okay laaaaaaaa,aku mengaku.aku mana terer pun main bola. wakil sekolah pun tak pernah. tapi sebagai manusia yang mempunyai mata untuk melihat dan otak untuk berfikir,aku still boleh kongsikan pendapat aku dengan hampa semua. ni cuma ramalan. bukannya apa pun. semua orang boleh buat ramalan kan?
so,kali ni aku just nak cerita pasal team yang akan menyerlah pada musim baru nanti. aku tulis ni atas dasar adil kepada semua team bukan pilih kasih dan dipengaruhi emosi dan minat aku.
Manchester United
Man United la ni makin hebat dan mantap. even boleh dikatakan pasukan dengan generasi yang baru,selepas persaraan 3 pemain legenda,iaitu Van Der Sar,Scholes dan G. Neville,tetapi still dapat mengekalkan kekuatan. Petanda awal United untuk menjadi penyandang juara untuk season ni adalah pada perlawanan Piala Perisai Komuniti menentang Man City. aku tak tengok pun game tu secara live tapi dapat tengok highlight ja. memang MU sangat mantap. cuma GK depa ja masih gugup iaitu De Gea. buat masa ni.United la team paling stabil dalam EPL. Kemasukan Ashley Young,Phil Jones memang sangat membantu United. So,ramalan aku di sini,United akan memperoleh tempat pertama season ni.
Manchester City
Sergio Aguero,hot prospect striker. |
Sapa kata kejayaan tak boleh dibeli dengan wang? tengok la Man City sekarang. makin digeruni. season lepas depa telah menjuarai FA Cup. dan season ni,surely,depa akan jadi pencabar utama United. depa juga telah membelanjakan RM 185 000 000 untuk membeli pemain muda paling sensasi di dunia,iaitu Sergio Aguero. memang la ni,City ada pemain yang sangat mantap. Jadi,aku meramalkan City akan menduduki tempat ke-2 di belakang Man United.
Chelsea
Chelsea pulak makin hilang sengat. selalu sangat tukaq manager. bila dah selalu tukaq,pembangunan bola sepak macam terbantut la. tengok skuad depa la ni,semua player tua. takdak sapa nak cari pelapis. bila dah jadi tua,mula la nak jadi teruk. mungkin skuad ni hanya boleh bermain untuk lagi satu season ja. so,manager baru Blues,Villa-Boas perlu cari pemain muda untuk terus mengekalkan kekuatan dalaman Chelsea. tapi,Chelsea still pasukan yang mantap. tapi tu la kan,tua sangat. La ni depa tengah memburu pemain sayap Spurs iaitu Luka Modric. untuk season ni.Chelsea agak slow dalam bab perpindahan pemain. depa tak beli banyak player. mungkin pemilik Blues,Roman Abramovic takmau perabeh duit untuk season ni,cukup lah player sedia ada. Torres saja dah 50 juta oo. so aku rasa Chelsea aku dapat tempat ke-3.
Liverpool
Idola baru Liverpool,Luis Suarez. |
okay,setelah melalui detik gelap sepanjang 2 season yang lepas. kini Liverpool seperti team yang berwajah baru. kehadiran Kenny Dalglish memang telah memberikan impak yang besaq. selain itu,Kenny juga telah menghabiskan sebanyak 100 juta pound untuk membeli player baru bagi memantapkan pasukan. Antara pemain yang dibelinya ialah Adam,Henderson,Doni dan Downing.selain itu,hero baru Liverpool,iaitu Luis Suarez pula seakan akan membawa harapan baru untuk Liverpool. season lepas depa dapat tempat ke-6,so liverpool tak akan terlibat dengan pertandingan tahap eropah. jadi,kira macam bodo la rasa bila tak compete di eropah. haha. tapi misi liverpool kali ni ialah kembali ke kelompok elit eropah. depa sepatutnya mengeksploitasi kelebihan yang depa ada iaitu jadual perlawanan yang relax sajaa berbanding MU,Chelsea yang maybe akan perit sebab ada banyak match, tapi adalah penting untuk sebuah team masuk ke Champions League kerana ia adalah impian semua player di dunia ini utk turut serta. bila dah dapat masuk Champions League,senang la sikit nak tarik player hebat datang ke kelab. selain tu,CL ni tempat dapat duit cemey. haha. ya la,menang satu game,dapat berjuta. tu tak menang cup lagi,baru menang satu game. so,penting bagi Liverpool untuk kembali ke eropah. jadi saya meramalkan Liverpool di tempat ke-4.
amboiii,tau la minat Liverpool pun,mai tang Liverpool,panjang ja hang ulas.
okay,ni semua ramalan aku sebagai pemerhati bola sepak tak bertauliah. MU juara,City jadi naib juara,Chelsea tempat ke-3 dan Liverpool kembali ke saingan Eropah. Arsenal? tempat kelima kot. depa akan hilang banyak player bintang. So,kepada peminat Liverpool di sana,berhentilah dari mengharapkan sesuatu yang istimewa. Liverpool still dalam proses pemulihan. macam mustahil nak jadi juara. aku tau,buat masa ni,ramai yang teruja dengan kebangkitan dramatik Liverpool dalam season lepas. Liverpool merupakan team kedua terbaik untuk pusingan kedua season lepas. tapi,kita kena sedaq,bukan team kita ja tengah up,tengok Man U dan City,depa pun hebat jugak. tapi,macam biasalah,bola itu bulat. kalau berdasarkan logik,memang ni la yang sepatutnya terjadi,. tapi kalau ada keajaiban,tak mustahil Liverpool,Arsenal,Spurs boleh jadi juara. okay?
yang ni untuk post aku kali ni. You'll Never Walk Alone.
tang chelsea je byk perkataan 'tua'. T_T
ReplyDeletehaha, memang betul kan? ramai gila player tua. dari zaman mourinho lagi pun still main.
ReplyDeletehaha. mmg btol pun. haha :p tp ttp syg. :D
ReplyDeletechelsea dah nak dpt player sensasi spanyol yg juga transfer targer liverpool,juan mata. muda dan bergetah. :)
ReplyDelete