Wednesday, April 27, 2011

tragedi 29 April 2009.

assalamualaikum semua.
aku nak share dengan hampa semua pasai kisah aku.
maybe ni la post aku yang paling jujur setakat ni.
post ni bertarikh 27 April 2011. lagi 2 dua hari,genaplah tempoh 2 tahun aku hidup tanpa kasih sayang seorang ibu.
aku masih ingat detik detik terakhir aku bersama mak aku. dan pada masa tu la,aku terasa sedih 
sangat. 1st time aku menangis di khalayak ramai.
aku cuma rasa aku terlalu mentah untuk semua situasi ni. 
aku ni sangat rapat dengan mak aku. kadang kadang tengok cara kami ni dah macam kawan.
keluaq makan pi kami dua ja. pi beli majalah wanita sekali,haha. kira mak aku tu dah macam kawan sejati,teman wanita aku. kira dulu ni,aku jarang la hang out dengan kawan kawan. tak macam la ni,sikit sikit ja,ajak kawan.
dulu,dalam hidup aku hanya ada mak aku ja.
even,handphone pun aku tak pakai dulu. sebab dok jumpa mak hari hari kat rumah dah.

tapi,tanpa kami semua sedari,mak aku menghidap hepatitis c tahap teruk dan boleh dianggap kanser hati.
mula-mula,aku macam tak kisah. sebab aku tengok mak aku sihat,okay ja.
then,makin lama,aku dah boleh nampak kesannya. mak aku makin teruk.
kerap kerap kena tahan di hospital. dulu,hidup aku ni ada 3 tempat ja,rumah,sekolah dan hospital.
dan,serius,hospital adalah tempat yang paling aku tak suka dalam dunia. ianya tempat yang sangat sedih,sangat suram dan bau ubat. haha.
tapi,tu la yang terpaksa aku hadapi setiap hari.
mak aku pernah operate. buang hati dia yang rosak. dalam 80% hati mak aku dibuang.
lepas pada tu,aku ingat semua dah setel.
doktor yang handle kes mak aku tu,nama dia Doktor Mani,dia pesan even dah buang hati yang rosak tu,makan kena pantang la jugak.
hmmmm. aku tengok mak aku sangat sihat ah.
tapi,lepas setahun dari tu,mak aku kembali jadi tak normal.hati dia masa tu rosak semua. hati ni penting untuk badan kita. rosak hati,rosak la semua organ kita.
start pada masa tu,mak aku terlantar di hospital. susah sangat nak tengok mak aku masak di rumah.
setiap malam,sebelum tidoq,aku akan pikiaq pasai mak aku. dan setiap malam aku dok teqiak.
sapa tau masa tu betapa takutnya aku.
thne,tiba satu malam,semua family aku tidoq dekat hospital. aku pun sama. masa tu memang sangat kritikal.
aku baca yassin. tunggu di ruang menunggu. masa tu aku memang tak sanggup nak tengok mak aku.
family aku semua tunggu sebelah katil mak aku. masa tu mak aku dah macam tak sedar dah.
then,aku tertidur..
tiba-tiba,abang aku gerak aku,
'caed,bangun,pi tengok mak'
masa aku kena kejut tu,aku tau,aku akan tempuh satu saat yang susah.
aku jalan ke katil mak aku. langkah aku masa tu lemah sangat.
tiba ja kat katil tu,aku terus menangis. aku pegang tangan mak aku. tangan dia sejuk. dan,untuk beberapa ketika dia kembali ke pangkuan Allah s.w.t.
dan pada masa tu,aku sedih sangat. sedih sangat sangat.
aku dah kehilangan seorang ibu untuk usia yang muda.ya,ada ramai lagi diluar sana situasi macam aku.
tapi,dia bukanlah ibu biasa bagi aku. dialah peneman aku.
aku redha. aku tau,itulah yang terbaik buat mak aku dan kami semua.

so,aku post ni bukan nak bagi hampa kesian kat aku. cuma,aku nak pesan,jagalah kesihatan kita.
penyakit hepatitis ni sebenarnya lagi mudah dijangkiti dari AIDS dan lagi teruk kesan dia memang tak nampak. maksud aku,kalau hampa kena hepatitis ni,hampa nampak sihat ja la. bila dah teruk dan tidak boleh diselamatkan lagi,baru hampa akan nampak kesan dia. ni la yang terjadi dekat arwah mak aku.
so,jagalah kesihatan. pi check darah kat hospital. 
okay,yang ni ja aku nak share. bye.
:)

9 comments:

  1. I can feel you man. Be strong okay? Ini dugaan. Bila you boleh tahan dengan semua ni, maksudnya you are strong enough. So keep on being strong.
    Much love, Bella Wong.

    ReplyDelete
  2. feel u bro. u still have your friends,family.. insyallah. we all pray for u.

    ReplyDelete
  3. thanks Bella,Apeas and Ncky.
    :)

    ReplyDelete
  4. Kasih ibu tiada sempadan. Al-fatihah, be strong :)

    ReplyDelete
  5. betui betui. thanks.
    jaga kesihatan wehhh.
    :)

    ReplyDelete
  6. Al fatihah to her :')

    i still have mum and i love her,
    be strong caed.

    ReplyDelete
  7. sad...so sad!! caed kuat aih!! kn3??
    belajaq leklok...:)

    ReplyDelete
  8. bzli,bagusla kalau macam tu.
    :)
    thanks bro.

    syaza,haha,okay okay. thanks syaza.
    :D

    ReplyDelete