Monday, May 9, 2011

DARJAH EMPAT

kali ni cerita pasai darjah empat pulak. disebabkan keputusan peperiksaan yg okay,aku dapat masuk ke kelas 4 Amal,ni kelas kedua terbaik time tu. Dan Cikgu kelas aku ialah arwah cikgu Hashimah.

darjah empat ni pun banyak benda aku ingat jugak la. time tu kelas aku sensasi dengan kisah cinta Sarah Rolamal dan Ahyad. haha. aku takmau komen la pasai ni,tapi saja nak habaq la. pastu,hampa kenai an Syukor an? yang gelap gelap uh,dia tu penah makan gam. dak dak,bukan gam hat tekpik dok hisap tu,gam hat jernih tu la,hat kita dok buat lekat kertas tu,dia boleh pi makan. gila haaha. tapi dia baik ja.

then,aku rasa aku nasib aku agak malang la sebab aku kena dok tepi Syed Jamil dalam kelas tu. dalam kelas tu jugak ada sekutu Syed Jamil,iaitu Amin. dulu kan,hampa tau,aku asyik kena buli dengan depa ni la. aku beli pensil pilot shaker mahai mahai,depa pi balaih. geram gak ah aku. tapi masa tu aku nerd dan tak da sikap memberontak gi. Syed ni memang takleh dok diam,tapi serius dia pandai. kalau dia belajaq betui betui,mmg dia ni boleh pi jauh ah. aku ingat gi,dia dpt markah penulisan 90lebih,watdehellll.aku yang imej bersih pun tak boleh dpt markah macam tu.dia ni penah lawan bertumbuk habeh dgn semua orang,laki pompuan.haha.

pernah sekali tu,aku pi sekolah,tapi aku taktau pulak time tu cuti,penat ja mai. pak aku dah tinggai jauh dah.dan syed jamil pun ter mai jugak.so,kami jadi kawan karib utk sementara waktu. aku bagi kat dia nasi lemak sebungkuih,kami main beyblade,pi jalan pi market simpang kuala sekali,kami dapat ikan puyu hidup,pakcik market tu bagi. haha. masa tu aku sedaq la yang syed jamil baik jaaa. cuma kalau ada geng ja dia besaq kepala.

peristiwa lain yg aku ingat ialah lakonan tahap Remy Ishak aku. masa tu aku bangun pagi pi sekolah,dh mandi siap pa semua dah,then,baru teringattt,'NAKHAREYYY,AKU LUPA BALUT BUKU'.
teacher zuraimi suruh balut buku dia dengan kertas minyak dan plastik,aku tak balut gi,aku dah la takut dengan dia.so,pedeqaih balut la kan. siap la jugak tapi masa tu dah pukui 8. aku memang takmau pi sekolah la sebab lambat sangat. tapi pak aku suruh pi jugak. aku teqiak tak mau mau. sampai depan pagaq sekolah,aku kata kat ayah aku;'AYAH,CAED SAKIT PERUT NI,NAK BALIK,SAKIT SANGAT NI'.
sambil dok qiau la. aku tipu ja,akai aku. pastu ayah aku buat taktau ja. then,pak aku blah. aku kena pikiaq stratergi macam mana nak mengelakkan aku dari kantoi masuk kelas lambat daaaaaaan aku ternampak bilik sakit utk pelajar. jeng jeng jeeeennnggg. aku pi masuk teruih kat situ dan aku bagitau kat cikgu kat situ kata aku sakit perut gila gilaaa gila,sambil buat muka kesian dan dia suruh aku tidoq. HAHA! aku pun tidoq.cikgu tu baik ot,dia pi caqi minyak angin suruh sapu kat perut aku. tapi aku tak sakit. cikguuu,sorry noh,saya tak niat nak tipu cikgu tapi saya terpaksa. haha. then,sampai waktu rehat,aku terus keluaq bilik tu masuk kelas. AND MISSION ACCOMPLISHED. haha.

peristiwa lain aku kena denda buat kerja sekolah sampai siap. hampa tau ak kena buat kat mana? arwah cikgu hashimah suruh buat kat tapak perhimpunan weyyyyyy. kan ada macam grandstand kan,aku dengan beberapa kawan  aku kena buat kat situ la.malu malu. ramai gila orang tgk.

masa darjah empat ni jugak la aku dapat bestfriend iaitu Daniel Ariff dan Nazri Samad. aku penah tengok Daniel ni lawan dengan syed jamil,gila ganas,sampai baling baling kerusi kayu wey.gila.

orang yang aku ingat dalam kelas ni ialah Arwah cikgu Hashimah,teacher Zuraimi,dan classmates aku ialah Adib Asyraf,Izzat Nacquiudin,Qayyum,Syed Jamil,Nazri,Daniel,Amin,Fadhilah,Farah Amalyn,Syed Ahmad Daniel,Nazrin,Syed Haikal,Adha,Wan Adlin kot (yang anak cikgu tu an).then,sorang gi kawan baik aku,nama dia azizan ka zizan taktau,dia mata sepet sepet dulu. haha. hat ni la yang aku ingat. dan disebabkan tu kelas pandai,mesti la aku dapat nombo hujung hujung time periksa. huh. dan nanti darjah 5 pulak.

No comments:

Post a Comment