Wednesday, August 10, 2011

inilah kronologi fon fon saya.

okay,kali ni sembang pasai penggunaan jenis phone sepanjang hayat saya hingga kini. dulu kerap tukar fon wey(la pun sama). tapi semua phone biasa ja,bukan high-end punya phone,middle-end ja. tapi still saya rasa macam membazir banyak duit. bila difikirkan kembali,teknologi akan sentiasa berubah atau maju ke hadapan. bila kita beli model A,rasa habis canggih la time tu. tunggu la 5-6 bulan.mesti model A dah macam koro teruk. ya la,dunia la ni dah laju sangat. tapi saya still tak perrnah serik. still ada keinginan nak tukar lagi fon ni. haha. saya start pakai fon masa form 2 kot. tapi tak serius lah. start serius masa form 4. berikut adalah jenis model yang saya pernah guna:
2.Nokia 33sekupang
1.Fon pertama,Nokia 3315





3.Nokia 2100



4.Motorola V3. masa pakai fon ni serius rasa stai sbb masa tu fon ni fon ternipis dunia



5.Nokia 8250. haha. fon V3 bagi dekat arwah emak. so pakai fon bodo ni sat.

6.Sony Ericcson K530i. tudia. ada 3g ooo. masa ni 3g cukup hebat ah. beli pakai duit sendiri(duit raya)
7.Sony Ericsson W610i. teringin nak try walkman masa tu. tapi tak best langsung fon ni.

8.Sony Ericsson K810i. then,teringin pulak pakai Cyber-Shot. jujur,antara fon terbaik yang pernah aku pakai.
9.Sony Ericsson G705. teringin nak pakai slide fon pulak. haha. ada wi-fi oo. dulu ada wifi memang stai ah.






10.Sony Ericsson G900. beli fon ni macam kalut kalut. serius tak selesa gila pakai fon ni. slow. tapi function dia best


11.Sony Ericsson C901. fon ni dibeli seminggu selepas aku beli fon G900 yang slow dan bodoh tu. ni antara fon paling best aku.
12.Nokia ExpressMusic 5610. fon ni dibeli dalam keadaan terdesak,pakai 2 hari ja. beli second hand.


13. Nokia N85. selepas guna Xpress Music tu 2 hari,trade in ambil fon ni. Not bad. tapi biasa la Nokia,SLOW.

14. Sony Ericsson C905. bila dah pakai Nokia yang slow,teringin kembali ke Sony. fon ni mmg nightmare. even best tapi kerap rosak. pernah repair sampai RM350.

15.Nokia E63. beli sebelum masuk UiTM. dah geram sangat dengan fon Sony C905 yang kerap rosak tu,trade in yang ni.asal nak beli fon Sony tapi kena peqayat dengan abang tu,terus beli yang ni. tapi ni antara best terbaik aku.
16.Samsung Corby Chat. teringin nak pakai Samsung time tu. tukar dengan cousin yang minat dengan E63. fon ni okay tapi software dia serius spoil. then aku jual dekat mudah. haha


17. Sony Ericsson Elm. jual samsung,beli yang ni. antara fon terbaik.simple,laju tapi full function macam wifi dan kanera 5mp.



18. Nokia X16 16GB. pakai 2 hari ja. ada banyak problem. kawan jual murah murah ja.

19. Sony Ericsson X10 Mini Pro. android pertama. best la pakai android. trade in X6 dapat harga tinggi so beli fon ni. tapi pakai sebulan,jual sebab ada masalah kewangan.



20. Sony Ericsson G502. zaman kegemilangan saya berakhir. pakai fon bodo. duit takdak.


21. Nokia E71. bangkit sikit. tapi still tak gemilang. fon ni pakai untuk sementara.




so,lepas ni ingat nak beli Sony Ericsson Mini Pro. baru sampai Malaysia. fon idaman tu. ingat nak pakai Blackberry,tapi tetiba ja fon idaman ni sampai Malaysia. so,tak merasa lagi la Blackberry. :D





2 comments: