Friday, November 12, 2010

Al-fatihah untuk sahabatku...Azrul Hadi Azizan..

Aku mendapat satu berita buruk pada tengah hari tadi,iaitu,rakan baik aku,Azrul Hadi Azizan atau own telah meninggal dunia bersama seorang rakannya akibat kemalangan jalan raya.
Aku agak rapat dengan arwah sebelum ini. Kami sudah berkenalan hampir setahun. Kemuncak persahabatan kami adalah ketika melanjutkan pelajaran di tempat yang sama,iaitu,UiTM Arau.
Ini adalah kali ke-2 aku kehilangan rakan baik aku.
Arwah Azrul merupakan seorang kawan yang baik,seorang yang tidak pernah mengabaikan tanggungjawab sebagai seorang muslim.
Baru-baru ini,aku sempat bergurau dengannya, aku berkata,"Own,hang tak ada duit ka? pakai duit aku dulu."
Dan dia menjawab,"takpa lah caed,nanti aku mati tak sempat pulak nak bayar hutang hang."
Tak sangka semua ini akan berlaku.
Kami selalu makan sekali,study sekali,dan aku selalu tidur di bilik arwah. 
Apa pun,aku mengucapkan takziah kepada semua ahli keluarga arwah. Dan Al-Fatihah kepada Allahyarham Azrul Hadi bin Azizan.




5 comments:

  1. azrul budak baek weh..
    terasa gila kehilangan :(
    Al fatihah

    ReplyDelete
  2. itulah kehidupan.nyawa milik Allah. just berdoa dan teruskan kehidupan.
    :)

    ReplyDelete
  3. sedehnyew.. semua nya da takdir..
    =( semoga hadi aman di sana.

    ReplyDelete
  4. ana,thanks sangat sangat.
    :)

    ieyza afieyna,amiiin~
    :)

    ReplyDelete