Thursday, December 30, 2010

teruskan pembangunan bola sepak kita.

best oo kalau kita bersatu

kemenangan memang sangat indah

TAHNIAH!

tahniah malaysia! seluruh rakyat malaysia kini mula memberi perhatian terhadap bola sepak malaysia. bermula pada kejohanan sukan sea dan kini,malaysia telah menjuarai piala suzuki buat kali pertama. apa yang perlu kita bangga ialah pasukan kita meggunakan seratus peratus orang tempatan. pasukan kita dilatih oleh k. rajagopal,seorang warga malaysia,berbanding dengan kebanyakan pasukan lain yang lebih cenderung menggunakan jurulatih asing. selain itu,pasukan kita juga menggunakan pemain pemain yang muda tetapi memiliki bakat yang besar. cuba bayangkan,ketika ini umur mereka lebih kurang 22tahun,dan khidmat mereka boleh lagi digunakan utk tempoh 10tahun yang akan datang. dalam bola sepak,32 tahun ke atas boleh dianggap sudah tua. malaysia sebenarnya mempunyai ramat bakat terpendam dalam bola sepak,cuma sayangnya,kesemua bakat bakat tersebut tidak dieksploitasi dengan sempurna. mereka tidak mendapat pendedahan dan tiada usaha dari pihak berkaitan untuk membimbing mereka. kita juga tidak boleh untuk terus mengharapkan pasukan sedia ada utk mencipta kejayaan,kita perlu memulakan persediaan dari akar umbi agar legasi kehebatan bola sepak kita dapat diteruskan dan seterusnya mengembalikan kegemilangan bola sepak kita.saya bukanlah pakar dalam bola sepak,tetapi sebagai peminat yang telah menyaksikan pembangunan bola sepak di negara eropah,amat mengharapkan malaysia kembali gagah di mata dunia. mana tau kan,kot kot boleh pi world cup pulak.haha. okay,setakat ini saja aku nak kongsi. majulah sukan untuk negara dan sekali lagi,TAHNIAH HARIMAU MALAYA!