Wednesday, August 10, 2011

dapat 6 like,dah bangga teruk. tehege-hege.


okay. post kali ni nak cerita pasal zaman jahiliah kita ketika mula terbabit dalam laman sosial. kita? maybe aku sorang ja kot. dulu,masa baru nak mengenal internet,kampungchat la satu satunya tempat yang aku tau cara nak chatting dengan orang lain. kat tempat ni la aku pernah mintak nombo telefon pompuan ni,pompuan tu. ada sekali,aku ingat lagi,aku pernah kenal dengan sorang pompuan ni yg bernama fieqa_blacklevel. perghhh,naik rempit punya nama. tapi syok dok texting dengan dia. minat sama. tapi lost contact sebab fon aku hilang.

ni la gambar myspace aku dulu.
gambar pertama utk myspace aku
then,myspace la pulak.haha. masa ni serius bodoh teruk. dah la profile picture boh gambar Naruto. nama pulak Caed Predator. serius tak stai. predator diambil sempena nama but adidas.masa tu tak berani nak boh gambar sendiri. kononnya,tak ada keyakinan dengan imej diri ini,tak handsome,takut tak ada pompuan lawa lawa nak kawan dengan aku. ni la orang panggil tak cerdik. lepas boh gambar Naruto,maju sikit, boh gambar player Liverpool dulu,Fernando Torres. nama pun ubah,Caed El Nino. El Nino tu sempena nama gelaran pemain idola aku masa tu,iaitu Fernando Torres. tapi la ni Torres dah jadi sampah dah. pengkhianat teruk. pi main untuk Chelsea. then,dah makin ramai friends,terasa nak dedah imej sebenar ni. nak upload gambar yang kononnya paling handsome lahh. bila dah upload tu,rasa macam hilang satu tekanan. haha. ya la,semua orang dah tau imej aku. tapi still rasa macam orang still nak kawan dengan aku,kira tahap kemachoan aku still ada lah*serius shit dengan ayat aku yang ni.haha.


Antara gambar gambar myspace kesayangan aku dulu: HAHAHAHAHAH

tudia. antara gambar feveret aku time myspace dulu. haha

tudiiiaa. fanatik teruk dengan team kedah. tau la dulu kuat pun, la ni dah tak kuat,buat taktau ja.

amboiii,nicek jacket. macam hero hindustan. ni la 1st pic edit kaw kaw guna photoshop,

tudiaa,muka bajet hero. dok buat cengei tak kena gaya. ingat stai ka?

ingatkah anda tentang video klip Seize the Day by Avenged Sevenfold? ni aku tiru babak dia. HAHAHA bodoooo

tudia,rock teruk. reben stai,isyarat tangan nampak gerun. tapi background dalam kelas ja pun.

derek derek. takdak isyarat lain dah nak buat. freemason betui dulu.






dah tu,maju dah skit, pandai posing dah. pakai kamera mahai. dah pandai senyum depan kamera dah. dah tak malu malu dah. setiap kali upload gambar,akan ada orang komen,"woah,smart lah. i like this pic." satu pic komen tu macam sangat berharga. masa tu friends ramai gila. boh lagu stai stai dekat profile. kononnya nak bagi orang teruja dengar profile song kita padahai setiap kali masuk profile orang,tobat pi pause profile song tu,macam hingaq kot. haha.

dah tu,facebook muncul. ramai kawan start guna facebook. aku masa tu ketegaq *degil,takmau pi facebook. kononnya myspace lagi stai. ego gila. sayang kot dengan gambar myspace aku yang kononnya banyak orang komen dan suka. tapi terpaksa juga mengikut peredaran zaman.

dan bila dah pakai facebook ni,makin lama makin best. sampai satu tahap tu,ketagih. syok tengok notifications banyak. update status macam budak 10tahun,dapat 6 like,bangga gila. ia umpama satu perangsang atau motivasi kepada diri sendiri untuk terus mencipta status yang hebat agar memperoleh like yang lagi banyak. haaaa,sangat bodoh. tapi sekarang,aku dah tak teruk mcam dulu la kot. facebook pun tak byk notifications dah. guna untuk dapat informasi ja. aku mana dok sosial dengan orang pun dalam facebook.
cuma nak tau berita sebenar,ya la,berita dekat tv tu macam berat sebelah. lepas tu boleh tau kawan aku kapel dengan sapa. tera tu ja la facebook la ni.

la aktif twitter ja. senang. hampa nak bagitau apa kat dunia,bagitau ja. takdak sapa nak larang. kalau facebook,dok update status kerap kerap,serius orang meluat. tapi twitter pun orang meluat gak kalau satu saat ada 234 tweet. tu memang teruk sangat. haha.

so,aku rasa,aku macam takmau sangat la bergantung dengan social network ni. rasa macam diri ni terikat. aku la ni slow slow nak kurangkan kadar kekerapan aku terhadap laman sosial. kadang kadang buka facebook ni dapat dosa cemey banyak. :)

3 comments:

  1. cemey tu macam percuma la. contoh lain macam ni: hang ni kalau bab makanan cemey memang cepat.
    faham ?

    ReplyDelete