Sunday, June 12, 2011

Nama dia Justin Bieber dan dia comel.






hah, tudia. mencari publisiti murahan. pasai justin bieber la pulak. boleh kata di mana mana ja akan terjumpak benda yg berkaitan dengan JB ni. haha. dekat twitter mesti ada punya ah nama dia dekat trending,tak dia Selena Gomez. kalau tengok video Girls Generation,Avenged Sevenfold pun akan ada orang tulis komen benda yang berkaitan dgn JB walaupun video tu tak dak kaitan dengan kehidupan JB.
ramai yang fanatik gila dekat dia,dan ramai jugak yang benci. aku? takmau habaq. sebab aku nak jadi adil dlm post aku ni. haha.
tadi dok layan Avenged Sevenfold dekat youtube,then terbaca top comments ni:

ni komen dia. XD
:)

haha. lawak. so aku pun buat la research pasai benda bodoh ni,aku tanya la kawan kawan aku pasai JB ni. depa suka ka dak dan kenapa. aku tanya ramai jugak la. tapi aku tunjuk yg terpilih ja la. dan ni depa punya respond:


1

2

3

4

ada yang kata dia ni freemason,ada yang kata dia ni pondan. ada yang kata dia ni sweet. aww aww. ada yang kata dia comel,alololo. ada yang kata dia tak akan baligh sampai kiamat. ada yang kata dia adalah dajjal. semua ni pendapat orang. aku saja ja buat post pasai ni. takdak modai la wey. lagipun,nak cari publisiti murahan kan. blog tak famous kena la ada at least benda macam ni baru boleh up. hehe,melawak jaa. saja ja,mengisi masa lapang. kan aku suka merapu dengan cara yang bertamadun. okay, yang ni ja aku nak kongsi. ciao~


Saturday, June 4, 2011

gadget yang perlu aku beli sebelum berakhirnya tahun 2011

yahh,aku memang pencinta gadget. walaupun aku ni tidaklah se-loaded Gu Jun Pyo,tapi aku teringin nak pakai gadget yang mahai mahai. haha. sejak menggunakan fon yang koro ni,aku macam dah jadi desperado nak pakai fon atau gadget yang stailo. sebelum ni dah pakai xperia,corby,elm. fon fon ni tak la mahai tapi function dia sudah cukup untuk menandingi fon yang harga beribu beribu ringgit.

so,aku la tengah kumpui duit nak kembalikan semula zaman kegemilangan aku iaitu dengan memakai fon yang best. dan aku dah senaraikan calon calonnya:

1. Ipod Touch 4th Generations



ni dia aku punya top target. Ipod Touch. haaa? macam iPhone kan? tapi ni hanyalah iPod. actually semua yang ada dekat iPhone ada dekat ipod ni cuma tak boleh pakai sim card. kira tak boleh call orang dan sms laa. kira sebijik la macam iphone. boleh buat video call guna wifi,skrin yang sangat cantik,boleh ja online asalkan ada wifi. dan paling penting,harganya sangat murah berbanding iPhone,kalau iPhone,tak silap aku dekat 2400ringgit jugak laa. tapi ipod touch ni cuma RM829 untuk kapasiti 8gb dan 12++ rgt untuk 16 gb. so,just hanya tak boleh call dan mesej,tapi harga semurah itu,baik beli ipod ni dengan fon murah. kan lagi ideal dari pi beli iphone yang mahai bedengung.

2. Nokia E6


sebagai penggila fon,fon yang belum dipasarkan lagi pun aku dah boh dalam list aku. haha. actually,nokia dah tak makin famous sebab tergugat dengan kehadiran fon android,blackberry dan iphone. yala,nokia macam lembab jugak la software, tapi sekarang nokia dah maju ke hadapan dengan mencipta perisian baru iaitu Symbian Anna yang tersangat bagus dan macam iphone. ni usaha depa nak stay kompetitif dengan fon lain. haha. maybe fon ni mahai. dalam 1+++rgt. tapi nanti mesti harga dia jatuh kan? 
:)

3. Sony Ericsson Xperia Mini Pro



ni dia,xperia terbaru,nampak macam sama dengan xperia mini pro aku yang hilang tu tapi ni lain skit,depa upgrade dah. pakai andoid yang lagi tinggi. dan video recording dia HD! skrin lagi besaq,bateri lebih tahan,ada multi touch macam iphone dan paling penting,ada qwerty keyboard laa. hehe. berdasarkan pemerhatian aku,aku rasa fon ni sepatutnya bawah RM700 la. fon ni aku tak sure dah ada kat malaysia tapi akan ada laaa. 

so,ni la gajet yang aku nak sangat sangat. harap harap boleh beli untuk menjadi peneman aku. yeah,aku suka menonton movie,dengaq lagu,main game dgn gajet yang kecik.dan aku suka fon yang pakai keypad QWERTY. syok bila nak text. 
:)



rasa macam malas dah nak update blog.

selepas dok blogwalking ni,aku dok tengok la,blog orang lain semua macam simple simple,ada banyak gambaq,colourful,at least tak la colourless macam blog aku. tapi aku tengok post2 dalam blog aku semua paaaannnnjjjaaaannngg.haaa, panjang gila. dan,semestinya rasa penat nak baca.

aku pun tak tau sebab apa entry aku panjang panjang belaka. setiap kali aku nak buat entry baru,aku akan set dalam pala otak aku yang aku nak buat seringkas yang mungkin, tapi langsung tak menjadi. semua stail panjang gila. aku rasa macam aku tak sedaq diri bila aku tgh typing tu. rasa excited la kot. la ni aku dah malas dah nak buat entry baru. dalam draft aku tu,penuh entry yang panjang bedengung,yang aku takmau post.

dan,aku malas nak boh gambaq. sejak pakai fon yang agak kuno ortodok,yang mana kameranya tidak mempunya autofokus untuk snap objek yang dekat dan hanya 2 megapixels,aku pun malas nak boh gambaq dah. ada handset mahai mahai pi juai,bagi hilang. la ni pakai fon bodooo ja.

blog pun hitam putih, nampak sah sah kata aku ni jenis baloq gila. aku malas gilaaaaa nak cari templates apa semua tu,nak kena copy paste code ni la code tu la,qenyah.kadang kadang tu,aku punya la buat penat penat,adjust layout,background,template semua,tengok tengok sama dengan blog orang lain,takka sakit hati? aku tak suka benda yang tak sepatutnya sama tapi jadi sama. rasa tak syiookk. so,aku biaq bagi simple. senang. janji boleh baca.

tapi aku skang ni tgh cari bahan untuk siapkan satu entry yang agak penting. tapi maybe lambat lagi. kan dah start semester 3 kan. susah bagi aku nak dapat ilham nak buat post baru. aku kena bersendirian kalau nak dapat ilham. la ni duduk rumah sewa yang ada 7 orang. memang susah la kan. nak fokus dengan aku punya dekan lagi.haha. jadi class rep pulak la ni. dengan jadi AJK utk budak part 3. tak la sesibuk yg digambarkan,tapi ia sedikit sebanyak telah membataskan pemikiran aku untuk sesuatu perkara seperti blogging ni. aku sebenaqnya tengah pedo ni takmau bagi entry ni panjang. banyak kali padam tulih padam tulih. macam buat summary laa.

so,bagi mengelakkan ia dari menjadi panjang,aku nak stop kat sini ja laa. dan aku rasa kali ni tak panjang la kot. maybe ni turning point aku lepas ni untuk menghasilkan entry yang padat,ringkas dan menyeronokkannn. okay,yang ni ja aku nak bagitauuu. dah. ciao. You'll Never Walk Alone.