Thursday, May 19, 2011

aku kesunyian ni. jom couple?

bila dah cuti cuti ni. dok sorang sorang la dekat rumah. dulu takpa la ada kawan kawan dok bagi kita enjoy,bersosial. tapi la ni rasa boring,kesunyian. time ni la rasa nak ada orang di samping kita. orang yang ambil berat pasai kita. orang yg boleh menceriakan hati. dah tu,tengok kawan kawan lain macam bahagia ja dengan teman wanita depa. pakat wish good night sebelum tidur la,dapat hang out berdua pi tasik jitra,saling mengungkapkan ayat i love u. mmg best kalau boleh macam tu.

rasa syok ja tengok depa hidup macam tu kan. genap setaun hubungan,dapat macam mcam hadiah. masa birthday ada orang bagi kita kejutan. best kan? okay,dahhhhhh. macam tu la aku tgh fikir sekarang ni. sumpah aku bosan. aku rasa macam nk cari teman istimewa sorang. tapi tapi tapi,aku takmau jugak. jangan dok hasut aku setan wey. tapi syok la tengok kawan kawan kita dok ber couple ni. aku dah desperate ni. depa semua ada partner tapi aku ja takdak,malu ngat aihh. tak boleh jadi ni,kena cari sorang.

errr,tapi takmau ah aku. aku takmau terpengaruh dengan hasutan minda. semua ni nafsu. macam ni la betapa senangnya kita nak kena hasut kan? hhaha. tudia. ayat orang terdesak ni. ok la. aku bukan hot pun,bukan handsome pun,bukan famous pun,bukan digilai ramai pun tapi aku manusia biasa yang menjalani kehidupan sebagai insan yang normal. besa la kan,cinta ni semua jenih orang kita boleh dapat. so,aku buat post ni sekadar luahan hati aku ja. takda kaitan dengan individu lain.

sebab aku takmau bercinta? sebab,malaih. haha. aku takda duit. buat malu ja kat orang. nak ada awek tapi tak ada duit. kalau ada pun,memang keja nak perabeh ja. habeh topap,habeh makan kat kentaki dengan secret recipe. yala. bila dah laki ni,lagi elok rasanya kita yg sapot semua,baru lelaki sejati kan? memang perabeh duit ja. aku ni bukan orang kaya. dan aku ni jenih minat benda/gadget mahai. contoh kalau aku nak iphone kan,pak aku tarak beli kat aku,aku kna kumpui duit sendiri. mcm mana aku nak beli iphone kalau pada masa yg sama aku ada awek? baik tak ada awek. ni pasai aku,kalau hampa kaya takpa la.

dengan berkapel jugak lah kita senang dapat musuh dan senang hilang kawan. ni melalui pengalaman aku la. aku penah kawan dengan budak ni,tapi ada la orang tak puas hati kat aku. dan penah jugak,tanpa aku sedaq,aku berkawan dengan pompuan yang mana balak/ex dia tu kawan aku. tobat aku rasa tak best.mesti depa kata aku suka balas hat orang. jadi tak syok. tu la sebab lain aku takmau kapel. kawan ni long term punya relationship(laki sama laki la). padahai kapel ni tak sure lagi. baik syg kawan lagi.

ni benda paling aku tak suka bila kapel. nak kena text,ambek tau 24 jam saqi. setiap masa nak kena text. sampai nak luang masa main dota,lawan pes(game bola) dengan kawan pun tak senang. bila tak text dia,merajuk bukan main. aku dulu ada la kawan dengan pompuan yang mengaku dirinya ni tak kisah pun kalau tak text. kononnya dia takmau kongkong aku. aku pulak stai suka buat experiment,aku buat sungguh la. tak text dia lama. last sekali merajuk serupa tu jugak.mmg la aku tak patut buat mcm tu, tapi aku just nak test dia ja. kalau dia jenih tak kisah sungguh,memang aku kagum la. hehe

dah tu,segala apa aktiviti di fb pun dah macam sensitif. tak boleh tulih ikut dan ja.sebab ada orang dok peqati.
dulu,pernah la sekali, ni masa aku tgh kapel la,aku update status fb tulis macam ni. "DOTA". dota ni game. hampa google la kalau nak tau. dah tu,membe aku pulak komen kat status ni macam ni:'Dunia Orang
Tanpa Awek' which is menunjukkan macam ianya definition utk status aku tadi ni. tapi DOTA tu game. pastu,ramai la like komen kawan aku tu. aku pun like. awek aku yang taktau apa itu dota,mesti dia terbaca status aku dan terbaca komen kawan aku tu. mesti dia terkejut tengok aku like komen 'Dunia Orang Tanpa Awek'. mesti dalam kepala ex aku tu dia kata macam ni:'ohhh,patut la selama ni macam tak layan aku,dia rasa dia dah takda awek ka,so aku ni dipermainkan la?' status ni aku update pkui 6 ptg dan pada malam tu, dia text aku macam ni: 'okay,i sayang u,BYE,take care.' aku macam blurr,pasepa pulak dia ni.tetiba ja. aku tanya dia pasepa macam moody ja,dia tak jawab. dan aku tak suka la bila nak bawak berbincang tapi sebelah pihak ni macam tak mau bincang. kalau dia tak puas hati kat mana mana biaq la aku explain dulu kan.aku tak sedap hati la sebab dia guna perkataan BYE. ex aku ni tak suka guna BYE melainkan dia tgh marah. hehe,special kan? :) tapi aku just nak tau sebab apa dia marah tanpa sebab kat aku. tu ja. aku pun dah fade up dengan sikap dia.dan kami tak contact dah selepas tu.


dan lepas 2 hari kot drpd kejadian ni,kami break. habeh cerita. kot kot la dia baca post aku ni,aku just nak mintak maaf andai buat salah. maybe takdak jodoh. ni la orang panggil galak time muda,tak jamin apa apa. salah aku jugak kot mana pun. status facebook punya pasai. lain kali,tak kira la dalam apa jua keadaan pun,kita kena siasat dulu. jangan asyik touching ja.

tu la,susah jugak kan. rasa serik gak ah. susahnya nak cari orang yang betui betui faham kita. tapi silap aku jugak la,tak reti bawak besabaq. tu la aku takmau kapel awai awai. macam satu permainan ja. tapi lepas break tu rasa nyesai sat. haha. besa la.proses biasa. laki ni lpas 2 jam dia nyesai la,nak mintak kapel balik la. tapi aku dakkkk naih. aku yg mintak mintak break. aku tak rujuk dah. aku just nak jadi kawan biasa ja. tengok tengok dia siap block aku gi dlm facebook. takpa la. hak dia. aku okay ja, tak syok la bila ada orang dok musuh musuh dengan kita kan?

bila aku tengok ada kapel begaduh dalam fb,aku akan kata,fuhh,nasib baik aku takda awek,sengsara gak ah bila gaduh gaduh ni.serabut pala otak. bila aku pikiaq balik,kawan aku yg single semua macam relax ja hidup depa. bukan aku takmau kapel,abang aku pun kapel dulu dan dia dah kawen dengan awek dia yg satu kampus tu. siap dah beli rumah gi. tapi depa kawan start degree. rasa macam relevan la jugak nak start galak time tu kan? haha.kalau macam aku ni awai gi kot. rasa rugi tak tak manfaat masa bebas ni dengan sebetuinya. bukan aku nk kata kapel awai awai ni tak ada jaminan tapi sangat berisiko. Fernando Torres kawan dengan awek dia start sekolah rendah. sampai la depa kawen dah. haha. gilaa kan? tapi tu depa. mungkin depa ni mcam the exceptional,susah benda macam tu nak jadi. kawan dari sekolah rendah.

so last sekali,hampa pi la tanya ustaz,couple tu macam mana. kita sebagai manusia ni mmg buat dosa la kot mana pun. so,apa yang mampu kita buat adalah,meminimumkan pengeluaran dosa dan memaksimumkan pengeluaran pahala.  hampa faham la kot noh. aku ni pun bkn baik alim sangat. dgn kawan dok maki gak,dok tampaq kepala,tampaq dahi,tengok video girls generation tapi aku habaq ni sbgai peringatan kita bersama. 

so,ni la pasai aku takmau kapel. bukan aku nak juai mahai noh. takdak aih. saja ja. ni pasai pandangan aku. kalau hampa yang dok kapel tu terbaca post aku,terasa ka apa ka,sorry la noh. aku takda niat nak kata kat sapa sapa. ni just pandangan aku. aku pun tau,post bnda macam ni berisiko. takut jadi cakap tak serupa bikin. tgk tgk aku cair hati dekat perempuan ni. tak ka nnt kena maki dengan kawan kawan? so aku buat post ni sebagai peringatan kepada diri aku. kan aku syok baca post post aku balik.dan aku bkn nak kutuk sikap sikap wanita. ni memang lumrah dan aku nak shared pengalaman aku dulu. bila pikiaq pikiaq balik,rasa malunya diri aku. takmau dahh. yang mana tengah single tu,stay single. cari la hobi,minat yang sesuai dalam hidup kita. macam aku,hidup rasa tak bosan sebab aku boleh main gitar,sentiasa stalk team Liverpool aku,sentiasa stalk band favourite aku,Avenged Sevenfold,err,cari kawan yg sekepala,bersukan. benda ni macam buat hidup kita tak kosong. aku ngaku,aku ada keinginan tapi tetap takmau. hehe

tapi bukan aku nak single sepanjang masa,tengok la masa yang sesuai dan insyaAllah aku akan cuba sedaya upaya berkawan atau mengenali hati seseorang perempuan tu dengan cara yang berhemah. lagi elok bila aku dah berkemampuan. dah ada jaminan. la ni mmg jauh la aku dari berkemampuan tu,nasik lemak sebungkuih pun suruh pak bli. pikiaq benda yg lebih penting dulu. belajaq sampai habeh dulu. lepas tu boleh la pikiaq pasai ni. k,panjang,tau dah,kali ni takdak sapa baca. panjang teruk. okay,bubyeeeeee.
:)

11 comments:

  1. pjg nye brader post ko ..
    tp okey ah ..

    ReplyDelete
  2. err. ni mmg masalah aku. selalu buat panjang sangat. excited kot. dalam draft tu banyak lagi post aku yang tak publish sebab panjang sangat.

    ReplyDelete
  3. terrbekkk laaa...cead...heehhehe...aku ska bca post ny....=)

    ReplyDelete
  4. tak single laah. liverpool sentiasa di hati.hehe

    ReplyDelete
  5. haha. panjang gila! tapi sy bace sampai habes tau! haha ;D tu la. baek single. lg bagus! tak payah serabut2 kepala fikir kan? hee ;D

    ReplyDelete
  6. mmg pun.pnjang gila,tapi serius masa buat entry ni rasa excited. macam non stop ja idea tu. tu la pasal. btw thankss. single is better. tapi ada bf/gf fantasi mcm lampard tu pun dah cukup. haha

    ReplyDelete
  7. bagus caed..single lg bagus ! tehee..panjang n3 ang..
    *thumbs up :)

    ReplyDelete
  8. tu la. pnjang teruk. haha. thankssss/
    :)

    ReplyDelete
  9. hoi. maen kasar nampak! haha. cis cisssss!

    ReplyDelete