Monday, March 7, 2011

padan muka hang,Manchester United!







When Ferguson took over Manchester United, he stated his aim was to knock Liverpool from its perch. That’s not rivalry – that’s obsession. United fans may think a title win this season will mean he’s succeeded in doing that. For me, the Liverbird just flew away for 20 years.

Now, he’s back. And regardless of what number of titles United are on, Kenny Dalglish isn’t focusing on any perches, he’s just focusing on winning matches and trophies for Liverpool Football Club.



hai semua. haaaaaa. mesti hampa semua tau aku nak tulis pasai apa ni kan. haha. pada 6 mac,berlakunya salah satu peristiwa terbesar dalam hidup aku sebagai penyokong Liverpool,iaitu Liverpool menentang Manchester United.
hampa nak tau dak betapa match ni sangat ditunggu tunggu. sebabnya ialah Liverpool dan MU masing masing memang bermusuhan antara satu sama lain sejak duluuuuu lagi.
walaupun,kalau Liverpool menduduki tempat ke-20 liga dan MU pula tempat pertama,still mereka tetap bermusuh. bayangkan,Kapten Liverpool,Steven Gerrard semasa kecil lagi diajar bapanya agar tidak berkawan dengan orang Manchester. saudara saudari sekalian,bola sepak bukan setakat permainan atau sukan,ia lebih kepada maruah,emosi. kalah dengan pasukan yang sangat kita benci memang sangat menyakitkan hati. permusuhan antara Liverpool dan MU ni maybe permusuhan paling dahsyat dalam sejarah bola sepak.
tapi ni kisah aku pulak. hidup aku ni dikelilingi oleh peminat peminat MU. housemates aku semua peminat MU. dekat kampus,semua minat MU. aku mula tu cuak juga la. ya la,cuba kalau team aku kalah,memang sakit telinga aku nak tahan provokasi depa tu. petang semalam,2 orang housemates aku siap beli jersi MU 2 helai. nak pakai malam tu la. nak tunjuk kata depa ni peminat MU. memang sakan depa ni.
tiba waktu perlawanan,aku dan housemates aku bersiap. aku pakai jersi Liverpool la. yang macam dalam gambaq kat atas ni. berisiko la kalau pakai,kalau kalah,memang aku malu.
tapi aku peminat sejati,lantak pi kat aku la noh. kalah menang lain cerita.
kami tengok dekat kedai. Masya-Allah,ramai nya yang tengok game tuuu. memang meriah.
best!
bila dah dapat kawan yang minat MU ni,menang celaka la. game tak start gi. tapi dok hingaq macam macam. tau la hampa ramai pun. aku senyap ja la.
perlawanan pun bermula,RANCAK BROOOOO.
first impression aku bila tengok Liverpool start main,aku dah macam nampak boleh menang.
Liverpool attack bertubi tubi la jugak. jantung aku ni berdegup pantas ah. mendebarkan.
mai mai Berbatov sepak bola,kena tiang seround. cuak gila akuuuuu time tuuu. membe membe aku hat minat MU dok buat bahaya ah.
selepas beberapa ketika,Liverpool mula menguasai permainan.
then,magik dari Luis Suarez telah menghasilkan gol untuk Liverpool!
yeahhhh. aku melompat. tak pikiaq apa dah aih. gila. rasa best teruk.
then,5 minit lepas tu,Liverpool skor lagiiiii!
aku menjerit,GOLLLLL! dan suaraku mula habis.
-____-"
aku memesan limau ais kat brader untuk memulihkan kembali suara aku. haha.
dan,sekali lagi,GOOOLLLL!
3-0!
gilaaaaaa,perasaan aku memang terharu gila. aku rasa aku dah macam orang jati Liverpool.
dan mulai itu,kemenangan Liverpool mula kelihatan dari awal.
bagaimanapun,MU sempat menjaringkan gol saguhati.
final score:Liverpool 3-1 Manchester United.
malam indah aku berakhir di situ. ramai membe aku yang Liverpool fans,mulalah dok texting dengan aku.
dok cerita pasai kemenangan yang sempoi ni.

Even if United win the Premier League and claim other silverware, and history tells us this must never be discounted.

okay,setakat ni ja aku nak share. terima kasih kerana membaca blog yang agak boring bagi perempuan ni. dah la panjang kan. takpa,boring boring baca la wweyyyy.
:)

2 comments: