Saturday, May 14, 2011

sebab apa Liverpool still team favourite dunia?

heyy heyy. salam sejahtera semua.


post kali ni lebih kepada perkara yang agak menarik bagi saya. pasai LIVERPOOL!
hari tu saya dapat tau yang bekas pengacara Majalah 3 iaitu Nurul Syuhada yang lawa lawa tu peminat Liverpool. semuanya bermula apabila  Ally Iskandar tanya Nurul Syuhada Nurul Ain Mohd Zin psl game Barca-MU, Ally tanya Nurul sokong mana? Nurul jwb 'LIVERPOOL'. Ally tanya 'apa kena mengena Liv ngn game 
ni?' Nurul jwb 'x bleh, sy mmg sokong Liv mana bleh sokong team lain..'


haha. then,serta merta wall page si Nurul Syuhada penuh dgn Liverpool fans, tak caya? ni bukti:


tu,hampa tengok!



TGK,AKU PUN ADA. AKU POST KAT DIA DAN AKU DPT 9 LIKE. 

semua orang pakat sayang habeh dekat Nurul Syuhada ni. nak tengok lagi pi la tgk dkt fb dia.
bukan dia sorang ja minat Liverpool. 
Kenai Siti Nurhaliza? haha. dia minat jugak. Maya Karin,Faizal Tahir,Angelina Jolie,Daniel Craig(James Bond) dan banyak lagi.
Kalau hampa nak tau la kan,Liverpool sejak taun 1990,jarang gila menang apa apa tournament. berbanding dgn Manchester United,memang MU la lagi sakan menang banyak cup.
TAPI,still Liverpool team favourite orang Malaysia. pasepa lak,depa tak menang apa apa cup tapi still ramai fans?
haha,sebabnya Liverpool ni walaupun jarang menang,Liverpool ni ada x factor dia. selalunya kan,Liverpool ni penuh dengan magik. aku tak tipu. contohnya,selalu boh gol last last minit game. selalu buat kebangkitan dramatik,selalu boh gol time time suspen gila. benda ni actually lebih hebat rasanya berbanding memenangi banyak piala. dan paling gila ialah tentang sikap penyokong Liverpool dalam stadium. semua orang tau macam mana gerunnya masuk ke dalam stadium Liverpool iaitu Anfield. depa boleh lihat mcm mana semua fans bersatu padu,singing along. even player player bukan Liverpool pun mengaku. antaranya,Kapten Chelsea,John Terry:"The liverpool fan were amazing. I have never heard anything like it before and I don`t think I ever will again. I walked out into the couldron and heard the singing and saw the passion. The hair in my arms were standing up.." 

Pengurus Real Madrid,Jose Mourinho pun pernah memuji fans Liverpool. dan Liverpool dalam satu survey telah dipilih sebagai memiliki penyokong terbaik. tu la yang menariknya tentang Liverpool. berbanding dengan peminat MU,ramai yang minat depa sebab depa menang banyak cup,depa tak ada apa yang Liverpool ada.maksud aku,average peminat MU ni cara depa minat tu tak special sangat. depa macam minat sebab MU  
main cantik,dulu pernah ada hotstuff(Cristiano Ronaldo),depa skuad yang yg stabil. ya,depa pun pernah buat magik jugak. tapi Liverpool lah master of the late gol. tengok la sejarah,berapa banyak kali Liverpool buat kebangkitan dramatik. dan disebabkan kemarau kejuaraanlah,Liverpool fans ni macam bersatu padu. even Liverpool ni tak menang tournament,depa still boleh tewaskan team-team top dunia. contoh dulu,menang dengan Juventus,AC Milan. Inter Milan siap kena sayuq sampai 4-0. Real Madrid lagi sayuq,5-0. barcelona pun kalah. dengan Manchester Utd menang byk kali sejak kebelakangan ni. Chelsea pun Liverpool menang. ni la yang dipanggil keghairahan untuk menumpaskan team juara tu la pasai Liverpool famous. 


contoh kalau hampa ni bukan jenis kaki bola,hampa tau satu team ja iaitu Manchester Utd. hampa tak kenai dah team lain.(selalu pompuan la mcm ni)dan hampa tertengok perlawanan antara Liverpool dan Manchester. tengok tengok Liverpool menang. mesti hampa macam kagum kan dengan Liverpool. mesti hampa teruih minat Liverpool lepas tu. aku pun macam ni la. tu la pasai Liverpool dapat ramai fans. tapi yang sebetuinya,kalau team kita ni menang banyak cup la lagi baguih. apa pun,Manchester United mmg team yang kuat,kredit utk depa. depa team yang solid,stabil. :)

dan,Liverpool adalah kelab paling berjaya dlm sejarah antara MU,Chelsea,Arsenal. sebab? mestila banyak piala dan kejuaraan. dulu,sebelum 1990. Liverpool ni kuat gilaaaaaaa laaaa. menang habeh semua benda. cuma la ni ja tak berapa nak perform. biasala,setiap team ada zaman dia. la ni zaman MU.

tapi la ni,Liverpool dah revive dah. dah nampak dah yang Liverpool akan kembali ke zaman kegemilangan. salah satu puncanya ialah penjualan Fernando Torres ke Chelsea dan pengurusan yang baru di Liverpool yang kelihatan sangat cerah masa hadapannya.

so,harap harap,next season,aku nak tengok satu persaingan antara Liverpool dan Manchester Utd. tu la harapan aku sebagai pencinta bola sepak. ya,aku bnci MU tapi aku harap aku nak tengok persaingan MU dan Liverpool secara sengit.aku dah minat liverpool lebih kurang 11 tahun,so aku nak sesuatu yang boleh buat aku happy sebagai penyokong Liverpool. okay,hat tu ja aku nak share. bubyeeee dannn
                                                       
                             YOU'LL NEVER WALK ALONE


*********(FAKTA)telah dibuktikan dalam satu survey dalam majalah wisel pada tahun 2009,Liverpool team paling popular di Malaysia. Fernando Torres pemain paling popular di Malaysia. Team paling dibenci adalah Manchester United.

tapi,research aku di Internet,both Manchester United and Liverpool adalah team yang mempunyai penyokong paling ramai di dunia. sementara pasukan Chelsea dan Barcelona mempunyai peningkatan paling mendadak dalam bilangan fans.


3 comments: