Saturday, August 27, 2011

apakah kaitan mercun dengan angkasawan?

sapa suka main mercun? aku suka tapi tak suka. maksud aku,aku suka beli,main tapi mai tang nk meletup tu,aku lari jauh jauh,tutup telinga ketat tahap dewa,dan aku hanya perhatikan ia meletup. macam bangang. tak ka bodoh. bakaq duit. at least aku menikmati bunyi letupan tu,tapi dak. aku tak suka bunyi yang menyakitkan telinga macam mercun,tu pasal aku tak dengar lagu Justin Bieber. aku rasa klau aku kira jumlah mercun yang aku beli start tadika sampai ke form 2(form 3 tak main dah kot),dah boleh beli iphone 32gb dah ni.
                                                 
aku ingat lagi. beli mercun dalam kuantiti yang banyak memang sangat memuaskan hati. dapat berlagak dengan jiran sebelah. aku pernah cari duit bawah tilam,sofa,kereta, dan kumpui semua sekali pi beli mercun. masa beli tu memang aku tayang depan kawan kawan aku laa.

'wey,ni mercun aku,aku beli,mercun mancis ni main malam ni. mercun teloq naga main esok,mercun mancis meletup 4 kali main lusa,mercun ketupat,teloq dan bola malam raya,stai dak wey,hampa ada ka semua ni?'

ha ni la ayat ayat bongkak dan angkuh dan bodoh dan kurang cerdik. nak main mercun pun kena ada perancangan rapi. dah tu,bila main tu kadang kadang dok pedaje binatang. pernah aku dengan kawan kawan aku pi tangkap cicak banyak banyak then ikat cicak tu dekat mercun roket. biaq cicak cicak tu merasa sikit pengalaman yang Dato Sheikh Muszaphar,angkasawan pertama malaysia,rasai dulu.

bercakap tentang sumber mercun aku,aku beli dekat rumah pakcik ni. memang tak patut la pakcik ni bila aku pikiaq pikiaq balik. dia kerja kastam. dia la dok rampas semua mercun yang diseludup. tapi dia pulak pi songlap mercun tu pi juai dekat anak anak melayu macam aku. harapkan pagar,pagar tak boleh harap. damn.
kita tak boleh nak salahkan budak budak macam aku ni. kita kena salahkan orang yg jual tu la. hehe.

then,ni lawak sikit. aku pernah la cucuh satu mercun ni. aku baling jauh jauh. masa tu semua kawan kawan aku pun dok tengok tengok aku cucuh mercun tu. baling punya la semangat sambil  diperhatikan oleh ribuan masyarakat dengan semangat satu malaysia,dan lalu mercun jatuh ke tanah,mereka semua menanti dengan penuh debaran akan bunyi letupan mercun itu. tetapi....mercun tu tak meletup. shittt! tu mercun aku yang paling kuat. awat tak meletup? shittt. shittt. dan semua kawan kawan aku pi kerumun dekat mercun yang tak meletup tu termasuk aku. elok kami semua pi kerumun dah. POMMMMM!! arghh,tak stail lah. macam ni

POORRGGHHHHHMMMMMMKEBABOMMM!!!!!!!!!

tetiba mercun tu meletup. semua terkejut. akibat dari tindakan bodoh kami.semua jadi bengong. telinga macam tak dengaq apa sebab meletup depan mata ja kot. baju jadi hitam. haha. bodohhh. bodoh punya mercun,main main dengan aku.

moral: jangan lah main mercun,membazir duit. dah tu risiko putus jari pun tinggi. la ni KFC pun dah ada set jimat. apakata dari pi beli mercun tu,baik pi melantak KFC set jimat tu. kenyang la jugak kan.
:)

ni la akibat main mercun. Fuck mercun! i hate mercun.




Thursday, August 11, 2011

Man United calon terbaik untuk season 2011/2012

orait. sekarang aku nak berkongsi pasal ramalan aku untuk Barclays Premier League untuk season 2011/2012 yang akan membuka tirainya pada 13 Ogos ni. ramalan? tudia,hang ingat hang ni pakar pemerhati bola sepak ka? hang ingat hang tu bekas pemain bola sepak antarabangsa ka siap nak bajet jadi expert dalam bab bab bola ni. hang tu,bola sepak wakil sekolah pun tak lepas,dok bajet jadi pundit expert pulaaak.

okay laaaaaaaa,aku mengaku.aku mana terer pun main bola. wakil sekolah pun tak pernah. tapi sebagai manusia yang mempunyai mata untuk melihat dan otak untuk berfikir,aku still boleh kongsikan pendapat aku dengan hampa semua. ni cuma ramalan. bukannya apa pun. semua orang boleh buat ramalan kan?
so,kali ni aku just nak cerita pasal team yang akan menyerlah pada musim baru nanti. aku tulis ni atas dasar adil kepada semua team bukan pilih kasih dan dipengaruhi emosi dan minat aku.

Manchester United


Man United la ni makin hebat dan mantap. even boleh dikatakan pasukan dengan generasi yang baru,selepas persaraan 3 pemain legenda,iaitu Van Der Sar,Scholes dan G. Neville,tetapi still dapat mengekalkan kekuatan. Petanda awal United untuk menjadi penyandang juara untuk season ni adalah pada perlawanan Piala Perisai Komuniti menentang Man City. aku tak tengok pun game tu secara live tapi dapat tengok highlight ja. memang MU sangat mantap. cuma GK depa ja masih gugup iaitu De Gea. buat masa ni.United la team paling stabil dalam EPL. Kemasukan Ashley Young,Phil Jones memang sangat membantu United. So,ramalan aku di sini,United akan memperoleh tempat pertama season ni.


Manchester City


Sergio Aguero,hot prospect striker.

Sapa kata kejayaan tak boleh dibeli dengan wang? tengok la Man City sekarang. makin digeruni. season lepas depa telah menjuarai FA Cup. dan season ni,surely,depa akan jadi pencabar utama United. depa juga telah membelanjakan RM 185 000 000 untuk membeli pemain muda paling sensasi di dunia,iaitu Sergio Aguero. memang la ni,City ada pemain yang sangat mantap. Jadi,aku meramalkan City akan menduduki tempat ke-2 di belakang Man United.

Chelsea


Chelsea pulak makin hilang sengat. selalu sangat tukaq manager. bila dah selalu tukaq,pembangunan bola sepak macam terbantut la. tengok skuad depa la ni,semua player tua. takdak sapa nak cari pelapis. bila dah jadi tua,mula la nak jadi teruk. mungkin skuad ni hanya boleh bermain untuk lagi satu season ja. so,manager baru Blues,Villa-Boas perlu cari pemain muda untuk terus mengekalkan kekuatan dalaman Chelsea. tapi,Chelsea still pasukan yang mantap. tapi tu la kan,tua sangat. La ni depa tengah memburu pemain sayap Spurs iaitu Luka Modric. untuk season ni.Chelsea agak slow dalam bab perpindahan pemain. depa tak beli banyak player. mungkin pemilik Blues,Roman Abramovic takmau perabeh duit untuk season ni,cukup lah player sedia ada. Torres saja dah 50 juta oo. so aku rasa Chelsea aku dapat tempat ke-3.

Liverpool



Idola baru Liverpool,Luis Suarez.


okay,setelah melalui detik gelap sepanjang 2 season yang lepas. kini Liverpool seperti team yang berwajah baru. kehadiran Kenny Dalglish memang telah memberikan impak yang besaq. selain itu,Kenny juga telah menghabiskan sebanyak 100 juta pound untuk membeli player baru bagi memantapkan pasukan. Antara pemain yang dibelinya ialah Adam,Henderson,Doni dan Downing.selain itu,hero baru Liverpool,iaitu Luis Suarez pula seakan akan membawa harapan baru untuk Liverpool. season lepas depa dapat tempat ke-6,so liverpool tak akan terlibat dengan pertandingan tahap eropah. jadi,kira macam bodo la rasa bila tak compete di eropah. haha. tapi misi liverpool kali ni ialah kembali ke kelompok elit eropah. depa sepatutnya mengeksploitasi kelebihan yang depa ada iaitu jadual perlawanan yang relax sajaa berbanding MU,Chelsea yang maybe akan perit sebab ada banyak match, tapi adalah penting untuk sebuah team masuk ke Champions League kerana ia adalah impian semua player di dunia ini utk turut serta. bila dah dapat masuk Champions League,senang la sikit nak tarik player hebat datang ke kelab. selain tu,CL ni tempat dapat duit cemey. haha. ya la,menang satu game,dapat berjuta. tu tak menang cup lagi,baru menang satu game. so,penting bagi Liverpool untuk kembali ke eropah. jadi saya meramalkan Liverpool di tempat ke-4.



amboiii,tau la minat Liverpool pun,mai tang Liverpool,panjang ja hang ulas.

okay,ni semua ramalan aku sebagai pemerhati bola sepak tak bertauliah. MU juara,City jadi naib juara,Chelsea tempat ke-3 dan Liverpool kembali ke saingan Eropah. Arsenal? tempat kelima kot. depa akan hilang banyak player bintang. So,kepada peminat Liverpool di sana,berhentilah dari mengharapkan sesuatu yang istimewa. Liverpool still dalam proses pemulihan. macam mustahil nak jadi juara. aku tau,buat masa ni,ramai yang teruja dengan kebangkitan dramatik Liverpool dalam season lepas. Liverpool merupakan team kedua terbaik untuk pusingan kedua season lepas. tapi,kita kena sedaq,bukan team kita ja tengah up,tengok Man U dan City,depa pun hebat jugak. tapi,macam biasalah,bola itu bulat. kalau berdasarkan logik,memang ni la yang sepatutnya terjadi,. tapi kalau ada keajaiban,tak mustahil Liverpool,Arsenal,Spurs boleh jadi juara. okay?

yang ni untuk post aku kali ni. You'll Never Walk Alone.


Wednesday, August 10, 2011

dapat 6 like,dah bangga teruk. tehege-hege.


okay. post kali ni nak cerita pasal zaman jahiliah kita ketika mula terbabit dalam laman sosial. kita? maybe aku sorang ja kot. dulu,masa baru nak mengenal internet,kampungchat la satu satunya tempat yang aku tau cara nak chatting dengan orang lain. kat tempat ni la aku pernah mintak nombo telefon pompuan ni,pompuan tu. ada sekali,aku ingat lagi,aku pernah kenal dengan sorang pompuan ni yg bernama fieqa_blacklevel. perghhh,naik rempit punya nama. tapi syok dok texting dengan dia. minat sama. tapi lost contact sebab fon aku hilang.

ni la gambar myspace aku dulu.
gambar pertama utk myspace aku
then,myspace la pulak.haha. masa ni serius bodoh teruk. dah la profile picture boh gambar Naruto. nama pulak Caed Predator. serius tak stai. predator diambil sempena nama but adidas.masa tu tak berani nak boh gambar sendiri. kononnya,tak ada keyakinan dengan imej diri ini,tak handsome,takut tak ada pompuan lawa lawa nak kawan dengan aku. ni la orang panggil tak cerdik. lepas boh gambar Naruto,maju sikit, boh gambar player Liverpool dulu,Fernando Torres. nama pun ubah,Caed El Nino. El Nino tu sempena nama gelaran pemain idola aku masa tu,iaitu Fernando Torres. tapi la ni Torres dah jadi sampah dah. pengkhianat teruk. pi main untuk Chelsea. then,dah makin ramai friends,terasa nak dedah imej sebenar ni. nak upload gambar yang kononnya paling handsome lahh. bila dah upload tu,rasa macam hilang satu tekanan. haha. ya la,semua orang dah tau imej aku. tapi still rasa macam orang still nak kawan dengan aku,kira tahap kemachoan aku still ada lah*serius shit dengan ayat aku yang ni.haha.


Antara gambar gambar myspace kesayangan aku dulu: HAHAHAHAHAH

tudia. antara gambar feveret aku time myspace dulu. haha

tudiiiaa. fanatik teruk dengan team kedah. tau la dulu kuat pun, la ni dah tak kuat,buat taktau ja.

amboiii,nicek jacket. macam hero hindustan. ni la 1st pic edit kaw kaw guna photoshop,

tudiaa,muka bajet hero. dok buat cengei tak kena gaya. ingat stai ka?

ingatkah anda tentang video klip Seize the Day by Avenged Sevenfold? ni aku tiru babak dia. HAHAHA bodoooo

tudia,rock teruk. reben stai,isyarat tangan nampak gerun. tapi background dalam kelas ja pun.

derek derek. takdak isyarat lain dah nak buat. freemason betui dulu.






dah tu,maju dah skit, pandai posing dah. pakai kamera mahai. dah pandai senyum depan kamera dah. dah tak malu malu dah. setiap kali upload gambar,akan ada orang komen,"woah,smart lah. i like this pic." satu pic komen tu macam sangat berharga. masa tu friends ramai gila. boh lagu stai stai dekat profile. kononnya nak bagi orang teruja dengar profile song kita padahai setiap kali masuk profile orang,tobat pi pause profile song tu,macam hingaq kot. haha.

dah tu,facebook muncul. ramai kawan start guna facebook. aku masa tu ketegaq *degil,takmau pi facebook. kononnya myspace lagi stai. ego gila. sayang kot dengan gambar myspace aku yang kononnya banyak orang komen dan suka. tapi terpaksa juga mengikut peredaran zaman.

dan bila dah pakai facebook ni,makin lama makin best. sampai satu tahap tu,ketagih. syok tengok notifications banyak. update status macam budak 10tahun,dapat 6 like,bangga gila. ia umpama satu perangsang atau motivasi kepada diri sendiri untuk terus mencipta status yang hebat agar memperoleh like yang lagi banyak. haaaa,sangat bodoh. tapi sekarang,aku dah tak teruk mcam dulu la kot. facebook pun tak byk notifications dah. guna untuk dapat informasi ja. aku mana dok sosial dengan orang pun dalam facebook.
cuma nak tau berita sebenar,ya la,berita dekat tv tu macam berat sebelah. lepas tu boleh tau kawan aku kapel dengan sapa. tera tu ja la facebook la ni.

la aktif twitter ja. senang. hampa nak bagitau apa kat dunia,bagitau ja. takdak sapa nak larang. kalau facebook,dok update status kerap kerap,serius orang meluat. tapi twitter pun orang meluat gak kalau satu saat ada 234 tweet. tu memang teruk sangat. haha.

so,aku rasa,aku macam takmau sangat la bergantung dengan social network ni. rasa macam diri ni terikat. aku la ni slow slow nak kurangkan kadar kekerapan aku terhadap laman sosial. kadang kadang buka facebook ni dapat dosa cemey banyak. :)

inilah kronologi fon fon saya.

okay,kali ni sembang pasai penggunaan jenis phone sepanjang hayat saya hingga kini. dulu kerap tukar fon wey(la pun sama). tapi semua phone biasa ja,bukan high-end punya phone,middle-end ja. tapi still saya rasa macam membazir banyak duit. bila difikirkan kembali,teknologi akan sentiasa berubah atau maju ke hadapan. bila kita beli model A,rasa habis canggih la time tu. tunggu la 5-6 bulan.mesti model A dah macam koro teruk. ya la,dunia la ni dah laju sangat. tapi saya still tak perrnah serik. still ada keinginan nak tukar lagi fon ni. haha. saya start pakai fon masa form 2 kot. tapi tak serius lah. start serius masa form 4. berikut adalah jenis model yang saya pernah guna:
2.Nokia 33sekupang
1.Fon pertama,Nokia 3315





3.Nokia 2100



4.Motorola V3. masa pakai fon ni serius rasa stai sbb masa tu fon ni fon ternipis dunia



5.Nokia 8250. haha. fon V3 bagi dekat arwah emak. so pakai fon bodo ni sat.

6.Sony Ericcson K530i. tudia. ada 3g ooo. masa ni 3g cukup hebat ah. beli pakai duit sendiri(duit raya)
7.Sony Ericsson W610i. teringin nak try walkman masa tu. tapi tak best langsung fon ni.

8.Sony Ericsson K810i. then,teringin pulak pakai Cyber-Shot. jujur,antara fon terbaik yang pernah aku pakai.
9.Sony Ericsson G705. teringin nak pakai slide fon pulak. haha. ada wi-fi oo. dulu ada wifi memang stai ah.






10.Sony Ericsson G900. beli fon ni macam kalut kalut. serius tak selesa gila pakai fon ni. slow. tapi function dia best


11.Sony Ericsson C901. fon ni dibeli seminggu selepas aku beli fon G900 yang slow dan bodoh tu. ni antara fon paling best aku.
12.Nokia ExpressMusic 5610. fon ni dibeli dalam keadaan terdesak,pakai 2 hari ja. beli second hand.


13. Nokia N85. selepas guna Xpress Music tu 2 hari,trade in ambil fon ni. Not bad. tapi biasa la Nokia,SLOW.

14. Sony Ericsson C905. bila dah pakai Nokia yang slow,teringin kembali ke Sony. fon ni mmg nightmare. even best tapi kerap rosak. pernah repair sampai RM350.

15.Nokia E63. beli sebelum masuk UiTM. dah geram sangat dengan fon Sony C905 yang kerap rosak tu,trade in yang ni.asal nak beli fon Sony tapi kena peqayat dengan abang tu,terus beli yang ni. tapi ni antara best terbaik aku.
16.Samsung Corby Chat. teringin nak pakai Samsung time tu. tukar dengan cousin yang minat dengan E63. fon ni okay tapi software dia serius spoil. then aku jual dekat mudah. haha


17. Sony Ericsson Elm. jual samsung,beli yang ni. antara fon terbaik.simple,laju tapi full function macam wifi dan kanera 5mp.



18. Nokia X16 16GB. pakai 2 hari ja. ada banyak problem. kawan jual murah murah ja.

19. Sony Ericsson X10 Mini Pro. android pertama. best la pakai android. trade in X6 dapat harga tinggi so beli fon ni. tapi pakai sebulan,jual sebab ada masalah kewangan.



20. Sony Ericsson G502. zaman kegemilangan saya berakhir. pakai fon bodo. duit takdak.


21. Nokia E71. bangkit sikit. tapi still tak gemilang. fon ni pakai untuk sementara.




so,lepas ni ingat nak beli Sony Ericsson Mini Pro. baru sampai Malaysia. fon idaman tu. ingat nak pakai Blackberry,tapi tetiba ja fon idaman ni sampai Malaysia. so,tak merasa lagi la Blackberry. :D