Saturday, September 18, 2010

c.i.n.t.a





okay,kali ini aku nak cerita tentang apa itu cinta?
aku bukanlah pakar motivasi untuk bersuara tentang cinta. tapi aku ada pengalaman. pengalaman yang mengajar aku erti sebenar cinta.
bagi aku,cinta mempunyai banyak jenis. cinta monyetlah cinta yang paling best. haha.
ya,aku menulis tentang cinta,tapi ia tak bermaksud aku terdesak untuk mencari cinta even aku masih bergerak solo. haha.
okay,ermmm,macam mana hah aku nak mulakan?
pertama,sebenarnya cinta sejati bukan senang hendak dicari.pada zaman sekarang,golongan remaja terutamanya,mereka begitu mudah terjebak dalam kisah percintaan yang dicipta oleh diri mereka sendiri. selalunya,titik mula kisah percintaan mereka bermula dengan hanya melihat kecantikan luaran,kemudian meminta nombor telefon,berjumpa di shopping complex,si lelaki itu pula membelanjakan duitnya untuk perempuan tersebut makan di kedai yang 'ada class',kemudian mereka pulang ke rumah,dan saling menghantar mesej sebegini:

'you,great day lah,thanks sebab belanja i.
:) '

'ohh,me too,no problem ja,thanks sbb sudi teman i pusing-pusing town'

selepas daripada peristiwa inilah perasaan cinta itu hadir. haha. senang gila! senang sangat. tak semua orang macam ni okay,aku just tulis apa tentang apa yang aku nampak dengan mata sendiri sebab aku pernah menjadi 'matchmaker' untuk kawan aku dulu. kiranya,situasi ni selalunya boleh kita labelkan sebagai cinta monyet.
tapi,bagi aku,maksud sebenar cinta ialah memakan burger McD GCB dengan air Coca-Cola Light.haha,just kidding.
bagi aku,persamaan minat,kejujuran,berkongsi saat susah dan senang adalah ciri-ciri yang harus ada dalam membentuk cinta sejati,hahahaha.perghhh,mesti kawan-kawan aku gelak baca blog aku sebab depa baru tau aku ni mat bunga dan jambu.haha.aku just meluahkan apa yang aku rasa,okay.
dan salah satu perkara pelik tentang diri aku ialah aku sangat mudah tertarik dengan perempuan yang berkaca mata.haha,kepada perempuan-perempuan yang berkaca mata di luar sana,jangan pulak takut nak kawan dengan aku okay.aku cuma kata MUDAH TERTARIK okay.haha 
tapi lisa surihani tak pakai pun kaca mata,aku tetap tertarik jugak. 
:)

tetapi,aku sekarang sangat enjoy dengan hidup aku. aku ada famili yang penyayang,aku ada kawan-kawan yang sentiasa mewarnai hidup aku,aku ada minat dan keghairahan terhadap bola sepak,aku ada hobi yang menyeronokkan,aku masih obsess dan teruja melihat gitaris idola aku,synyster gates memetik gitar. semua yang aku miliki ini aku rasakan lebih indah daripada bercinta.
tapi bila sampai masa,mungkin aku juga perlukan cinta seperti orang lain. fitrah cek oiii.haha
 tapi paling penting,kita harus cintakan agama dan Allah s.w.t.

okay,setakat ini sahaja luahan merapu lagi mengarut aku,ciaaaooo dan assalamualaikum.
:)
 
 
  

1 comment: