Friday, July 1, 2011

pengakuan aku.

hai,bersedialah dengan entry yang panjang ini.



kali ni aku nak tulis pasai pengakuan aku. ni pengakuan aku yang aku rasa boleh aku buat modai untuk post ni la. kiranya,ada pengakuan yang aku takkan mengaku,haha, so,apa yang aku nak mengaku ni adalah perkara yang masih boleh dikongsikan bersama. yang macam rahsia gila tu aku tak mengaku aaaa.

-aku mengaku yg aku benci Justin Bieber hanyalah kerana dia seorang lelaki.
-aku mengaku yg aku seorang yang suka mendapat tumpuan.tapi pada masa yang sama,bila ditumpu dalam keadaan tertentu,aku akan menjadi tak selesa dan gabra.
-aku mengaku yg aku antara 0.08% manusia di bumi ini yang mempunyai penyakit hyperhydrosis iaitu badan cepat kehilangan air. tu yang aku kedaqah ayaq tak berenti tuu.
-aku mengaku yg aku pernah hisap rokok pada usia 6 tahun. alhamdulillah,pengalaman awal itulah yang mejadi faktor aku tak merokok sampai sekarang.
-aku mengaku yg pengurus Manchester United,Sir Alex Ferguson adalah pengurus terhebat walaupun dia aku sangat benci.
-aku mengaku yg aku lagi meluat Lady Gaga dari Justin Bieber.
-aku mengaku yg aku hanya berpura-pura baik dengan segelintir 'kawan' aku. tapi dalam hati aku gila babun tak suka dia.
-aku mengaku yg aku seorang yang kalut. cakap kalut.
-aku mengaku yg aku bukanlah seramah yg hampa tengok dalam facebook. aku macam pemalu skit aaa.
-aku mengaku yg aku segan nak teguq pompuan,tapi bila pompuan teguq aku dulu,aku teguq balik.
-aku mengaku yg hanya 6 orang perempuan ja aku selesa setakat ni aku bergaul dekat Arau.
-aku mengaku yg aku macam nak couple sebab kadang kadang kawan laki kita pun dok pedaje kita. haha.tak munasabah langsung alasan.
-aku mengaku yg aku seorang yg sangat sensitif,senang merajuk terutama yang melibatkan nilai persahabatan. contoh,pi padang besaq tak ajak,tengok wayang pun tak ajak,makan mcd tak ajak aku,aku merajuk ah.
-aku mengaku yg aku suka beli barang fake macam baju sebab aku tak suka jaga elok elok benda kain ni. selalu sepuk merata. macam jersi dan kemeja. selagi selesa :)
-aku mengaku yg aku ni jenih cakap banyak dengan kawan,selalu payah beqalah dengan kawan tapi dekat rumah aku sangatlah pendiam.
-aku mengaku yg aku tak suka kehidupan aku di Arau.
-aku mengaku yg aku tak minat belajaq.
-aku mengaku yg dulu aku minat dekat Maya Karin,lepas tu,Sharifah Sofea,lepas tu,Nurul Syuhada,lepas tu,Tiz Zaqyah,lepas tu,Rozita Che Wan,lepas tu Ayu Raudhah.
-aku mengaku yg aku nampak tak stail bila pakai kepiah/lebai yang berwarna putih.
-aku mengaku yg tabiat aku menukar fon sebanyak 20 kali adalah satu kebodohan. dan kini pakai fon bodo ja,kamera 2mp dan takdak 3g.
-aku mengaku yg aku suka tengok perempuan pakai baju kuning.
-aku mengaku yg aku tak suka tempat yang ramai orang macam kenduri.
-aku mengaku yg aku suka gila simpan benda yang ada kenangan macam gambar,hadiah.
-aku mengaku yg aku ada kawan yang aku dulu beergaduh masa kecik kecik dan sampai la tak teguq langsung.
-aku mengaku yg pemecatan Megan Fox dalam Transformers 3 adalah satu bencana bagi aku.
-aku mengaku yg sukakan sesuatu yang asli. errr,mcam makan GCB,makan ketam bakaq,aku takmau la cicah dengan sos sebab aku sayang dengan rasanya yang unik tu,pahamkan maksud aku?
-aku mengaku yg aku seorang yang indecisive.
-aku mengaku yg kawan kawan yang sangat best adalah faktor aku happy sikit di Arau. thanks semuaaa. <3
-aku mengaku yg aku macam rasa awkward nak kawan dengan orang yang lagi tua pada aku even tua setahun. aku taktau nak bahasakan diri aku apa dengan orang tua tu.
-aku mengaku yg aku nak sangat orang atau kawan bagi hadiah masa birthday aku,aku nak satu kenangan jaa. tak kira la hadiah tu murah,janji ikhlas. tak pernah dapat lagi.
-aku mengaku yg aku teringin nak kena baling tepung masa birthday tapi aku takmau la kena. -.-"
-aku mengaku yg detik terbaik dalam hidup aku adalah masuk sekolah syed mohamed al-bukhary. kat situ banyak kawan yang sejati. kawan yang atitude depa sangat jujur. walaupun majoriti depa tinggal di luar bandar depa sangat best.
-aku mengaku yg aku sangat senang terpengaruh dengan idola aku. antara idola aku ialah steven gerrard,allahyarham din beramboi dan synyster gates.
-aku mengaku yg cara aku melawak ialah aku cakap besaq. niat aku nak melawak ja. setengah orang akan kata aku ni angkuh.
-aku mengaku yg dulu,masa aku sekolah menengah,aku meluat semua budak kolej sultan abdul hamid. taktau pasepa. tapi la dak dah. depa semua sempoi sempoi ja. :)
-aku mengaku yg kehilangan kawan baik dengan bekas budak UiTM Arau iaitu Imran Had,Hafiz Atruhfee,Syukri,El-Umar, dan Ezzri adalah satu faktor aku makin boring di Arau.
-aku mengaku yg masa awai sem satu dulu,aku tak suka gila dengan Imran Had ni. rasa macam nak tabuh ja,sebab aku nilai dari luaran. tapi bila dah kenai,dia antara orang KL yang paling stail. haha. :)
-aku mengaku yg aku sangat annoying dengan sikap seorang kawan rapat aku di Alor Setar.
-aku mengaku yg sejak kehilangan ibu aku,aku dah senang luah,kongsi cerita dengan ayah aku.
-aku mengaku yg Jay Saleh adalah seorang kawan yang gila dan unik. haha
-aku mengaku yg aku suka bersendirian.
-aku mengaku yg aku still rasa tak puas hati dengan tarikh lahir aku. sebab kalau aku beranak awai sehari,tarikh lahir aku akan sama dengan taikh lahir gitaris idola aku iaitu Synyster Gates pada 7.7. aku lahir 8.7.
-aku mengaku yg aku tak suka jalan slow. nampak macam aku ni seorang asyik nak kalut tapi mmg,aku tak suka jalan merendang. maybe kaki aku pun panjang.
-aku mengaku yg aku malu dengan tingkah laku aku masa terjebak dengan cinta monyet masa sekolah menengah dulu.
-aku mengaku yg aku suka dekat dia tapi aku tak berani nak luah. HAHA
-aku mengaku yg nyamuk antara makhluk paling aku tak suka dalam dunia ni.
-aku mengaku yg aku dulu pernah mintak doa lepas semayang bagi digimon dan pokemon tu wujud. tu masa kecik kecik aaa.
-aku mengaku yg dulu aku meluat teruk dengan facebook masa aku ada myspace.
-aku mengaku yg aku payah gila nak tidoq kalau tak dengaq lagu.
-aku mengaku yg aku suka pempuan pakai spek. dan aku merasakan kewujudan contact lens adalah satu ancaman kepada aku.
-aku mengaku yg twitter ni bodo sebab limit huruf takat 140 ja. aku tau ada cara nk atasi masalah tu tetapi still rasa bodo. haha
-aku mengaku yg otak aku tak boleh buat banyak kerja dalam satu masa. tu la pasai aku tak boleh main drum walaupun aku tersangatlah minat nak jadi drummer.
-aku mengaku yg aku dah tak berapa nak terlalu percaya,bergantung dengan kawan sendiri even bff sebab kadang kadang depa pun bukan suka dengan kita. family ja kawan terbaik untuk aku.

okay,dah cukup la kot. :)

7 comments:

  1. bab spek tu aku sokong . advance kalo spek hitam..hahaha

    ReplyDelete
  2. haha. tu aaaa. pompuan berspek nampak smart dan matang dan stailo.

    ReplyDelete
  3. woaaaa,terus terkena effect selepas baca blog saya ni. haha

    ReplyDelete
  4. haha. mesti la. dulu org nk bg takmau. tolak rezeki btol. haih. alamatttt

    ReplyDelete
  5. hahahaha. jangan la buat ayat macam tu,nanti jadi menyesal laah.

    ReplyDelete