Saturday, April 30, 2011

semester 2 sudah tamat. babai Kodiang.

dah habeh dah semester kedua di UiTM ni,dan nampaknya tak happy ending punya semester sebab last paper aku,iaitu microeconomics,aku hentamsajalabu. memang kantoi. tambah lagi,aku dah tak dok dah dengan geng geng aku untuk sem depan. kira nanti housemate aku geng lain pulak la. rasa emo juga la bila tak dok dengan geng geng yang sekepala ni. tapi,kot mana pun,bukan tak kawan dah,sem depan dok jumpa dalam kelas jugak kan. rumah aku dengan rumah depa pun tak jauh. haha.

tapi,secara jujurnya,semester dua ni tak la best sangat bagi aku. macam sem lepas,rasa macam banyak kawan. tapi sem ni maybe sebab dok luaq. dah la dok luaq,dok pulak hujung dunia,Kodiang cek oiii. 
tapi kot mana pun,sem ni ada kenangan tersendiri la. dok Kodiang ni,best sebenaqnya. boleh kata semua gerai,kedai makan nasi lemak seringgit,nasi lemak lauk,kedai tomyam,semua pakat kenai kami. yala,dok pi makan hari hari.

tapi lepas ni dah tak ada peluang nak jumpa dah. rasa sedih jugak la. sem dua jugak ada kekecewaan yang berlaku. aku dilantik sebagai biro protokol untuk part 2 utk buat hari sukan kos aku. dulu,boleh kata tiap tiap minggu ada meeting pasai hari sukan ni. dah la aku dok kodiang,jalan kodiang ke arau tu macam permukaan bulan,lopak sana sini. meeting pulak malam malam. memang berisiko jugak la. kira macam mencari maut. jalan kodiang-arau dah pernah meragut nyawa seorang pelajar UiTM. okay la,aku tak kisah pun,aku pun bukan bagi  sumbangan besaq pun dalam meeting tu. tapi last last hari sukan tu cancel. argh. penat ja. kesian jugak la dengan kawan kawan aku yang turut mengendalikan hari sukan. dah macam macam kami rancang.

takpa la. biaq ja la. so,hari hari terakhir aku di kodiang. aku terjumpak satu tempat yang sangat cantik di sana. iaitu gua kerbau. gua dia tak cantik pun. tapi environment dia yang hijauuuuuu dan aku sangat sukaaaaaaa. aku harap la tempat tu depa jaga elok elok. aku ni bukanla pencinta alam sangat. tapi aku suka tempat yang back to nature. dia macam bagi aku tenang. kalau kita tengok cerita korea,mesti ada punya,satu scene di mana,lepas hero cerita tu tengah tension,mesti dia bawak kereta ka moto ka laju laju pi tempat atas bukit,yang ada rumput hijau,dengan angin sepoi sepoi bahasa kan,lepas tu dia jerit kat situ,luah segala yang terpendam. haa,macam tu la aku nak. aku nak ada tempat yang cantik,yang boleh aku release tension. so,tengok la gambaq gambaq aku ni,sorry la,gambaq aku ni lebih bermotifkan kepada muka,dan posing aku,bukan kepada landscape,tapi hampa tengok background dia dah ah. cantikkkk ooooo. so,hargai alam sekitar kita. jumpa lagi kawan kawan UiTM.
<3



padi tu cantik,hijauuu.

mamat ni handsome. aih silap,background cantik noh?

Yen,kawan aku yang teman aku.

bukit bukit menambahkan lagi unsur metafora.HAHA. merapu
pokok nyoq ada. sorry,brader ni bajet sikit. sorry nohh pembaca.

1 comment: