Monday, September 26, 2011

Imaginasi tentang jodoh. hehe

hai :)

Jodoh. satu perkataan yang simple. ada 5 huruf sahaja. tapi bila kita fikir pasal jodoh ni,memang jiwa jadi serabut.


ni awek aku. baju putih tu. hahahahah

tudia,apa kejadahnya ni tiba tiba cerita pasal jodoh. okay okay. jujur,kadang kadang,bila aku rasa sunyi ditambah dengan bosan,benda pertama yang datang dalam kepala aku adalah teman wanita. actually,aku rasa kadang kadang tu terdesak sangat nak ada orang yang boleh layan aku bila-bila masa. ya la,aku ni dah la tak ada roommates,dah tu stay dekat kolej yang takda coursemate or classmates. so aku jadi sunyi. tapi,pada masa yang sama,aku try takmau terjebak dengan benda ni(coupling) sebab aku tak mau. aku takmau la kata yang couple itu haram punca aku takmau couple,dan aku juga takmau la orang kata aku jual mahai.

aku just tak percaya dengan benda benda ni. aku rasa belum tiba masanya lagi. so aku try hidup dengan cara aku yang sekarang ni. tapi kan,kadang kadang aku bimbang,takut jadi forever alone takpun bujang sampai ke tua. zaman sekarang,orang start couple time remaja. so,aku macam takut ah. takut nanti semua perempuan dah ada pemilik. aku takut semua yang aku berkenan nanti orang pakat ambek. so,baik cari siap siap sorang sekarang ni.

agak tak matang ah jalan penyelesaian tu kan? actually,aku percaya,dalam dunia ni,setiap orang ada jodoh yang  Tuhan tetapkan.tapi kan,aku kadang kadang tak boleh belah dengan statement ni:

''bro,memangla jodoh tu tetap,tapi hang kena la cari,kena usaha, Allah tak akan mengubah nasib kita selagi kita tak mengubah diri kita."

amboi,sekali boh firman Allah lagi noh. secara asasnya,memangla kena ada usaha. tapi,tengok keadaan la. aku pun rasa nak couple bila aku rasa sunyi. time aku tengah ada aktiviti,ada drama korea yang hendak di marathon,aku tak pernah fikir langsung pasal coupling sebab aku tengah tak sunyi. nampak dak situasi aku?




tapi,aku rasa kan,jodoh ni akan datang time kita dah ada kerjaya. bila kita ada kerjaya,kita akan ada rakan rakan pejabat. lepas tu,mesti ada punya sorang staff perempuan yang kawan rapat. yang hari hari bergaduh,melawak,tapi kawan baik dengan kita. dan situasi ni la yang akan menjurus kepada terciptanya.....
LOVE-HATE RELATIONSHIP. yang mana,kita tak rasa apa apa perasaan pun,asyik bergaduh kasaq,melawak pun kasaq. tapi bila dia takdak di samping kita,kita mula rindu dengan dia. dah tu,bila dia rapat dengan laki lain,kita cemburu. tapi kita still guna 'aku,hang' dengan dia. ni la love-hate relationship. bagusnya relationship ni,paras rupa tak memainkan peranan sangat. so,mungkin di sini aku aku akan bertemu jodoh aku.

TUDIA! terbaik punya imaginasi. dari kerja dekat pejabat la. love hate relationship laa. semua nya macam bangang ja. yang kerja pejabat tu pun kalau aku study elok elok,kalau result tak power, kerja bandaran ja. yang love-hate relationship tu mesti dari pengaruh cerita korea. sembang rancak ja noh. otak aku ni kalau berimaginasi memang power. tapi imaginasi ni penting. sangat penting. :)


“Imagination is more important than knowledge. For knowledge is limited to all we now know and understand, while imagination embraces the entire world, and all there ever will be to know and understand.” - Albert Einstein

3 comments:

  1. haha.. cam knal je awek bju putih tu..

    ReplyDelete
  2. orang tua2 cakap.. kalau dah jodoh tak kemana

    ReplyDelete
  3. baju putih tu engku lah haha.

    Khalis, betul betul.

    ReplyDelete