Monday, October 17, 2011

Review: Liverpool VS Manchester United

hai semua. lambat pulak nak review pasal game ni. macam dah basi.
tapi aku tak senang hati selagi tak dapat luahkan pendapat aku mengenai game hari tu.

so,keputusan seri. sebagai penyokong Liverpool,aku puas hati. King Kenny pun puas hati. Ferguson pun puas hati.tapi secara jujurnya,Liverpool berhak menang,mungkin 2-1 atau 3-1. dari awal game lagi,aku dah nampak yang MU aim seri or tak kalah. keputusan Fergie tak bawak masuk Rooney dan Nani tu ada sebab tersendiri.
seperti yang aku kata dalam post sebelum ni,mungkin dia simpan Rooney sebab moral Rooney tak sesuai dengan game tu. dah la kena gantung 3 perlawanan peringkat antarabangsa,dah tu famili dia terbabit dalam skandal mengatur perlawanan pulak. mesti jadi bahan provoke kalau dia masuk.

ramai peminat MU kata MU kasi peluang. haha. lawak la hampa ni. tak pernah ada team dekat dunia ni nak main bagi chance. depa professional la.
dan dalam game tu,banyak cross yang lawa-lawa dari player Reds tapi sia sia sebab Carroll tak main. aku rasa kalau Carroll main mesti dia boleh skor. dan pemain yang paling sempoi malam tu mestila David De Gea. dulu masa baru sampai EPL,dia macam ceroi ja kan? dulu Reina masa mula main untuk Liverpool pun banyak buat silap. sekarang De Gea dah power. statistik kata dia keeper yang paling banyak dalam save setakat ni dalam EPL.

dan,di sini aku boleh nampak MU bukan team yang susah ditewaskan. masa awal season tu,aku rasa macam MU power,tibai Arsenal 8-2,Chelsea 3-1. tapi Liverpool still ada kualiti. cuma masalah Liverpool sekarang ni ialah konsistensi. dan sekarang aku menganggap Reds adalah pencabar kejuaraan. depa just kena kalahkan kelab bawahan.


dan Steven Gerrard dah kembali! nice goal. tau dak,gol tu sama sangat sangat dengan goal gerrard masa dekat Old Trafford dulu. yang Liverpool kalah 3-2 hasil hatrick Berbatov tu. dulu Gerrard terkenal dengan sepakan kencang. tapi dia dah tua,tak larat dah. tapi dia ada satu lagi speciality iaitu accuracy. tak perlu kencang kencang,just tepat ke sasaran. rasa lega bila Gerrard kembali.

Five! Five Champions League!

YNWA!


No comments:

Post a Comment