan keyakinan aku masa tu membuak membuak yang aku akan dapat markah cemerlang. sebab tu haritu aku hingaq aku nak dapat dekan,sebab aku rasa aku dah cukup study,siap upload gambaq 'tak masuk akai' gi dalam facebook.

gambaq ni habeh membe membe aku pakat like. dekat 40 orang. maybe depa kagum sebab aku ada wawasan dan maybe juga depa like sebab semua orang pakat dok like. dan aku boleh dok buat rancak pi buat default picture.

esok tu test kedua statistics. dan aku tak boleh buat. aku frust. aku heran kenapa aku study semua tapi still tak boleh buat. dan aku sedaq yang aku study last last minute(2 hari before test) dan aku hanya study secara teori. aku faham segala formula tapi aku tak buat banyak latihan,tu la sebab aku tak boleh buat. dan masa dapat markah test 2 tu,aku failed lagi. even aku ada effort jugak compared dengan test 1 tapi still tak cukup.

so masa tu aku dah sedaq dekan ni bukan benda mudah. dan benda ni bukan macam SPM. kalau spm takpa la.test buat halabalai,masa exam betui boleh buat betui betui. tapi dok U ni,apa yg penting ialah carry marks.
so,bila dah failed 2 test berturut turut. dekan tu boleh dilupakan dah.

subjek microeconomics pun aku tak boleh buat. mmg susah. ramai akan kata lecturer tak bagus,tak ada karisma. tapi aku takmau semua tu sebagai alasan. semua atas diri kita. so,masa final exam haritu,aku rasa aku agak puas hati laa. boleh la buat sebab aku dah start insaf lepas test 2 tu. tapi masa tu dah suntuk dah untuk aku kampui or tuntut balik semua ilmu. so,aku rasa,result aku semester dua aku akan dapat below 3. and for sure,2 paper akan kena repeat iaitu statistics dan microeconomics. tu berdasarkan apa yang sepatunya berlaku jikalau melihat kepada usaha aku sepanjang sem 2 ni.

kalau semua lulus,alhamdulillah la kan. tapi aku rasa aku akan repeat 2 paper. so,sem 3 ni aku kena fokus sangat sangat. so,aku berfikiran negatif kali ini. bukan apa,aku takmau expect aku lulus semua,takut kecewa lagi. so,sapa yang baca ni,ambilah sebagai pengajaran. tapi aku tau takdak sapa nak baca post yang panjang macam ni. tapi aku syok buat post baru dan aku suka baca balik post post aku. hahaa. okay,yang tu ja aku nak shared. adios~

6 comments:

  1. farhana,ohh terharunyaaa. haha. thankssss. rasa syok even baru ada bukti yang baru sorang yg baca. thanks thanks thanks thanks tauuuuu.

    ReplyDelete
  2. hg ada habits yg sama dgn aku "syok buat post baru dan aku suka baca balik post post" haha. but it's good to motivate us :)

    all the best for your studies. nothing is easy, but nothing is impossible!

    ReplyDelete
  3. yaaa? haha. aku ingat aku sorang ja. tu la kan. mcm motivasi ja. kadang kadang boleh kita qenyeh sorang sorang.kdg kdg boleh kita nilai kita punya 'karya' ni.

    aku perasan aku banyak gila pakai perkataan 'so' haha.

    btw,thanks hatin.
    :)

    ReplyDelete
  4. saya baca :) hehe :)

    ReplyDelete
  5. hi saya student investment analysis sem 1 2021. boleh tak kalau saya nak dapatkan tunjuk ajar daripada abang. saya risau sebab odl ni maybe akan mencabar untuk saya. kalau boleh saya nak dapatkan tips or apa-apa notes yg patut

    ReplyDelete