Thursday, October 13, 2011

The Reds against The Red Devils

15 Oktober semakin hampir. satu peristiwa yang besar akan berlaku. peristiwa yang ditunggu-tunggu.
iaitu perlawanan antara Liverpool dan Manchester United!

bersama saya sekali lagi,Caed Argumentator,sebagai penganalisis bola sepak tidak bertauliah.



perlawanan yang akan berlangsung di stadium keramat Liverpool,Anfield ini nampaknya adalah perlawanan yang sangat-sangat ditunggu oleh para peminat bola sepak. Permusuhan antara Liverpool dan MU sangatlah ketat dan ia permusuhan paling ketat dalam sejarah bola sepak. macam El Classico la. 

undian dari Skybet,mengatakan bahawa,Liverpool memperoleh undian tertinggi sebagai team yang mampu menewaskan MU musim ni. Man City pula di tangga kedua. Chelsea,Spurs,Arsenal semua dah kalah dengan MU. So,tinggal Liverpool dan Man City lagi team top six yang tak lawan dengan MU.
dan,MU tak pernah menang di Anfield dekat 4 tahun dah. :D 

so,rekod ni macam stail la kan? tapi dalam bola sepak ni,macam macam boleh jadi. aku sebagai penyokong Liverpool tak mau excited dan menaruh harapan tinggi untuk game ni. MU season ni power dan tak kalah lagi wey. tapi kalau la Liverpool menang,aku mungkin manusia paling gembira ni umpama seorang peminat dicium oleh Justin Bieber. tapi kalau menang dengan MU tapi tak menang piala takda makna kan? 

mindset Liverpool fans ni macam terpesong sikit la. bukan nak kata,aku pun sama. depa rela tengok team depa tak menang piala asalkan:

i )  MU kalah dengan Liverpool.(Kekalahan yang besar sangat digalakkan)


ii)  biar Chelsea,Man City,Arsenal or team lain yang menang EPL,tapi jangan bagi MU menang sudah.


kan? tapi maybe bila team kita tak menang EPL,benda di atas ni la at least kita patut ada. macam mengubat kedukaan la pendek kata. so kalau la Liverpool nak menang game ni,pertama sekali,JANGAN BUAT GOL BODOH,GOL SENDIRI,BAGI CHEAP PENALTI DAN KUTIP KAD MERAH.

orang yang selalu buat benda ni Jamie Carragher la. harap harap dia main okay nnt. dah tu,peranan peminat sangat penting. depa mesti kena pressure player MU yang kepala angin macam Rooney,Nani. so nanti peluang player macam ni nak tampaq kepala suarez,tumbuk muka Downing tinggi. peminat kena sentiasa provoke,booooooo,biaq Rooney panaih. last sekali tak boleh fokus. 

remeh kan taktik ni? ya,benda ni nampak remeh. tapi sangat membantu bila ianya melibatkan perlawanan sesama musuh tradisi. tapi jangan lupa,Liverpool ada sorang player yang panas baran: Suarez. haha.

so,ramalan kasar aku,game ni ada sikit ja gol. ada kad merah. team mana yang buat banyak silap,memang akan kalah.

kesimpulannya,game ni Liverpool patut menang. untuk membuktikan 100juta pound yang dibelanjakan King Kenny tak rugi, selain itu,untuk terus bersaing sebagai pencabar(ya,aku tahu,Liverpool hanya target tempat ke Eropah),tapi apa salahnya kalau depa aim nak jadi juara walaupun tak realistik sangat. 

You'll Never Walk Alone!

No comments:

Post a Comment