Monday, May 9, 2011

DARJAH ENAM

then,masa darjah enam,aku naik pi kelas 6 Alim. kelas terbaik kot masa tu. masa aku masuk kelas tu,aku tengok semua classmates aku dan aku terus buat beberapa andaian antaranya:

~tudiaa,semua muka cerdik cerdik
~tudiaa,semua muka jenih minum susu pagi pagi
~tudiaa,semua muka 5A
~tudiaa,semua hotstuff(haha melawak ja)
~tudiaa,gerenti aku dapat nombo last macam ni.

cikgu kelas aku ialah cikgu berkarisma tinggi iaitu cikgu zurainu. ketua darjah nik amin kot. pengawas pun belambak dalam kelas aku.sebenaqnya aku dulu ada keinginan nak jadi pengawas,tapi aku sendiqi pun tak beqapa nak berdisiplin. ketua pengawas pun ada iaitu al-syahir,pengawas pengawas lain pun aku tengok cengei cengei antaranya hatin nabihah. ustazah yang ajaq aku ialah ustazah hasanah.pengawas lain yg aku ingat izzati,sabreena.farzana,farhah,ain dan lagi sorang pun nama izzati jugak kan? sorry kalau silap.

okay.masa ni aku dok dengan bestfriend aku daniel ariff. dia punya tulisan macam doktor. agak malang bagi dia untuk dapat cikgu yang cerewet dalam bab tulisan ni. cikgu zurainu ni pantang tok nenek kalau pasai tulisan. dia mau tulisan students dia bulat bulat dan besaq. okay,thanks cikgu,sampai la tulisan saya kekal bulat bulat dan besaq. tapi daniel ni la susah skit. dia pandai tapi tulisan out. pernah sekali dia tunjuk kat aku."CAED,NI LA TULISAN AKU PALING CANTIK''. haha,cantik bagi dia,tidak untuk aku,tapi ada banyak perubahan la,tapi dia jenuh kena pedo gak la nak buat tulisan habeh cantik dia. haha,jangan marah wey,ni kenangan ja nuh daniel.

masa darjah 6,aku pernah kena denda ketampi sampai 50 kali kes tak siap kerja sekolah. watdehellll. 50 kali?! gila BANYAK! masa aku buat tu,lutut aku sampai longgaq. kita aku tak boleh berdiri straight la sebab lutut macam tak keras dah,turun tangga pun nampak macam agaq agaq.cikgu zurainu punya keja ah ni.tapi dia still antara cikgu yang aku respek dalam hidup aku.memang la kita kena respek semua cikgu,tapi cara dia didik kita tu memang terbaik even garang. :)

penah sekali tu,cikgu zurainu tak suka dengan cara kami dok. maksud aku,dia tak suka tengok ada geng geng la dalam kelas tu. then dia suruh berpecah. aku asai dok tepi daniel tapi kena tukaq dok tepi pompuan. NAKHAREYYYYY! hampa tau ak betapa aku cuak aku dok dengan pompuan, kiri kanan pulak tu. aku dah la macam tak kawan dgn pompuan,maybe sebab malu dan tiada keyakinan yang tinggi.start pada tu,aku seorang yang pendiam.

-_____-"

lpas trial upsr,cikgu zurainu ubah lagi kedudukan kami. kali ni sapa yang result trial dia power dok belakang,yang tak power dok depan,aku bukan power an,kena la dok depan. serius aku rasa aku ni macam underdog dalam kelas tu,rasa macam aku ni mmg budak bodoh. tapi okay jugak la sebab aku tak kena dok dengan pompuan :)
credit to hatin sebab tak lempaq gambaq ni meqata meqata

tu aku. tudung meqah tu cikgu zurainu,cuba hampa hayati muka budak depan aku,ezzani,muka penuh angkuh  kot.

kat kelas aku tu,aku ada 3 puak. first puak bola. kedua puak linkin park dan ketiga puak belajaq belajaq belajaq.
haha. yang dok gila bola time tu aku,ezzani,izhamudin,qayyum.asyik sembang bola ja.
kalau puak linkin park,aku,daniel,amer,aiman. time tu pulak linkin park release new album,meteora.lagi sakan la kan. kotak pensil aiman pon dia buh gambaq album art linkin park. lirik semua kami hafai ah.
puak study ni puak pengawas pengawas ah. al-syahir,farid naqib pa smua tu,aku tak qapat. aku penah masuk pertandingan azan dengan depa ni. last sekali mng dkt farid naqib.

pak lawak dlam kelas tu Aizat Johari ah. haha.pastu,adil arif kalau ingat teringat dia,aku akan teringat kad pokemon yang bernama Crobat,kad tu rare dan susah dapat tapi dia ada satu kad tu.rafat pula stai melawak kasaq.ruhan asyrani macam budak baik la jugak.david pulak selalu kena marah dengan cikgu zurainu.syafiq pulak orang panggil dia Roy Keane(ex-manchester utd player).  izzat kan yang haluih haluih tu selalu dok juai nasi lemak yang ada kacang dan aku antara pelanggan tetap. aku rasa dalam kelas tu,aku berapa kali ja cakap dengan pompuan. dulu aku heqan gak la,Sabreena ni dok mai raya rumah aku tiap taun,dia ni sapa dia.tiba tiba ja dok mai raya rumah aku dulu,aku dahla tak pernah cakap dengan dia dalam kelas. taun lepas(2010) baru aku tau yg dia dua pupu aku. patut laa. haha. tu la akibat tak pernah kawan dgn pompuan kan.sorry la aku tak berapa nak ingat nama budak pompuan,hampa pun tau aku macam mana dulu. tapi muka aku boleh cam lagi la. la ni dah ada facebook,boleh la ingat ingat balik nama hampa semua.

tak da la yang lawak masa ni,semua macam komited dengan upsr kan. tapi lepas habis upsr, nak posa dan raya. ezzani,bestfriends aku dulu.hantaq kad raya kat aku. dia tulis dalam kad raya tu macam ni kot;
"SHAHED,SELAMAT HARI RAYA, MAAF ZAHIR BATIN. BAJU RAYA HANG COLOUR APA? MESTI BANYAK NI BAJU RAYA HANG KAN? OKAY,SELAMAT HARI RAYA TAU''.
ezzani guna pen warna warni tulis dalam kad tu. then dia tulis nama player player bola favourite aku banyak banyak dalam kad tu,macam tak kena tema la pulak. haha. serius aku macam terharu sebab dia orang pertama hantaq kad raya kat aku,macam comey. tapi bila dah umuq 19 lani,aku rasa macam gay pulak bila dia hantaq kad raya tu. haha. tapi thanks ezzani,aku tak balas pun kad tu,taktau alamat.sorry.

kelas 6 alim ni kelas yang agak bertamadun ah. takda benda yang pelik pelik sperti di darjah 2 berlaku. okay,kalau hampa ni dulu budak kelas 6 alim yang baca ni,kalau kenai aku gi,tguq la noh kalau jumpak. berat aku 85kg dan tinggi 183cm,so kalau jumpak ciri ciri macam ni,tu aku la noh,aku bagitau ciri fizikal aku ni sebab kita dah 5 taun tak jumpak,kalau aku bagitau tinggi aku,senang skit la hampa nak cam aku,haha. aku still stay kat alostaq,rumah aku dekat sangat dengan skjp tu,hari hari dok lalu. boleh kata aku lost contact dengan hampa sebab aku pi sekolah pelik,bukhary. padahai hampa semua pi kolej,keat hwa,asma. mmg tak jumpak la kan. tapi aku tak lost contact dengan ezzani,budin,syed jamil sebab dah penah jumpa depa dah,ada nmbo telefon.semua handsome handsome dah.muhaimin pun aku dok jumpak dulu. dia la laki paling cool dalam 6 alim. haha,okay,hat ni ja aku nak share pasai kenangan SKJP aku. wasalam.




7 comments:

  1. haha serius, ezzani mmg lwk dulu. aku igt lg dia tny ckg zurainu b4 exam apa tah "ckg, nnt nak bwk beg kecik ka beg besaq?" :P *sorry ezzani, eh slp. Dr. Ezzani :)

    ReplyDelete
  2. haha. tu la kan. stai pelikpelik.DR EZZANI? wow,hehe.

    ReplyDelete
  3. haaa,hang la yg dok tepi aku dulu kan. haha.
    :)

    ReplyDelete
  4. alaaaa,comeynya post! hahaha. thumbs up!

    ReplyDelete
  5. haha. thanks. sorry la tak bubuh nama hg,nama pempuan semua aku tak boh.pengawas ja. sbb ada yg aku tak ingat. nnt kalau aku boh nama hg tapi nama lain takdak depa kecik hati lak. :)

    ReplyDelete
  6. haha takpa aihh janji ingat aku ni classmate hang sudah laa noh :)

    ReplyDelete