Monday, October 17, 2011

Review: Liverpool VS Manchester United

hai semua. lambat pulak nak review pasal game ni. macam dah basi.
tapi aku tak senang hati selagi tak dapat luahkan pendapat aku mengenai game hari tu.

so,keputusan seri. sebagai penyokong Liverpool,aku puas hati. King Kenny pun puas hati. Ferguson pun puas hati.tapi secara jujurnya,Liverpool berhak menang,mungkin 2-1 atau 3-1. dari awal game lagi,aku dah nampak yang MU aim seri or tak kalah. keputusan Fergie tak bawak masuk Rooney dan Nani tu ada sebab tersendiri.
seperti yang aku kata dalam post sebelum ni,mungkin dia simpan Rooney sebab moral Rooney tak sesuai dengan game tu. dah la kena gantung 3 perlawanan peringkat antarabangsa,dah tu famili dia terbabit dalam skandal mengatur perlawanan pulak. mesti jadi bahan provoke kalau dia masuk.

ramai peminat MU kata MU kasi peluang. haha. lawak la hampa ni. tak pernah ada team dekat dunia ni nak main bagi chance. depa professional la.
dan dalam game tu,banyak cross yang lawa-lawa dari player Reds tapi sia sia sebab Carroll tak main. aku rasa kalau Carroll main mesti dia boleh skor. dan pemain yang paling sempoi malam tu mestila David De Gea. dulu masa baru sampai EPL,dia macam ceroi ja kan? dulu Reina masa mula main untuk Liverpool pun banyak buat silap. sekarang De Gea dah power. statistik kata dia keeper yang paling banyak dalam save setakat ni dalam EPL.

dan,di sini aku boleh nampak MU bukan team yang susah ditewaskan. masa awal season tu,aku rasa macam MU power,tibai Arsenal 8-2,Chelsea 3-1. tapi Liverpool still ada kualiti. cuma masalah Liverpool sekarang ni ialah konsistensi. dan sekarang aku menganggap Reds adalah pencabar kejuaraan. depa just kena kalahkan kelab bawahan.


dan Steven Gerrard dah kembali! nice goal. tau dak,gol tu sama sangat sangat dengan goal gerrard masa dekat Old Trafford dulu. yang Liverpool kalah 3-2 hasil hatrick Berbatov tu. dulu Gerrard terkenal dengan sepakan kencang. tapi dia dah tua,tak larat dah. tapi dia ada satu lagi speciality iaitu accuracy. tak perlu kencang kencang,just tepat ke sasaran. rasa lega bila Gerrard kembali.

Five! Five Champions League!

YNWA!


Thursday, October 13, 2011

The Reds against The Red Devils

15 Oktober semakin hampir. satu peristiwa yang besar akan berlaku. peristiwa yang ditunggu-tunggu.
iaitu perlawanan antara Liverpool dan Manchester United!

bersama saya sekali lagi,Caed Argumentator,sebagai penganalisis bola sepak tidak bertauliah.



perlawanan yang akan berlangsung di stadium keramat Liverpool,Anfield ini nampaknya adalah perlawanan yang sangat-sangat ditunggu oleh para peminat bola sepak. Permusuhan antara Liverpool dan MU sangatlah ketat dan ia permusuhan paling ketat dalam sejarah bola sepak. macam El Classico la. 

undian dari Skybet,mengatakan bahawa,Liverpool memperoleh undian tertinggi sebagai team yang mampu menewaskan MU musim ni. Man City pula di tangga kedua. Chelsea,Spurs,Arsenal semua dah kalah dengan MU. So,tinggal Liverpool dan Man City lagi team top six yang tak lawan dengan MU.
dan,MU tak pernah menang di Anfield dekat 4 tahun dah. :D 

so,rekod ni macam stail la kan? tapi dalam bola sepak ni,macam macam boleh jadi. aku sebagai penyokong Liverpool tak mau excited dan menaruh harapan tinggi untuk game ni. MU season ni power dan tak kalah lagi wey. tapi kalau la Liverpool menang,aku mungkin manusia paling gembira ni umpama seorang peminat dicium oleh Justin Bieber. tapi kalau menang dengan MU tapi tak menang piala takda makna kan? 

mindset Liverpool fans ni macam terpesong sikit la. bukan nak kata,aku pun sama. depa rela tengok team depa tak menang piala asalkan:

i )  MU kalah dengan Liverpool.(Kekalahan yang besar sangat digalakkan)


ii)  biar Chelsea,Man City,Arsenal or team lain yang menang EPL,tapi jangan bagi MU menang sudah.


kan? tapi maybe bila team kita tak menang EPL,benda di atas ni la at least kita patut ada. macam mengubat kedukaan la pendek kata. so kalau la Liverpool nak menang game ni,pertama sekali,JANGAN BUAT GOL BODOH,GOL SENDIRI,BAGI CHEAP PENALTI DAN KUTIP KAD MERAH.

orang yang selalu buat benda ni Jamie Carragher la. harap harap dia main okay nnt. dah tu,peranan peminat sangat penting. depa mesti kena pressure player MU yang kepala angin macam Rooney,Nani. so nanti peluang player macam ni nak tampaq kepala suarez,tumbuk muka Downing tinggi. peminat kena sentiasa provoke,booooooo,biaq Rooney panaih. last sekali tak boleh fokus. 

remeh kan taktik ni? ya,benda ni nampak remeh. tapi sangat membantu bila ianya melibatkan perlawanan sesama musuh tradisi. tapi jangan lupa,Liverpool ada sorang player yang panas baran: Suarez. haha.

so,ramalan kasar aku,game ni ada sikit ja gol. ada kad merah. team mana yang buat banyak silap,memang akan kalah.

kesimpulannya,game ni Liverpool patut menang. untuk membuktikan 100juta pound yang dibelanjakan King Kenny tak rugi, selain itu,untuk terus bersaing sebagai pencabar(ya,aku tahu,Liverpool hanya target tempat ke Eropah),tapi apa salahnya kalau depa aim nak jadi juara walaupun tak realistik sangat. 

You'll Never Walk Alone!

Monday, October 10, 2011

Sharing is Caring

HAI!
aku seorang lelaki yang suka sharing benda yang aku minat kepada orang lain. tapi kalau aku beli Mcd GCB atau sewaktu dengannya,aku lagi suka bersendirian dan makan sorang sorang.


album art Mayday Parade

so untuk post kali ini,aku just nak kongsi  dengan hampa yang aku sangat minat dengan band Mayday Parade. dan depa dah released album baru pada 4 Oktober. album di self-titled so tak ada tajuk special untuk album tu.
dan lagu lagu depa dalam album to memang terbaik gila babun. setakat ni aku suka lagu Oh Well Oh Well. dan lagu Happy Endings are Stories That Haven't Ended Yet memang genius ah gitar solo dia. buat aku terbang tinggi ja rasa. memang terbaik ah Mayday Parade. 

album art Valdosta

dan aku juga baru tau yang pada Mac lepas Mayday Parade ada released EP depa berjudul Valdosta. ada 5 saja lagu : 2 lagu baru dan 3 lagu lama versi akustik. dan macam biasa,hati aku cair bila dengar lagu dalam album ni. 

aku suka band yang bila buat live,lagu yang depa main tu bunyi semacam dalam lagu studio. dan Mayday Parade ada kemampuan tu. especially bila buat acoustic session. memang terbaik.

so aku just nak share benda ni. aku nak orang kata dekat aku,

"ha wey,stai kot lagu depa. aku minat lagu Oh Well Oh Well tu,jom nanti kita jamm lagu ni".

haha. sharing is caring. 

Tuesday, October 4, 2011

tangan aku ada kuasa istimewa. tapi..



dulu,aku boleh hafal harga gula sekilo,harga bawang sekilo,harga teluq sepapan,harga serbuk kari babas. dulu kalau nak timbang bawang berapa kilo,tak payah guna penimbang. tangan aku power,boleh agak berat bawang tu. dulu aku tau kedai mana yang juai beras tak elok. dulu aku tau kedai mana juai santai ceroi. dulu aku tau kedai mana yang murah bila juai ayam. dulu aku rasa akulah kanak kanak  pertama yang sudah biasa pergi ke pasar membeli ikan,sayur dan daging. bila dah besar sikit,otak aku pulak power. bila mak suruh beli barang banyak banyak,tak payah tulis atas kertas,semuanya diingat dalam kepala otak ja. tauke kedai runcit semua kenai aku. sampaikan tanggungjawab membeli barang dapur seolah olah dirampas dari ayahku. mungkin kerana aku terlalu hebat dan pakar dalam hal ini.

dulu,aku tengok muka muka budak kelas aku ni semua macam sombong. muka penipu pun ada. muka jahat teruk pun ada. muka tak jujur pun ada. dulu aku tak suka pi sekolah bukhary sebab depa semua tak minat apa yang aku minat. dalam kelas aku dekat sekolah menengah tu, berapa orang ja kenai band linkin park. depa pasang lagu wali band,aku bebai tak kira dah dalam hati. apa kejadah nyanyi lagu pasai cari jodoh.

masuk pulak UiTM,pun sama. kawan kawan semua macam tak stail,tak sekepala dengan aku. semua tak minat bola. majoriti tak minat,main muzik. cara melawak pun tak sama. benda yang depa rasa lawak,aku tak rasa lawak.

dulu aku beli fon,tapi tak puas hati. sebab kamera 2mp. sound tak kuat. tak ada wifi. memori sikit. skrin tak lawa. button keras. bateri cepat habis. bluetooth lembab.

dulu aku ada moto. moto buruk. dah la makan minyak kuat. asap pun banyak. bunyi pun hingaq. macam moto mat rempit. dah tu kotoq.  dulu aku tak suka basuh moto.

SEKARANG

tetapi sekarang aku tak ingat semua harga barang barang dapur. aku dah taktau kedai yang murah untuk beli barang. aku dah hilang kebolehan luar biasa(haha) aku untuk mengagak berat sesuatu barang. aku dah tak dapat beza halia dan lengkuas. sebab? aku dah kehilangan mak aku. mak aku lah orang yang selalu suruh aku pergi ke kedai. kadang kadang aku rasa fade up juga pi kedai sampai 3-4 kali sehari. tak larat bakhang. leceh. tapi bila aku dah hilang semua ni,baru aku rasa menyesal. aku jarang gila pi kedai. bila pi kedai,cari garam pun tak jumpak. masa ni aku rasa rindu dekat arwah mak aku. Al-Fatihah.

untuk kawan kawan pula. bila aku dah kawan lama dengan hampa semua,walaupun minat tak sama,aku rasa aku sangat perlukan hampa. bila hampa takda di samping aku,aku rasa sunyi. aku dah tak kisah dah,walaupun hampa minat Dayang Nurfaizah ka,Noraniza Idris ka,aku tetap nak kawan dengan hampa semua. aku just takmau kesunyian.

la ni,selepas 3 semester di UiTM,aku sangat bertuah dapat kawan yang banyak membantu. walaupun minat depa tak sama dengan aku,tapi still depa ni kawan kawan aku. aku tak sanggup pi Oren(kafeteria UiTM Perlis),order nasik goreng then duduk,makan sorang sorang. aku tak sanggup. aku perlukan kawan kawan aku walaupun depa tak sekepala dengan aku.

pasal fon,walaupun fon aku tak canggih,tapi bila fon aku bateri habis, takpun hilang. aku bimbang tahap dewa punya. masa tu aku rasa hidup tak bermakna bila fon hilang walaupun pada asalnya aku tak suka fon aku.

dulu aku hina moto buruk aku. mintak dekat ayah kereta,moto baru. sekarang moto tu rosak. dan aku takda transpot dah. dok dalam kolej semua kena jalan kaki jaa. penat bakhang.

kesimpulannya,bukan semua benda yang kita nak,kita akan dapat. bila dah dapat,tak reti nak bersyukur. bila dah hilang,baru menyesal, kadang kadang benda yang kita takmau tu la akan jadi benda yang paling penting untuk kita. so,hargai apa yang anda miliki sekarang. hargai keluarga anda,hargai maruah anda,hargai apa yang anda miliki. nikmati semua saat indah sebelum kita kehilangan mereka.