Tuesday, October 4, 2011

tangan aku ada kuasa istimewa. tapi..



dulu,aku boleh hafal harga gula sekilo,harga bawang sekilo,harga teluq sepapan,harga serbuk kari babas. dulu kalau nak timbang bawang berapa kilo,tak payah guna penimbang. tangan aku power,boleh agak berat bawang tu. dulu aku tau kedai mana yang juai beras tak elok. dulu aku tau kedai mana juai santai ceroi. dulu aku tau kedai mana yang murah bila juai ayam. dulu aku rasa akulah kanak kanak  pertama yang sudah biasa pergi ke pasar membeli ikan,sayur dan daging. bila dah besar sikit,otak aku pulak power. bila mak suruh beli barang banyak banyak,tak payah tulis atas kertas,semuanya diingat dalam kepala otak ja. tauke kedai runcit semua kenai aku. sampaikan tanggungjawab membeli barang dapur seolah olah dirampas dari ayahku. mungkin kerana aku terlalu hebat dan pakar dalam hal ini.

dulu,aku tengok muka muka budak kelas aku ni semua macam sombong. muka penipu pun ada. muka jahat teruk pun ada. muka tak jujur pun ada. dulu aku tak suka pi sekolah bukhary sebab depa semua tak minat apa yang aku minat. dalam kelas aku dekat sekolah menengah tu, berapa orang ja kenai band linkin park. depa pasang lagu wali band,aku bebai tak kira dah dalam hati. apa kejadah nyanyi lagu pasai cari jodoh.

masuk pulak UiTM,pun sama. kawan kawan semua macam tak stail,tak sekepala dengan aku. semua tak minat bola. majoriti tak minat,main muzik. cara melawak pun tak sama. benda yang depa rasa lawak,aku tak rasa lawak.

dulu aku beli fon,tapi tak puas hati. sebab kamera 2mp. sound tak kuat. tak ada wifi. memori sikit. skrin tak lawa. button keras. bateri cepat habis. bluetooth lembab.

dulu aku ada moto. moto buruk. dah la makan minyak kuat. asap pun banyak. bunyi pun hingaq. macam moto mat rempit. dah tu kotoq.  dulu aku tak suka basuh moto.

SEKARANG

tetapi sekarang aku tak ingat semua harga barang barang dapur. aku dah taktau kedai yang murah untuk beli barang. aku dah hilang kebolehan luar biasa(haha) aku untuk mengagak berat sesuatu barang. aku dah tak dapat beza halia dan lengkuas. sebab? aku dah kehilangan mak aku. mak aku lah orang yang selalu suruh aku pergi ke kedai. kadang kadang aku rasa fade up juga pi kedai sampai 3-4 kali sehari. tak larat bakhang. leceh. tapi bila aku dah hilang semua ni,baru aku rasa menyesal. aku jarang gila pi kedai. bila pi kedai,cari garam pun tak jumpak. masa ni aku rasa rindu dekat arwah mak aku. Al-Fatihah.

untuk kawan kawan pula. bila aku dah kawan lama dengan hampa semua,walaupun minat tak sama,aku rasa aku sangat perlukan hampa. bila hampa takda di samping aku,aku rasa sunyi. aku dah tak kisah dah,walaupun hampa minat Dayang Nurfaizah ka,Noraniza Idris ka,aku tetap nak kawan dengan hampa semua. aku just takmau kesunyian.

la ni,selepas 3 semester di UiTM,aku sangat bertuah dapat kawan yang banyak membantu. walaupun minat depa tak sama dengan aku,tapi still depa ni kawan kawan aku. aku tak sanggup pi Oren(kafeteria UiTM Perlis),order nasik goreng then duduk,makan sorang sorang. aku tak sanggup. aku perlukan kawan kawan aku walaupun depa tak sekepala dengan aku.

pasal fon,walaupun fon aku tak canggih,tapi bila fon aku bateri habis, takpun hilang. aku bimbang tahap dewa punya. masa tu aku rasa hidup tak bermakna bila fon hilang walaupun pada asalnya aku tak suka fon aku.

dulu aku hina moto buruk aku. mintak dekat ayah kereta,moto baru. sekarang moto tu rosak. dan aku takda transpot dah. dok dalam kolej semua kena jalan kaki jaa. penat bakhang.

kesimpulannya,bukan semua benda yang kita nak,kita akan dapat. bila dah dapat,tak reti nak bersyukur. bila dah hilang,baru menyesal, kadang kadang benda yang kita takmau tu la akan jadi benda yang paling penting untuk kita. so,hargai apa yang anda miliki sekarang. hargai keluarga anda,hargai maruah anda,hargai apa yang anda miliki. nikmati semua saat indah sebelum kita kehilangan mereka.

2 comments: