Monday, September 26, 2011

Imaginasi tentang jodoh. hehe

hai :)

Jodoh. satu perkataan yang simple. ada 5 huruf sahaja. tapi bila kita fikir pasal jodoh ni,memang jiwa jadi serabut.


ni awek aku. baju putih tu. hahahahah

tudia,apa kejadahnya ni tiba tiba cerita pasal jodoh. okay okay. jujur,kadang kadang,bila aku rasa sunyi ditambah dengan bosan,benda pertama yang datang dalam kepala aku adalah teman wanita. actually,aku rasa kadang kadang tu terdesak sangat nak ada orang yang boleh layan aku bila-bila masa. ya la,aku ni dah la tak ada roommates,dah tu stay dekat kolej yang takda coursemate or classmates. so aku jadi sunyi. tapi,pada masa yang sama,aku try takmau terjebak dengan benda ni(coupling) sebab aku tak mau. aku takmau la kata yang couple itu haram punca aku takmau couple,dan aku juga takmau la orang kata aku jual mahai.

aku just tak percaya dengan benda benda ni. aku rasa belum tiba masanya lagi. so aku try hidup dengan cara aku yang sekarang ni. tapi kan,kadang kadang aku bimbang,takut jadi forever alone takpun bujang sampai ke tua. zaman sekarang,orang start couple time remaja. so,aku macam takut ah. takut nanti semua perempuan dah ada pemilik. aku takut semua yang aku berkenan nanti orang pakat ambek. so,baik cari siap siap sorang sekarang ni.

agak tak matang ah jalan penyelesaian tu kan? actually,aku percaya,dalam dunia ni,setiap orang ada jodoh yang  Tuhan tetapkan.tapi kan,aku kadang kadang tak boleh belah dengan statement ni:

''bro,memangla jodoh tu tetap,tapi hang kena la cari,kena usaha, Allah tak akan mengubah nasib kita selagi kita tak mengubah diri kita."

amboi,sekali boh firman Allah lagi noh. secara asasnya,memangla kena ada usaha. tapi,tengok keadaan la. aku pun rasa nak couple bila aku rasa sunyi. time aku tengah ada aktiviti,ada drama korea yang hendak di marathon,aku tak pernah fikir langsung pasal coupling sebab aku tengah tak sunyi. nampak dak situasi aku?




tapi,aku rasa kan,jodoh ni akan datang time kita dah ada kerjaya. bila kita ada kerjaya,kita akan ada rakan rakan pejabat. lepas tu,mesti ada punya sorang staff perempuan yang kawan rapat. yang hari hari bergaduh,melawak,tapi kawan baik dengan kita. dan situasi ni la yang akan menjurus kepada terciptanya.....
LOVE-HATE RELATIONSHIP. yang mana,kita tak rasa apa apa perasaan pun,asyik bergaduh kasaq,melawak pun kasaq. tapi bila dia takdak di samping kita,kita mula rindu dengan dia. dah tu,bila dia rapat dengan laki lain,kita cemburu. tapi kita still guna 'aku,hang' dengan dia. ni la love-hate relationship. bagusnya relationship ni,paras rupa tak memainkan peranan sangat. so,mungkin di sini aku aku akan bertemu jodoh aku.

TUDIA! terbaik punya imaginasi. dari kerja dekat pejabat la. love hate relationship laa. semua nya macam bangang ja. yang kerja pejabat tu pun kalau aku study elok elok,kalau result tak power, kerja bandaran ja. yang love-hate relationship tu mesti dari pengaruh cerita korea. sembang rancak ja noh. otak aku ni kalau berimaginasi memang power. tapi imaginasi ni penting. sangat penting. :)


“Imagination is more important than knowledge. For knowledge is limited to all we now know and understand, while imagination embraces the entire world, and all there ever will be to know and understand.” - Albert Einstein

Monday, September 19, 2011

MU power! Chelsea malang,Liverpool sayurrrrrr.

Manchester United makin rancak weyy. semalam aku tengok la jugak match MU dgn Chelsea tu. dan aku ramal mmg Chelsea akan kalah. sebab MU mcm tengah powerrrrrr gila. macam takdak team yang boleh sekat depa ni. tapi macam mana la depa boleh seri dengan kelab portugal,Benfica masa CL hari tu haa?
 
apa apa pun,aku just nak bagi komen ja pasal game semalam. JUJUR,chelsea bermain sangat bagus. aku expect Chelsea tak boleh buat apa langsung bila masuk stadium MU,Old Trafford ni,tapi masa first half,Chelsea lagi banyak effort,lagi banyak possesion of ball,lagi banyak attempt on goal,lagi banyak shot on target, tapi still depa tak boleh skor. dan MU jarang jarang la ancam Chelsea. tapi sekali depa attack,terus gol. inilah yang dikatakan finishing depa mantap. even ada orang kata gol pertama offside,tapi set piece MU mmg stai. MU team serba lengkap ah season ni.

Semua pemain MU dari defender ke hingga ke striker ada kebolehan nak jaringkan gol. depa punya tak player tak tipikal sangat. gol pertama dari Smalling,seorang defender. gol ketiga pulak hasil gerakan Phil Jones,defender jugak. so,team depa memang stabil tahap tambi. 

daaaan,pemain yang paling mencuri tumpuan semalam ialah Fernando Torres. Poor guy. actually,bagi aku dia main sangat okay sepanjang match tu. dah nampak yang dia makin selesa dengan Chelsea,dia ada bagi beberapa shot dan ancaman TAPI disebabkan satu kesilapan ja,dia terus dicemuh. serius aku kesian dekat dia. sebelum berlakunya kesilapan tu,dia dah skor satu gol yang stai,selamber ja botoi si De Gea tu,masa 1st half dia 2 kali bagi Evans dan Phil Jones tu cuak. dan dia jugak create satu peluang yang sangat senang utk Sturridge (or Ramires kalau tak silap) tapi secara bangangnya,tak reti nak skor. tapi tak pulak kena marah. tapi bila Torres tak skor,dapat publisiti meluat sampai jadi trending dekat twitter. sebab apa jadi macam tu? macam tak adil ja kan? 

sebabnya... Torres tu berharga 50juta hahahaha. tu la pasal. beli mahai mahai,bola macam tu tak boleh bawa masuk. tapi secara kesimpulannya kan utk game semalam,Chelsea sepatutnya dah boleh skor at least 2 gol utk 1st half dan 2 gol jugak utk 2nd half tapi apakan daya depa takda luck.

rancak aku dok kutuk Chelsea,team aku,Liverpool pulak apa cerita?

damnnnnnn! kalah teruk. sayuq! kalah 4-0 dengan Spurs. aku tak expect pun Liverpool menang dengan Spurs tu sebab main dekat tempat Spurs. maybe dapat seri pun stai dah. tak pun kalah tipis sbb spurs memang team yg stai jugak. tapi kena sampai 4-0 tu memang sangat melukakan hati aku laaa. tapi,kira standard ah,bila dah 2 player kena kad merah,mesti la team depa kena sayuq. so semalam 2 player Liverpool kena buang padang,so Liverpool main hanya dengan 9 orang. 9 lawan 11. sah sah kena bantai wey.

kira Spurs boleh boh sebijik ja masa masa semua player Liverpool still ada 11 orang. tu pun gol tak masuk akal. terlalu cantik. haha. tapi Spurs memang main cantik,passing laju,sharp. ajaq pala hang skit Liverpool. at least hampa kalah dengan Spurs,cuba hampa bayangkan,kalau la Liverpool main macam semalam then lawan dengan MU,mesti kena belasah sampai 10-0 punya. so,manager liverpool boleh belajaq dari kesilapan tu dan bersedia untuk menentang MU 15 oktober ni. please please,bagi menang nohhh. tragis gila diri aku bila tengok MU dok jadi ayahanda dalam EPL.

post ini ditaip sejam 15 minit sebelum peperiksaan akhir semester 3 bermula. so,bubyee!