Saturday, October 23, 2010

liverpool oh liverpool...

kali ni aku akan tulis mengenai pasukan bola sepak kesayangan aku. aku adalah peminat liverpool sejak 10 tahun yang lalu dan liverpool adalah pasukan pertama yang aku kenal sebelum aku meminati bola sepak.
ya,liverpool adalah antara kelab terhebat dunia. mereka memiliki tradisi dan sejarah yang amat gemilang.
tetapi apa yang berlaku sekarang memang amat menyedihkan dan mengecewakan aku sebagai peminat mereka.
memanglah aku bukan anak kelahiran liverpool,tetapi liverpool adalah sebahagian besar daripada kehidupan aku. aku sering membaca berita terkini tentang mereka,aku selalu bangun awal-awal pagi untuk menonton perlawanan yang melibatkan liverpool. sudah banyak masa telah aku luangkan demi liverpool.kadang-kadang aku pernah bergaduh dengan abang aku hanyalah sebab berebut channel untuk menonton bola.okay.
aku seorang yang sangat fanatik terhadap sesuatu benda.so,keputusan perlawanan amat mempengaruhi emosi aku.
sekarang liverpool mengalami kemerosotan yang paling teruk dalam sejarah.hanya menang sekali daripada 8 perlawanan liga.dan menduduki tangga kedua tercorot.apa sebenarnya yang berlaku?banyak sebab yang boleh aku bagi. aku bukanlah seorang pemerhati bola sepak yang expert tetapi sebagai peminat,aku sedikit sebanyak dapat mengenalpasti apa yang bagus dan apa yang tidak bagus untuk liverpool.
bagi aku,kesilapan terbesar yang menyumbang kepada kemerosotan liverpool ialah penjualan pemain tengah,Xabi Alonso.


Xabi Alonso

beliau adalah pemain yang sangat berpengaruh di tengah padang. sikap rafa benitez iaitu bekas pengurus liverpool nyata amat memntingkan diri. kapten liverpool,steven gerrard juga pernah menyatakan yang alonso adalah gandingan terbaik sepanjang kariernya.

inilah pemilik yang jahil tu
kemudian faktor kemerosotan liverpool pula ditambah dengan kejahilan 2 pemilik liverpool iaitu tom hicks dan george gillet.mereka langsung tidak membantu dalam pembangunan liverpool.mereka hanya menambah hutang kelab. dan sekarang mereka bukanlah pemilik liverpool lagi.padan muka hampa!


















aku pernah menangis sebab bola sepak.haha,mungkin anda akan beranggapan yang aku ni terlebih emo.tapi itulah shahir zaki.aku harap sangat-sangat liverpool dapat kembali ke landasan yang betul selepas kekecewaan berlaku dalam setiap perlawanan.

''We need to put silverware on the table for the fans who put money into this club.''
inilah adalah kata-kata dari seorang pemain liverpool,Joe Cole.

dan,kata-kata terakhir aku untuk post ini,Liverpool,you'll never walk alone.

No comments:

Post a Comment