Saturday, September 18, 2010

KARISMA?

errr.karisma? apa itu karisma? aku pun tak tahu istilah sebenar karisma. tapi,apa yang aku tahu pasal karisma ialah ia adalah satu aset yang HARUS ada pada orang-orang yang tertentu. orang-orang tertentu itu adalah seperti pemimpin,guru-guru,pensyarah dan sebagainya. okay,aku sebenarnya percaya jika seseorang itu mempunyai karisma,contohnya seperti cikgu,jika mereka mengajar pelajar-pelajar yang  bermasalah dalam akademik,cikgu yang berkarisma inilah selalu berjaya mengubah keadaan pelajar-pelajar tersebut. mereka yang berkarisma juga berupaya menangani banyak masalah. aku secara jujur,pernah mengalami situasi di mana aku terlalu bermasalah dalam satu matapelajaran ketika aku masih di bangku sekolah. mata pelajaran tersebut ialah Sains. aku selalu bermasalah dengan subjek ini. setiap kali peperiksaan,keputusan yang aku perolehi mesti di bawah tahap memuaskan. kemudian,cikgu sains yang selalu mengajar aku diganti oleh cikgu baru. pada mulanya aku syak bahawa memang sifat pemalas aku yang menyumbang kepada kegagalan aku dalam subjek tersebut. tetapi,selepas beberapa minggu cikgu baru aku mengajar subjek sains itu,aku mula meminati subjek sains. cikgu baru tersebut berjaya mengubah keadaan aku. dan seterusnya,sains menjadi subjek kegemaran aku dan aku selalu memperolehi keputusan cemerlang dalam peperiksaan. lihat,di situlah kita nampak bahawa karisma memang harus ada pada setiap warga pendidik. memang betul aku bukanlah pelajar yang rajin malah pemalas gila! haha,tapi,jika cikgu yang mengajar kita mempunyai karisma,tidak mustahil ia mampu memberi kita perubahan. dan sekarang,aku memang bermasalah dengan satu subjek di kampus aku. ya,aku pemalas.tapi aku memang yakin,pensyarah berkenaan tiada karisma untuk mengajar pelajar yang sejenis dengan aku.memang kedengaran agak bodoh kan? kenyataan aku ini seolah-olah menunjukkan yang aku ni 'demand'.tapi percayalah,jika pensyarah tersebut mahir dalam berkomunikasi dan memahami apa yang pelajar mahukan,aku yakin semua pelajar tidak mempunyai sebarang masalah. namun,ada juga segelintir pelajar yang rajin gila,mereka kebiasaannya tidak mempunyai sebarang masalah.haha,tapi dalam kelas,pelajar sebegini boleh dikira dengan jari.kesimpulannya,jika semua warga pendidik kita mempunyai karisma,aku yakin,kita sebagai pelajar akan melaksanakan tugas kita sebagai dengan cemerlang dan seterusnya memartabatkan bangsa,agama dan negara. okay,setakat ini sahaja warkah yang bodoh alang yang boleh aku kongsikan. Wasalam~

4 comments:

  1. jgn benci2. nnti sukaaa :D

    p/s; nama majalah sekolah sy karisma. haha :D

    ReplyDelete
  2. ohh.haha.maybe nnt saya akan suka akaun sbb ada org sudi nak memantapkan pengetahuan saya tentang akaun.
    :)

    karisma jugak? haha. stylo.
    :D

    ReplyDelete