Sunday, May 22, 2011

muzik ni semua orang minat kan?

hai. kali ni nak cerita pasai muzik pulak. aku ni bukan tau apa pun pasai muzik ni. tak dak darah seni dalam keturunan aku. semua keturunan orang masjid. tapi la ni aku tak macam orang masjid gi sebab selalu sangat tengok video Girls Generation. haha.

aku ni layan ja semua jenis lagu. cuma kadang kadang penyanyi dia ja aku meluat. macam Jsuitn Bbieer. laaa aku silap eja ka? ha,aku sengaja bagi silap eja. haha.tapi selalunya lagu yang buat aku tertarik adalah lagu yang ada unsur muzik country. country tu macam mana? country tu macam lagu lagu Taylor Swift la. lagu country best sebab depa guna harmonika,dan pedal steel guitar. sedap bunyi. dan aku juga suka muzik yang guna instrument macam piano dan viola. Josh Groban,Maksim Mrvica,Epica ni antara yang aku minat kalau pasai muzik berpiano dan berviola.

tapi ni adalah antara lagu lagu terbaik yang aku pernah dengaq. ni pilihan aku la.

1.Dear God-Avenged Sevenfold.

ni la lagu kesukaan aku sepanjang zaman. lagu ni perfecto bagi aku sebab muziknya country,lirik yang sempoi,rentak dia best. memang perfect. hampa tau dak band Avenged Sevenfold ni band genre apa? depa ni metal. tapi macam lawak macam mana band metal boleh buat lagu country yang lagi baik dari penyanyi country. dan gitar solonya jugak agak menawan.  :)

2.21 Guns-Green Day

ni pun antara lagu feveret aku. lagu ni slow tapi aku suka la sebab memang aku suka. lagu ni kdg kdg jadi lagu terbaik untuk sesuatu detik dalam hidup aku. dan Green Day adalah band yang aku salute.

3.This is Home-Switchfoot

ni pun lagu slow. tapi lirik dia aku sangat suka. sangat ikhlas gila bila dengaq lagu ni. Band Switchfoot ni lagu depa kebanyakan pasal realiti kehidupan. aku macam respek la vokalis depa iaitu Jon Foreman. :)

4.Ignorance-Paramore

yeahh,lagu ni rancak tanpa henti. aku suka lagu ni sebab dia macam bertenaga bila dengaq. dan lirik dia buat aku rasa aku cengei. Hayley Williams ni terbaik gilaa laa. suara dia la yang buat lagu ni stai.

5.Danger Line-Avenged Sevenfold

lagu ni pada mulanya besa ja kalau dengaq. chorus dia tak best bagi aku. lagu untuk askar kot kalau tak silap.
lagu ni 5 minit 28 saat. mula tu mmg tak best laa. tapi mai tang minit 3 minit 17 saat,magik pun berlaku. hehe. part ni paling aku sukaaa. buat bulu aku meremang,masa ni muzik piano dengan vokal. lirik dia tacing untuk seorang askar. dan masuk ja gitar solo diaa kan,perghhh! GENIUS GENIUS GENIUS! aku suka gila solo dia. tak la dasyhat tapi sangat sedap dan melodik. ni la part paling mahai untuk lagu ni. outro dia pun terbaik. ada siulan. sedih.  :)
Avenged Sevenfold

actually,kebanyakan lagu favourite aku adalah dari band Avenged Sevenfold. ni la band paling aku minat. dulu aku minat MCR,Peterpan(huh,biaq betui?), tapi aku sure A7X adalah band yang terakhir aku untuk aku minat(secara fanatik). aku suka A7X sebab depa ni sesuai dengan cita rasa aku. depa suka buat gitar solo. depa kreatif. even muka depa ni nampak macam mafia,samseng sebab tatu penuh,tough,tapi depa ni pemuzik yang berpendidikan tinggi. depa tak tipikal setakat boleh main gitar.depa boleh main macam macam genre lagu,macam macam instrument lain.



Synyster Gates

dan gitaris depa,Synyster Gates adalah inspirasi aku. aku main gitar pun sebab tengok dia main ah. setakat tu ja la. bukan pi sampai puja,sampai tiqai,cadaq,sarung bantai nak kena ada gambaq dia. takdak.sumber dalam muzik ja.

Band lain yang aku minat muzik depa ialah Paramore,Mayday Parade,The All Americans Reject,Switchfoot dan Bunkface. secara generalnya,aku layan alternative rock. metal pun layan. scream2 pa semua tu. black metal pun okay ja.(black metal tak semua jahat,depa just genre muzik,errr,tapi most of them memang kapiaq tequk,sembah setan,pandai pilih la noh)

tapi kita ni satu ja,dok hina hat orang. maksud aku, kita dok hina genre ni,benci muzik tu. kita sepatutnya takleh kata,'hang,rambut panjang,jambang lebat,kuku tak keqat,muka metal tapi layan Wali Band.' tak boleh kata macam tu. muzik tetap muzik. tengokla,dekat Malaysia,ramai band otai dok kata dekat band band baru macam band indie, depa kata muzik ntah apa apa la,tak evergreen,kutuk macam macam. depa ni la sebenaqnya yang tak faham muzik. kita ni kena accept differences bak kata Mat Luthfi. semua ada kelebihan dan kekurangan. aku pun layan Acha,tapi aku layan ja band screamo. takdak hal aih. muzik ni universal.

haha,ni la post aku yang paling aku buat tanpa rasa excited. just suka suka ja. bukan apa,kan aku syok baca blog aku sendiri. ni dah macam diari aku.  so,muzik ni sebagai penghibur aku ja. bukan aku tau apa sangat pun. okay,yang ni aku nak shared. baiiiii.

No comments:

Post a Comment