Wednesday, November 7, 2012

Garisan Kecil Pengubah Dunia

Baik dan ikhlas.
Bodoh dan pengorbanan.
Yakin dan riak.
Pemurah dan pemboros.
Kedekut dan cermat.
Teliti dan takut.
Sayang dan cinta.
Ganjaran dan rasuah.
Role model dan hipokrit.

Ini antara benda yang boleh buat kita tersilap arah. Hanya ada satu garisan kecil yang memisahkan kita dari "terpilih" dalam 2 pilihan perkataan-perkataan tersebut.Sama ada kita jatuh ke dalam kategori negatif atau positif,semuanya bergantung kepada cara kita melakukannya dan juga bergantung kepada sikap masyarakat yang suka menilai dari luaran. Aku tak pasti apa yang boleh membantu kita untuk terus berada di jalan yang lurus. Tapi aku pasti,Islam adalah jawapannya.

Monday, August 13, 2012

apa kaitan freemason dengan hidup kita?


freemason.
aku rasa semua orang tau apa benda freemason ni.
aku nak hurai pun memang panjang. so aku bagi penjelasan secara umum dan penjelasan yang aku faham dengan cara aku.

freemason ni adalah satu ajaran atau agama atau organisasi yang diwujudkan untuk menentang segala hukum dunia yang telah ditetapkan Allah S.W.T dan ketua atau tuhan mereka adalah dajjal. ia bukannya golongan anti islam,tetapi mereka ini boleh dikatakan anti kepada semua agama. lebih spesifik lagi,mereka ni nak semua orang hanya menyembah kepada dajjal.

aku rasa anda semua pasti pernah terbaca segala konspirasi mereka. dahsyat. sangat dahsyat. kadang kala tak masuk akal. tapi segala konspirasi mereka semuanya seakan berpandukan al-Quran dan mereka cuba untuk menentang segala ketetapan yang Allah S.W.T buat.

aku pernah terbaca yang kumpulan mereka wujud ketika zaman Nabi Sulaiman A.S dan aktif selepas kewafatan NAbi Muhammad S.A.W. mereka tahu Rasulullah adalah pemimpin yang sangat bahaya bagi mereka kerana Rasulullah berjaya memimpin dengan cemerlang. so plan mereka ialah menunggu detik di mana manusia tidak mempunyai pemimpin yang sempurna.

so bayangkan kalau mereka dah pasang konspirasi sejak hari kewafatan nabi kita,memang besar perancangan mereka. sehelai demi sehelai al-Quran mereka selidik.

so itu antara penjelasan aku mengenai freemason.

sekarang,boleh dikatakan unsur freemason boleh kelihatan di semua tempat. ada orang menganggap ianya kebetulan. lambang 3 segi,ada apa masalah dengan kita kan? takkan dah tengok lambang 3 segi bermata satu dah boleh goyang iman?

tapi pernahkah kita terfikir kenapa lambang ini terlalu kerap digunakan dalam upacara tertentu. ia sedikit sebanyak membuktikan memang freemason tu wujud.

ada jugak orang kata,"alaaah,buat apa nak bimbang,dalam al-Quran cakap,umat Islam akan menang,Nabi Isa A.S dan Imam Mahadi akan tolong kita nanti. buat apa nak bimbang?"

itu adalah pemikiran yang patut kita buang. aku nak tegaskan di sini,memang betul kita semua akan menang(umat islam). tapi persoalan di sini,adakah kita di antara orang islam sejati,yang mana kita cukup ilmu agama,yang boleh terselamat fitnah dunia dan berada pada jalan yang lurus. aku bercakap tentang kesan INDIVIDU. lihat dunia sekarang,benda remeh especially duit, pun dah boleh menyesatkan kita. ini kan pulak fitnah akhir zaman. lagi dahsyat.
macam mana pulak kita nak cari pemimpin kita yang akan diturunkan kepada kita kelak (Nabi Isa A.S dan Imam Mahadi) sedangkan ulama besar pun kita sendiri kita tak patuh. Ulama pun bukanlah manusia yang sehebat Imam Mahadi. tapi kalau dah setakat Nik Aziz dan ulama dunia lain diperlekeh dan dilabel "bapa kepada kekafiran",macam mana kita nak jumpa pemimpin akhir zaman kita?

entah-entah imam mahadi pun kita cerca nanti disebabkan diri kita yang tak ada agama yang cukup. kita harus sedar segala fakta,sejarah di dunia ini telah dimanipulasi kecuali al-Quran.

try la buat research pasal freemason dan bacalah konspirasi mereka. aku tak jamin benda tu betul,tapi tak rugi kalau kita percaya dengan apa yang kita baca. kalau kita percaya,mestilah secara tak langsung kita akan buat "persiapan" untuk memantapkan iman kita untuk menempuh fitnah akhir zaman. tapi jika,apa yang kita baca tu kita hanya anggap benda yang tak logik,maka anda berpotensi untuk menemui jalan yang salah dalam hidup kita ke arah dunia akhirat kerana KEMUNGKINAN segala konspirasi tu untuk berlaku ada. so bila ada perkataan kemungkinan,ia adalah satu benda yang masih kita ragu ragu. dan bila kita ragu-ragu,adalah lebih baik kita menggunakan jalan selamat. so jalan selamat yang aku maksudkan itu ialah percaya yang kita adalah di bawah ancaman freemason dan pada masa yang masa,memantapkan iman kita dengan mendekatkan diri dengan tuhan kita.

aku pun bukanlah yang jenis warak. aku jugak orang yang still perlukan hiburan di media massa untuk menjadi penghibur aku. tapi tak salah kalau kita nak nikmati benda tu selagi kita laksanakan tugas kita sebagai hamba Allah S.W.T.

satu lagi aku tegaskan,freemason memang percaya apa yang al-Quran tetapkan. mereka memang percaya. mereka hanya mahu mecari ahli neraka sebanyak mungkin. itu lah sebab kenapa mereka akan menentang segala ketetapan ALlah S.W.T .tuhan mereka ialah dajjal dan iblis. dan jangan kita lupa bahawa tugas iblis ialah untuk menyesatkan manusia sebanyak yang mungkin. pendek kata orang freemason dah bersedia masuk ke neraka,dan mereka hanya mahu menambahkan lagi ahli neraka. faham?

panjang jugak post ni. apa pun,semoga kita diberkati Allah SWT. Assalamualaikum.

*buka youtube dan search "The Arrival" untuk info lebih lanjut mengenai freemason dan konspirasi mereka. ingat,kita tengok tak bererti kita percaya.

Tuesday, January 24, 2012

perasaan janggal dan malu aku.


hai semua. lama jugak aku tak update blog ni. aku takda idea. semester lepas  memang aku rancak dok update blog. maybe time tu aku senang dapat idea sebab last sem,aku stay dalam hostel sorang sorang tanpa roomates. so,bila dah dok sorang sorang,dia sama ada aku cakap sorang sorang or aku luah dkt blog. tapi sekarang dah duduk dkt rumah sewa,di mana penghuninya hiperaktif,massa aku untuk bersendirian pun terhad,so idea susah nak datang.

tapi,aku mengaku yang aku suka update blog. cuma,tu lah kan,dah tak ada idea. dah la takda idea,sekarang,aku punya blogspot ni,macam ada problem sikit,sampai sekarang kalau aku blogwalking through blogspot ni,semua image atau photo aku tak boleh tengok. aku pun taktau kenapa. aku try guna browser Chrome,Mozilla,Opera dan IE,semua sama ja.

tapi post aku kali ni bukan pasal masalah ni. aku just nak share satu benda ni. AWKWARD.

cara aku cerita ni mungkin macam tak matang la,tapi baca bagi habis dulu.

ada la sorang perempuan ni,aku tak minat pun dekat dia. kira tak ada perasaan langsung. aku cakap pun guna "aku,hang". tapi kami saling hormat-menghormati taraf kawan biasa la. tak dak la nak melawak sampai nak tampaq kepala. masalah dia,bila dalam kelas,aku selalu TERpandang,TERjeling dan TERtenung dia. macam elok aku ternampak dia,dia pun ternampak aku,so kami macam bertentang mata. so apa masalahnya?

masalah dia,benda ni jadi banyak kali,kira dalam sehari tu maybe jadi dalam 5-6 kali kot. bila dah jadi macam ni. mesti dia fikir aku selalu usha dia dari belakang. padahal aku just tertengok ja. timing tu memainkan peranan. aku tertengok dia dan dia tertengok aku dalam masa yg sangat singkat tapi berlaku berulang kali. bila dah kerap jadi macam ni,si AWKWARD ni pun datang. dan bila dah awkward,mula la segan nak teguq,nak bersembang. jadi janggal la. dan benda ni actually dah berlaku dekat aku since aku sekolah rendah lagi.hampa fahamkan apa yang aku cuba sampaikan? so,mungkin tu jodoh aku sebab aku rasa naluri kami sama.........HAHAHAHA. contoh kalau la aku dok dalam dewan,ada 1342352034 orang dalam dewan tu,dia jugak yang aku ternampak dan pada masa yang sama dia pun ternampak aku. arghghh.pelik bakhang. tapi aku anggap ianya sebagai asam garam hidup aku. aku ada minat aku. buat apa aku nak pikiaq budak yang aku asyik tertengok tu adalah bakal teman wanita aku? tak masuk akai.

ni lagi satu,aku nak bagitau siap siap la. perangai aku ni tegehege sikit. dalam Twitter,Facebook rancak berjenaka,berseloka,berkata kata dengan hampa semua. tapi realiti,aku pemalu sangat. aku pun taktau sebab aku pemalu. bukan aku nak mengada ngada. bila berhadapan dengan perempuan,lidah aku keras,gagap nak cakap. tak kira la pompuan tu aku minat ka dak. so aku harap bagi mengelakkan situasi aku malu nak tegur hampa selama lamanya tu berlaku,hampa teguq la aku dulu. pleaseee. bila hampa teguq aku,dia macam breaking the ice. lepas tu tak janggai dah aku nak teguq balik. okay? aku tau,mesti hampa yang kenai aku hampa kata aku sombong. bajet sempoi. bajet cool. bajet senior tequk. DAK! aku baik. aku ramah. tak caya tanya Rauf,dia yang kata aku ni peramah. hahahaha *Rauf ni housemates aku.

so,yang ni ja aku nak luah. maybe hampa rasa hampa dah sia sia kan 10 minit masa hampa dengan baca blog bangang aku ni. tapi bangang bangang pun,ni la kebenaran yang aku cuba sampaikan dan aku cuba berkongsi dengan hampa pengalaman aku.

haha,aku kerap kali guna "hampa" dalam post ni. macam laa aku ada ramai followers utk blog aku ni hahaha.
CIAO.